Home HOTEL & RESORT Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Review

Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Review

5731
14

Pengalaman Hidup Di Tepi Sungai Kinabatangan Sabah selama 3 hari 2 malam merupakan antara pengalaman paling “rare” yang pernah aku rasa. Beradadi kawasan hutan tropika tertua dan terkaya dengan flora dan fauna di dunia merupakan salah satu impian aku sejak dahulu lagi.

Asyik travel di tempat sejuk sahaja kan. Sesekali hati ni nak juga merasa berada di hutan buat seketika. Bebas dari pembangunan arus perdana yang begitu pesat membuatkan firikan menjadi tenang seketika. *ceh ayat sastera sangat

Ok baru-baru ni lepas kembalinya dari Jepun aku teruskan pengembaraan aku di bumi Borneo iaitu Sabah Negeri di Bawah Bayu. Kenapa di panggil di Bawah Bayu? Nama ini diberi oleh Agnes Keith yang menceritakan kehidupan masyarakat flora dan fauna di Sabah di dalam novelnya yang berjudul ‘ Land Below the Wind’.

Selama 3 hari aku berkampung di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan. Macam-macam aktiviti yang sempat kami lakukan di sana. Maklumlah kawasan ni internet agak susah untuk di tembusi melainkan korang pengguna Digi. Tetapi internet bukan satu isu besar menadangkan tujuaan aku di sana pun untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

bilik kami untuk 3 hari 2 malam

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan terletak lebih dari 2 jam 30 minit dari bandar Sandakan. Alhamdulillah jalan yang kami lalui masih elok. Sesekali tu ada juga bas terjun lubang tapi biasalah kawasan kampung kan. Bila dah terjatuh lubang tersedar dari tidur dalam bas.

Mempunyai lebih kurang 15 buah bilik, Borneo Natural Sukau Bilit Resort merupakan salah satu resort yang ada di tepi sungai Kinabatangan. Kira betul-betul di tepi sungai yang kedua terbesar di Borneo. Sungai yang terbesar adalah Sungai Rajang terletak di Sarawak. Panjang Sungai Kinabatangan adalah 560KM! Panjangnya lebih kurang dari Kota Bharu ke Melaka. Kalau actualnya dari Sandakan ke Lahad datu. Panjang tu… Nak tau rasa panjangnya sungai ni korang boleh ambil pakej River Cruise. petang dan pagi, boleh bersiar siar cari buaya dan juga kehidupan yang tinggal di tepi sungai ini.

di tepi sungai kinabatangan, naisb tak der buaya datang

Walaupun resort ini terletak betul-betul di tepi sungai, korang di larang sama sekali untuk mandi di Sungai ini disebabkan semua sudah maklum sungai ini merupakan habitat asal sang buaya. Tapi bukan Bujang Senang yer. Bujang Senang hanya ada di Sarawak. Buaya di Sungai Kinabatangan ni agak behave sikit dari buaya kat Sarawak. Sebab tu semasa River Cruise kami boleh lihat dari dekat Buaya kat dalam sungai. Selagi korang tak kacau dia, dia pun tak kan kacau korang. Ada kisah misteri tentang buaya di Sabah dan Sarawak. Cerita ni kami korek dari tour guard kat sana. Nanti aku cerita kalau jumpa depan-depan ye.

Aktiviti waktu malam. Welcome to Borneo Natural Bilit Resort

AKTIVITI DI BORNEO NATURAL SUKAU BILIT

Jangan anggap korang duk dalam hutan korang tak ada aktiviti untuk di buat kat sini. Banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak resort bagi memastikan penghuni resort ini menikmati alam semulajadi semaksimum mungkin. Antara aktiviti yang termasuk dalam pakej 3 hari 2 malam ini adalah:

  • Sunrise River Cruise
  • Sunset River Cruise
  • Night Walk
  • Jungle Tracking
  • Watching Orang Utan, Buaya, Proboscis Monkey atau Monyet Belanda
Hari pertama – ready for sunset cruise
Real kot nampak depan mata. Besar pulak tu

Semasa Sunrise River Cruise hari kedua kami berpeluang bertemu dengan Sang Buaya. Agak bertuah juga lah kami hari tu. Bukan senang nak tengok buaya sebesar itu secara live dan dekat. Sunrise River Cruise ni akan bermula seawal jam 6.30 pagi. So kena bangun awal kalau nak tengok buaya sebab buaya ni hanya akan timbul semasa air surut sahaja. Selain dari buaya kami jumpa banyak monyet belanda yang hidung panjang tu.

Hari ketiga Sunrise River Cruise kami memburu Orang Utan tapi nasib tak berapa baik orang utan tak der kat sarang dia, mungkin keluar cari makan kot. Biasanya dia ada je kat sarang dia.

antara binatang yang korang boleh jumpa di sini
Proboscis Monkey

Monyet belanda atau bayau (Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo.Spesies ini hidup di samping orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Nama timangan bagi monyet ini ialah “monyet belanda” ataupun “orang belanda” kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar.

Untuk Sunset pula kami sempat tengok burung helang dan juga spesis binatang lain lagi yang tinggal di persisiran sungai. Kena angin sungai petang-petang memang syok wooo. Layu je mata ni ha nak tidur.

Waktu malam pula kami melakukan aktiviti Night Walk berhampiran dengan resort. Nak tengok binatang yang keluar waktu malam. Banyak juga binatang yang kami jumpa. Tapi jangan risau dijamin selamat sebab di pimpin oleh tour guide yang berpengalaman. Laluan pun selamat.

jalan-jalan sekitar kampung di Sukau

Selain aktiviti yang best, aku juga suka bilik yang disediakan. Agak cantik dan bercirikan unik dan asli dari Borneo. Laluan yang di perbuat dari kayu jenis “Belian” juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Kayu jenis ini merupakan antara kayu yang paling kuat di dunia. Sebab tu tahan lama dan tak mudah rosak.

Petang-petang pula korang akan di temani oleh monyet-monyet liar. Cuma berhati-hati sebab monyet ni agak “nakal” kadang-kadang.

Selama 3 hari aku kat sini aku boleh lupakan sekejap masalah di tempat kerja. Rasa tenanglah. Memang susuai untuk merehatkan minda.

Ok sebelum aku tutup cerita ni aku belanja gambar-gambar kami kat sana. mana tau dengan tengok gambar ni korang teringin nak datang sini ker.

Macam biasa bercuti sambil bekerja. Nasib ada wifi Digi orang sebelah
petang2 duk tepi sungai layan angin sg Kinabatangan. Tempat ni tinggi tau. So buaya tak leh naik
Malam pertama. Eh
Laluan ni di buat dari kayu Belian. Kayu paling kukuh
My Roomates – Hasif Hamsyari dan Aryl Jer
Bilik kami. Ada 1 katil queen dan 1 katil single
layan perasaan boh
Seronok! kira macam malam suai kenal lah dengan intern resort ni. Comel2 belaka
Sunrise cruise
Sunset Cruise
Ngantuk dah masa ni. ahaha
sesekali tolong penduduk kampung. kat rumah aku tak der benda ni
Macam kool je sekolat kat sini. Ni sekolah rendah

Jadi korang bila lagi nak datang ke tempat ni, gerenti tak kan menyesal. Boleh ambil pakej yang di tawarkan.

INFO LANJUT:

Harga untuk Pakej 3D2N – River Safari:
  • Dormitory – RM385 seorang
  • Cottage – RM477 seorang (twin share)
  • Deluxe – RM530 seorang (twin share)
Harga termasuk:
  • Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
  • Guide untuk semua aktiviti
  • 4x river cruise
  • 1x night walk
  • 1x jungle trekking
  • Penginapan
  • Makan dan minum
Harga tidak termasuk:
  • Barangan kelengkapan lain (sewa)
  • Perbelanjaan peribadi
  • Makan dan minum selain dinyatakan
  • Penginapan tambahan
Tempahan:
Laman web:

Penginapan 3 hari 2 malam ini di taja oleh Borneo Natural Sukau Bilit Resort dan Asia Green Travels. Sebarang pendapat dan luahan dari penulis sendiri. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kekilafan aku. Gittew!! Terasa ustaz sekejap. 

14 COMMENTS

  1. Betul tu,kita kena juga tenangkan fikiran daripada perkara yang boleh buatkan kita sakit kepala. Terima kasih atas penyampaian maklumat ini

  2. Menghabiskan masa di tempat-tempat sebegini memang best. Jauh dari kesibukan kota metropolitan di samping dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan dapat menenangkan fikiran. Terima kasih atas perkongsian ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge