Home TRAVEL Island Travel Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu

14578
8

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu | Banyak-banyak pulau di Terengganu, Pulau Kapas antara pulau yang agak “biasa” bagi sesetengah orang. Mungkin di sebabkan nama Pulau Perhentian dan Pulau Redang begitu gah membuatkan Pulau Kapas tidak menjadi pilihan.

Itu antara pendapat peribadi aku. Sebelum ni aku sendiri pun lebih memilih untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Namun, kali ini aku berpeluang untuk ke Pulau Kapas sendiri. Kata orang Pulau Kapas ni antara tempat pelancong asing berjemur. Betul ker?

Hehe.

3 hari 2 malam aku stay di Kapas Coral Resort. Overall not bad. Laut di Terengganu tak pernah mengecewakan. Laut biru dan jernih. Memang best nak mandi pantai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui LPT. Driver kami hari tu adalah Aryl. Naik Toyota Hi Ace. Boleh muat 10 orang termasuk driver. Kali ni aku ke Pulau Kapas seramai 12 orang. Semunya rakan blogger. Kira ni trip blogger lah. Nasib baik semua blogger yang join dah kenal. Jadi tak der lah awkward sangat kat sana. Semua enjoy je sebab masing-masing dah tahu perangai.

*trivia

Nama Pulau Kapas di beri kerana pasir-pasir di pulau ini berwarna putia seakan kapas. Pulau yang cantik dan dasar laut yang jernih membuatkan pulau ini popular dalam kalangan masayarat tempatan.

Kalau nak datang ke Pulau Kapas korang kena turun di Jeti Marang, tak sama dengan Pulau Redang dan Perhentian dimana jetinya terletak di Besut. Jeti marang terletak lebih kurang 18KM dari bandar Kuala Terengganu.

Kami bertolak dari KL ke Marang jam 12 tgh malam. Saja je nak gerak malam sebab nak kejar bot ke pulau kapas jam 10 pagi. Kami tiba di Marang dalam jam 6 pagi macam tu, Singgah sebentar dekat Masjid area situ untuk solat subuh dan mandi sekejap. Kasi segar sikit.

Dah sampai awal kami ambil keputusan untuk breakfast di kedai yang popular dekat sini iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ni agak popular sampai kami kena beratur panjang kot. Menu utama semestinya Nasi Dagang dan Teh Tarik Buih. Yang ni korang kena try bila datang ke Terengganu. Harga pun masih lagi murah jika nak banding breakfast di KL.

Dah selesai breakfast kami terus ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Dari jeti ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Alhamdulillah laut tenang. Tak seperti waktu nak balik dimana laut agak bergelora. Sampai satu masa aku rasa macam bot nak terbalik. Tapi semuanya selamat. Pemandu bot berpengalaman.

Some tips aku boleh bagi kalau naik bot dan laut bergelora jangan bergerak. Just stay calm dan duduk diam. Kalau korang bergerak boleh membuatkan bot terbalik.

Dah sampai Pulau Kapas aku terus lunch di Kapas Coral Resort sementara tunggu nak check in dalam bilik. Pakej yang kami ambil ini termasuk lunch dan dinner ya.

So 3 hari 2 malam aku kat Kapal Coral Resort banyak juga aktiviti yang kami buat. Antaranya:

  • Main Bola Tampar
  • Berkayak
  • Island Hopping
  • Snorkeling
  • Jungle Tracking (Pulau Singa)
  • Layan Sunset
  • Lepak tepi laut sambil layan Live Band

Haaa jangn pelik kat Kapas Coral Resort ni ada Live Band tau. Malam-malam tu tak boring sangat. Lepak tepi laut sambil layan Live band baru rare. Live Band ni ada kat Resort ni jer. Kat lain tak leh dapat. Tapi bukan setiap hari lah ada. Biasnyanya akan ada pada hujung minggu dan depends on customer yang menginap kat resort ini.

Itinerary 3 Hari 2 Malam di Pulau Kapas

  • Gerak dari kl before subuh
  • Sampai bandar kt awal pagi pegi shopping pasar payang
  • Naik bot ke pulau kapas by tgh hari. light activities sampai malam.
  • Next day pagi hiking, ptg snorkelling, round island..
  • Last day checkout balik jeti marang. Lunch kat rex nasi padang, singgah losong shopping kropok. by 4 dh on the road balik kl. before isya dh sampai kl balik.

Ringkas je iti kami. Cukuplah 3 hari 2 malam. Nak pulun sangat kang hari isnin kena masuk kerja balik. Kang membuta je kat office.

Setelah 3 hari di Pulau Kapas…

Ok dah 3 hari kat sana aku simpulkan kualiti air kat sini setaraf dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Cuma kat sini lebih tenang aku rasa. Pantai pun bersih!

Tentang Kapas Coral Resort…

Ok overall aku puas hati stay kat sini. Bilik not bad but boleh di perbaiki lagi. Makanan sedap! Owh malam terakhir kami buat BBQ kat Resort ni. Dapat makan sotong fresh weh. Umppp….

Kalau nak tengok ikan Nemo boleh je berenang dari Pantai depan Resort tu sejauh 3 meter. Resort ni hanyalah satu-satunya live coral ada betul2 depan resort.

Kapas Coral pun baru upgrade renovate. Tempat bersih dan facilities baru. Owner En Iza super friendly

Aku bagi 4/5 star untuk Kapas Coral Resort!

Instagram and facebook @kapascoralbeachresort

Pakej 3 hari 2 malam dari Kapas Vacay..

Korang kalau jenis pemalas nak rancang sendiri macam aku korang boleh ambil pakej. Senang! Tak payah plan apa dah. Semua diorang plan kan. Silap-silap kalau pandai bodek owner dia boleh belanja BBQ lagi. hahaha

Kapas Vacay ni travel agent under Kapas Coral Resort yang aku stay tu. Very experience travel agent hokey. Owner pun cun. Eh…

Info Lanjut boleh check kat Instagram dan facebok diorang

  • Instagram @kapas.vacay
  • Facebook @kapas vacay

Ok itu jelah nak cerita. Dah lama x main laut hitam legam jugak lah dekat sebulan.

Owh lupa sebelum balik KL kami singgah isi perut dekat Rex Nasi Padang Sumatera. Boleh waze! Apa yang aku boleh katakan very highly recommended! Sedap dah lain dari yang lain. Aku suka Ayam salai dan Daging salai. Korang tak leh jumpa tempat lain dah. Kalau tak singgah kedai ni kalau datang Terengganu adalah satu kerugian.

Info lanjut

  • Instagram @rex_nasipadang
  • facebook @rex nasi padang sumatera

Sampai di sini sahaja cerita aku di Pulau Kapas. Jom ikuti next entry aku di Macao pula! Coming soon….

8 COMMENTS

  1. Hari ini 9 Sep 18 … kami (5org) bercuti je situ
    Tak ada silap tentang pulau ini .. tetapi masalah besardgn tour operator yg berkait dgn Coral BeachRl R . Dari Marang kami dijanjikan bot ke P Kapas jam 11 pg. Akhirnya gerak ham 1.30 ptg. Sampai P Kapas lunch n solat … Ya Allah surau yg disediakan tidak dijaga kebersihan spt surau yg diharakan. Jam 3 ptg sepatutnya bit bawa jami ke Taman Laut ..sehingga jam 4 ptg tak kunjung tiba. Memandangkan masa suntuk kami batal cadangan ke Rsman Laut. Utk pulang ke Marang ratusan manusia menunggu dlm kepanasan pantai … bot tak kunjumg tiba… skrg jam 4.40 ptg tak sampai lg.

    Pengalaman pahit ini saya kongsi supaya nnti jgn ada org lain mengalaminya lagi … carilah prkej lain Le Pulau Kapas JGN yg berkaitan CBR

  2. Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.

    Ibu singgah blogwaking blog tuan Faizal.

    Saya ni memang suka pergi tepi pantai, lagi lagi kalau bersih dan cantik macam ni. Terbaik pulau kapas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here