Sebagai traveler yang aktif aku ni jenis memang tak boleh duduk diam, ada sahaja perkara yang aku nak buat. Orang kata kalau dalam sebulan tu aku tak keluar travel boleh demam woo. Bukan sebulan sebenarnya tapi dalam masa satu hari kalau aku berkurung dalam rumah mood aku akan jadi swing. Mulalah nak marah orang.

Jadi sebab itu lah sekarang ni aku buat 4 kerja dalam satu masa. Bagi mereka yang dah friend aku dekat facebook mereka tahulah apa aktiviti aku seharian. Memang jenis tak leh duk diam.

Selain travel aku juga kaki shopping. Macam-macam barang aku nak beli. Tapi masalahnya aku ni jenis tak tak suka nak gi shopping kat shopping mall lama-lama. Penat woo. Lagipun masa aku terhad. Daripada aku habiskan shopping kat pusat beli belah baik aku rehat kat rumah jer.

Sambil-sambil rehat jari tu mulalah tak duk diam belek applikasi Lazada. Shopping piun senang. Tak rugikan masa. Korang pun mesti suka shopping kat Lazada kan?

Ok apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah Lazada ni bukan sahaja tempat shopping barang-barang je taw. Shopping untuk pakej travel dam aktiviti menarik pun boleh. Lagi-lagi Lazada sekarang memang tengah buat Promosi untuk aktiviti menarik yang boleh korang buat di Malaysia. Haa macam pakej travel gittu… Dan paling best korang boleh dapat Vouchers juga tau!

Harga pulak memang gila-gila murah weh! Kalau beli kat lain bapak mahal. So beli kat Lazada memang murah. Jom kita tengok 10 aktiviti menarik pilihan aku untuk korang beli di Lazada.

1. Langkawi: SkyCab 4-in-1 Packages (Malaysian) – Harga: RM37.50

Beli pakej kat sana memang mahal weh. Lagipun nak kena beratur panjang-panjang lagi. Panas pulak tu. Korang yang bujang boleh lah. Kalau yang datang dengan family tu memang penat sikit nak beli kat sana. So apa kata korang beli je dekat Lazada.

2. Selangor: Sunway Lagoon Theme Park Ticket (Malaysian – Adult) – RM110.00

Pernah pergi Sunway Lagoon? Kalau orang KL tak pernah pergi tu memang rare. Aku pun belum pernah pergi sebab kat sini agak crowded. Kat Lazada pun boleh beli pakej Sunway lagoon. Murah weh!

3. Aquaria KLCC Ticket Code(s) (Malaysian Child)- Open Date untill 31st October 2018 – RM23.40

Hari-hari minggu tu dari duk melepak je kat rumah baik korang bawak anak-anak ke Aquaria KLCC. Dapat juga anak-anak korang belajar tentang dunia sains sikit. Terbuka lah minda anak tu nanti.

4. Bangi Wonderland E-Ticket(s) – Weekday (Minimum 4pax) – RM36.00

Theme-park baru ni. Nampak macam seronok. Korang yang nak rasa benda baru boleh lah datang sini. Lokasi pun tak jauh, Kat bangi je haaa.

5. Langkawi: Island Hopping with Sharing Boat 9.00AM – RM30.00

Datang Langkawi tak gi island hopping memang tak sah! Dah alang-alang pergi Langkawi jom ler lajak ke Island Hopping. Untuk Island Hopping ni biasa korang akan di bawa ke 3 pulau iaitu pulau dayang bunting, beras basah dan bagi burung helang makan. Tu dulu lah zaman aku selalu lepak kat Langkawi. tapi aku rasa pakej dia sama lagi. Naqk beli kat tepi jalan tu macam tak berani takut tertipu. So boleh beli kat Lazada.

Gambar kredit to Jom Jalan

6. Kuala Lumpur: Kidzania (Child) – RM67.50

Kalau aku ada anak nanti memang aku akan bawa diorang bermain di sini. Macam best jer kan. Biasa aku tengok je budak-budak kat sini main sambil tersenyum membayangkan anak-anak aku kat sana. Eh….

7. Selangor: Farm in the city admission ticket (Malaysian – Child) – RM28.00

Untuk budak-budak yang sukakan binatang boleh datang sini. Eh mak bapak budak pun boleh datang! Bolehlah jarakkan sikit diri sendiri atau anak-anak dengan dunia gadjet. Dedahkan mereka dengan binatang yang sebenar. Asyik layan pokemon je kan… Binatang kat sini pulak jinak-jinak belaka..Boleh selfie lagi…

Pic kredit to Blog Asia Malaysia

8. Ipoh: Movie Animation Park Studio(MAPS) 1 Day Pass-Visit Date: 1 March-30 June 2018 [Adult] – RM64.00

Untuk orang Ipoh boleh datang ke Maps. Aku macam biasa tak pernah sampai lagi sinil. Teringin juga nak datang tapi masa lah yang problemnya. Terlampau aktif la katakan. Kena plan betul-betul untuk datang sini.

9. Ipoh: Lost World of Tambun Theme park + Hot spring Entrance Ticket (Malaysian Child) – RM50.00

Ha kat sini aku dah pergi. Syiokkk beb….Orang bujang sesuai jugak tempat ni. Amik pakej yang ada glamping. Tidur dalam khemah ala-ala diva ni memang memberikan kelainan bagi mereka yang datang ke sini.

10. Singapore:Universal Studios Singapore Admission Ticket (Adult) – RM210.00

Nak jauh sikit boleh ke Singapore. Satu hari boleh main macam-macam. Tak nyesal aih datang sini. Sesekali bawak family ke oversea kan. Tak perlu fly boleh sahaja drive. Jimat. Nak lagi jimat boleh ambil hotel dekat Johor Bahru then pagi baru masuk Singapore. Malam balik ek JB balik..

Haaaa itu 10 pakej dan aktiviti menarik korang boleh dapat di Lazada. Kini Lazada bukan sahaja tempat shopping biasa-biasa je. Kaki traveller juga boleh shopping kat Lazada ni.

Nak tengok aktiviti lain lagi yang tengah ada Hot Deals, Flash Sale Travelog, Hot Promo dan macam-macam lagi boleh ke Lazada Activities and Entertainment Vouchers!

Apa lagi jom shopping di Lazada!

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge