17 ETIKA PERLU TRAVELER MALAYSIA TAHU KETIKA BERCUTI DI JEPUN. Bercuti memang seronok tetapi dalam keseronokan bercuti jangan sesekali lupa budaya dan adab kita sebagai orang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi. Lagi-lagi bila travel di Jepun. Sudah terlalu banyak kita dengar orang Malaysia “buat hal” semasa travel di Jepun. Sedikit sebanyak ianya telah mencalar imej kita sebagai pelancong dari Malaysia. Jangan di sebabkan perangai “huduh” korang yang tak tahu adab dan tanggungjawab kita traveler dari Malaysia di “cop” seperti traveler dari Tanah Besar China.

Negara Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai adab yang cukup tinggi. Budaya mereka memang dalam kelas A. Jadi kita yang datang ke tempat orang haruslah belajar menghormati budaya mereka. Dalam kata lain sila bawa otak sekali bila travel ni. Jangan jadi jakun sangat.

Sempena dengan itu aku nak kongsikan 17 etika yang traveler perlu tahu bila travel ke Jepun. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama boleh mendidik hati kita semasa di tempat orang.

Etika ini aku dapat setelah 7 hari aku jelajah bumi Hokkaido. Sebelum aku huraikan 17 etika ini jom kita tengok dulu cara orang Jepun berfikir. Diorang berfikir ni lain dari kita sebab tu negara diorang boleh maju macam tu.

Ada 5 cara diorang berfikir antaranya adalah kesederhanaa & kesopanan, Ikhlas, Keistimewaan makanan dan kehalusan, Penghargaan, Semangat of Wa (Harmoni).

Bila tengok cara mereka berfikir pun kita tahu bahawa mereka menitikberatkan tentang budaya mereka sebagai orang timur. Jadi kita kena lah ikut cara mereka.

17 etika perlu traveler tahu bila bercuti di Jepun.

1. Berbisik

Seperti kita tahu orang Jepun ni sangat “polite” atau sopan. Jadi kalau korang berada di tempat public contoh dekat kedai makan atau stesen train tolonglah rendahkan sikit suara tu. Jangan nak bawak budaya kedai mamak sangat kat tempat orang.

2. Sendawa atau “Burp”

Kalau nak sendawa tu tolong cover sikit. Jangan buat macam dekat rumah sesuka hati je nak sendawa. Nampak sangat tak der adab nanti.

3. Punctuality atau tepati waktu

Dalam kata lain adalah “janji melayu” Kalau kat tempat kita perkataan “OTW” memang tak leh harap. Kat Jepun ni korang pandai2 lah tepati masa. Lambat tinggal. Kalau berjanji dengan orang Jepun jangan sesekali datang lambat. Sila patuhi masa ya. Pernah sekali aku lambat 15 minit sebab salah tengok jadual. Masa tu di Kobe. Aku punya rasa bersalah tu sepanjang hari woo terasa. Aku rasa orang semua benci aku untuk hari tu. Lepas dari tu aku memang jaga setiap masa aku di Jepun.

4. Sampah

Kepada siapa yang pernah ke Jepun mesti perasan bahawa susah nak jumpa tong sampah. Walaupun hampir tak de tong sampah negara Jepun tetap bersih. Ini kerana orang Jepun jenis pembersih dan berdisplin. Kalau tempat kita tong sampah bersepah tapi tetap orang buang sampah merata-rata. Jadi korang semua tolong simpan sampah anda sampailah jumpa tong sampah. Letak je dulu dalam beg korang tu. Balik hotel baru buang. Kalau boleh bawa budaya ni balik kat Malaysia lagi bagus.

5. Beratur

Kat sana orang tua pun kena beratur tau. Jangan duk bawa sangat budaya potong que tu.

6. Guna Harta Awam Sebaiknya

Inilah yang jadi masalah disebabkan orang kita semasa di Jepun. Ingat tak kes vandalism dekat Kyoto yang mana orang Malaysia telah tulis nama dekat pokok buluh di sana. Seriusly guys? Memang tak masuk akal langsung kot.

7. Kemas Meja Selepas Makan

Ini satu lagi budaya yang buruk orang kita. Kalau kat Malaysia memang senang nak jumpa spesis macam ni. Tapi kat sana tolong ya kemaskan meja selepas makan. Tak der orang gaji nak tolong kemas kan terutama kalau makan dekat fast food restoren.

8. Jangan Membazir

Kalau order makanan tu jangan membazir. Makan sampai habis. Kalau tahu diri  tu jenis makan sikit tak payah lah nak order banyak-banyak. Bila makanan korang tu tak habis ini menunjukkan bahawa makanan tu tak sedap dan boleh mengguris hati tukang masak.

9. Jangan Bawa Makanan atau Minuman Sendiri ke Restoran

Yang ni kat Malaysia pun dah di praktiknya so aku tak rasa traveler kita ada masalah dengan isu ini.

10. Bogel di dalam Onsen

Ini rare. Sesetengah orang memang suka benda ni termasuklah aku. Eh.  Hehe. Ok kalau masuk sauna atau onsen korang kena bogel tau. Tak payah nak malu-malu tak der orang nak tengok aih korang punya bebird tu. Tapi aku mula-mula dulu pun malu gak. Cover dengan towel kecil tapi bila dah biasa tu dah ok sikit dan confident lah katakan. Siap boleh buat catwalk lagi.

11. Cuci Badan Sebelum Mandi

Semasa di tempat mandi awam, korang kena cuci badan dulu sebelum mandi. Sebab nak buang dulu segala kotoran yang melekat di badan korang. Pastikan sabun badan dulu dan bilas dengan sebersihnya.

12. Jangan Ambil Gambar

Sesetengh orang nak sangat tunjuk suasana di dalam sauna atau tempat mandi awam. Tapi itu tak perlu ya sebab memang tak boleh ambil gambar dalam tu. Cukuplah sekadar cuci mata sendiri tak perlu nak kongsi semua tu. Selain tu korang di larang berenang, makan atau minum sepanjang di dalam sauna. Kalau guna barang dalam tu sila letak kat tempat asal.

13. Keringkan Badan

Sebelum masuk ke bilik persalinan pastikan badan korang tu kering sepenuhnya.

14. Bilik Di Bayar Per Person bukan Per Room

Ini pun pernah jadi kes buat traveler Malaysia. Please guys jangan di sebabkan nak terlalu murah korang langgar rule host di Jepun. Traveler jenis ni di panggil cheapskate traveler. Buat malu jer. Kalau nak bajet sangat tak payah nak travel duduk je rumah diam diam.

15. Jangan Buka Packaging

Di Jepun, buka packaging adalah di larang sama sekali. Kat sini boleh lah buat sebab nak tengok barang kat dalam tapi kat Jepun diorang punya packaging cantik-cantik. Memang tak boleh di buka unless korang dah beli. Kalau nak tahu juga apa yang ada dalam packaging tu sila tanya staff yang bertugas.

16. Insuran Kemalangan di Jepun

Belajar dari kes sebelum ni. Disebabkan nak murah korang abaikan insuran! It’s wrong guys. Tolong jangan abaikan insuran peribadi. Sebelum travel seeloknya beli insuran siap2. We never know what going to happen. Kalau korang amik pakej travel di Jepun korang kena tahu pakej tu tak termasuk dengan kemalangan. So pandai pandai lah cover sendiri ya.

17. Etika Tandas

Last but not least! Isu tandas. Aku perasan gi mana je mesti ada masalah tandas dengan orang kita. Tandas di Jepun adalah antara tandas yang paling bersih di dunia. Jadi korang jangan nak kotorkan tandas di Jepun. Gunalah sebaiknya. Aku paling suka tandas kat Jepun. Boleh tidur kot kat dalam ni. Lagi satu part auto cuci tu best. This moment im gonan miss when come back to Malaysia. Kalau guna toilet paper sila buang di dalam mangkuk tandas, jangan buang dalam tong sampah. Toilet paper di Jepun di buat based on water-solube.

Ok cukup dah 17 etika ni. Satu hari kot aku buat entry ni harap lepas ni traveler Malaysia lebih educated bila bercuti di Jepun. Kalau boleh aku taknak dengar dah isu-isu bodoh orang kita buat kat Jepun. Kalau diri tu memang jenis tak boleh ikut peraturan sila jangan ke luar negara. Duk rumah diam-diam. Kalau dah memang jenis pengotor korang boleh bercuti di India ataupun China. Don’t come to Japan!

Ok bye.

Muslim FAM Trip di Hokkaido ini di bawakan khas oleh Hokkaido Tourism Organization! Thanks please invite me again next trip.

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 6 hari di Hokkaido aku guna pocket wifi dari RoamingMan! Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

7 COMMENTS

  1. Bagus ada tips dan info sebegini. Kebanyakan dari kita tak ambil berat fasal etika dan adab semasa berada di negara orang. Kena jaga tatasusila dan kelakuan serta nama baik negara kita

  2. Betul tu,kita kena jaga adab dan perlakuan kita semasa berada di negara atau di. Mana jua sekalipun. Kita bawa nama Malaysia kan jadi kenalah jaga baik-baik. Terima kasih atas maklumat itu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge