Kobe FAM Trip: 13 Tempat Menarik Anda Boleh Pergi di Kobe Jepun. Kobe merupakan salah satu wilayah kecil yang terletak di Kansai. Dalam peta kira Kobe ni bersebelahan dengan Osaka, Okayama City, Kyoto dan Nara. Walaupun kecil tapi banyak tempat yang boleh Kobe offer untuk pelancong yang datang ke sini. Kira tak menyesallan kalau korang datang ke Kobe.

Kebiasaannya pelancong yang datang ke Kobe akan masukkan Osaka dan Nara sekali dalam Itinerari. Kira sekali harung je lah sebab 3 bandar ni terletak bersebelahan. Lagipun airport diorang pun share untuk international.

Apa yang menarik di Kobe?

Nak cerita tempat menarik ni panjang sebenarnya. Sebab masa trip aku ke Kobe selama 3 hari pun banyak tempat aku sempat cover. Tu pun memang tak cukup 3 hari. At least 4 hari lah kot baru boleh terokai seluruh Kobe.

Kalau sebut Kobe mesti ramai yang terbayangkan Kobe Beef atau Wagyu Beef kan. Sebab Kobe ni memang popular dengan Beef dan manisan.

Kalau nak baca tentang Kobe Beef boleh baca post aku yang terdahulu.

Baca Sini: Kobe FAM Trip: Menikmati Kobe / Wagyu Beef Halal di Kobe, Jepun

Ok dah malas merepek lebih jom kita tengok 13 tempat yang aku sempat singgah semasa trip aku di Kobe februari lepas.

nampak tak kegigihan aku di situ

Kitano Meister Garden

Bagi sesiapa yang minat seni kraftangan boleh lah singgah kat sini. Dahulunya tempat ini adalah sekolah rendah kini telah pun di modified untuk di jadikan studio dimana local people brand pastry di jual di sini. Nak cari souvenir ori di Kobe boleh singah sini. Selain tu korang boleh buat sendiri craft kat sini. Depa akan ajar cara-cara dia. Aku sempat buat lilin 1 Malaysia kat sana. hahaa sebab mudah nak lukis. Aku ni bukan orang seni so main cincai je lah.

  • Masuk FREE
  • Tel: (078) 221-6868
  • Hours: 10.00AM – 6.00PM

Kobe Port Earthquake Memorial Park

Sempena memperingati gempa bumi yang penah melanda Kobe dahulu tempat ini masih lagi mengekalkan kesan akibat dari gempa bumi. Boleh lihat dengan jelas jalan yang masih lagi rosak dan beberapa monumen yang musnah. Selain itu, kat sini juga ada Meriken Park. Serius rasa tenang je duk kat sini. Memang best lepak petang-petang tepi laut dengan angin laut yang menyapa wajah kita, sesekali angin tu boleh juga melempang wajah ini. hehe Eh gurau je.

Merikan Park di bina pada tahun 1868 sebagai pintu masuk kapal kargo satu ketika dahulu. Lama gila kot. Tempat ini juga agak romantik. Sesuai kalau nak honeymoon gittew!!!

Kobe Port Tower

Kobe Tower ni macam Alor Setar Tower lah kot. Ketinggian dalam 108 meter dan merupakan bangunan pertama di dunia yang di bina menggunakan Lattice (kekisi). Kira kalau datang Kobe wajib singah lah. Sebab view dari tower ni stunning gila. Korang boleh tengok view Kobe dari atas.

  • Fee: 700yen dan 300 yen untuk kanak-kanak
  • Hours: 9AM – 9PM

Kobe Harborland umie Mosaic

Untuk kaki shopping inilah tempat korang boleh datang. Ada satu mall yang besar dan macam-macam ada jual kat sini. terletak bersebelahan je dengan Kobe Port Tower. Kalau datang sini boleh singgah di Streamer Coffee Company. Cafe hipster untuk minum petang-petang. Menu wajib try adalah Green Tea Soldier. Aku tak sure nama betul tapi sejenis coffee green tea ala askar gittew. Sedap juga tak manis sangat.

Night view from the Ferris Wheel

Dah puas jalan-jalan kita layan view dari Ferris Wheel. Waktu malam lagi cantik. Kalau bawak budak-budak mesti diorang enjoy. Tapi kalau bawa aku mau meraung aku kat dalam tu sebab aku sejenis Acrophobia. Tapi sempat juga aku naik.

  • Fee: 800 yen sorang

Dinner at Restaurant (Menikmati daging Kobe Halal)

Datang Kobe memang tak sah kalau tak makan daging Wagyu ni. Cukup popular seluruh dunia. Rasa yang mencair dalam mulut perghhh. Sedap beb. Harga seperti biasa barang rare macam ni agak pricy sikit. tapi dah alang-alang datang Kobe wajib lah rasa kan. Aduh lupa pulak nama restoran tu. Ok nanti aku update balik lah. Kena buka notes jap. hehe

Arima Onsen

Hari kedua aku ke Arima Onsen. Datang Jepun memang tak sah kalau tak masuk Onsen. Kecuali kalau gi town la. Sebab kat town sumber air panas semula jadi tak ada. Dekat Arima ni Onsen dia berlainan dengan Onsen tempat lain.

Arima Onsen merupakan onsen yang paling lama wujud di Jepun. So ciri-ciri dia pun memang Jepun sangat. Terletak bersebelah dengan Rokko-san Mountain yang berada di paras 400meter dari laut pastinya korang akan rasa syok lepak kat sini. Lagi satu air kat sini ada 2 jenis. Silver dan Gold. Kalau nak rasa pengalaman berendam dalam air ni meh lah datang sini. Kualiti air kat sini memang tip top kerana bersumberkan oleh 7 jenis mineral. Kingsen (Gold Spring) dan Ginsen (Silver Spring).

Kalau dari Kobe Town nak ke sini dalam 30 minit drive macam tu.

Nak masuk Onsen ni kena bogel tau. Diorang dan biasa dah bogel-bogel ni. Bagi kita yang pemalu maybe susah sikit kot. Bogel depan org yang kita tak kenal not a big deal for me tapi kalau datang dengan kawan-kawan mati kutu gak nak bogel kan. Heheh. So boleh plan masa lain2 untuk masuk onsen supaya tak terserempak dengan kawan-kawan

Aku rasa aku akan cerita detail dalam next posting kot untuk Arima Onsen ni.

Rokko Mountain

Nak naik atas ni ada dua cara. Satu naik guna Rokko Arima Ropeway dan satu lagi Rokko Cable Car. Aku hari tu naik guna cable car. Turun guna Ropeway. Bagi yang minat nature ini tempatnya. View cantik. Hhaha semua view aku cakap cantik tapi memang cantik pun.

Dari atas ni korang boleh tengok view seluruh Kobe. Kat sini antara tempat nak tengok view yang paling menarik di seluruh jepun selain Mt Moiwa yang terletak di Sapporo. Yang ni aku cerita next posting.

Rokkop cable car sudah mula beroperasi sejak tahun 1932 lagi. Walaupun dah lama tapi selamat ye. Untuk sampai ke puncak Rokko menggunakan cable car mengambil masa selama 10 minit sahaja. Bayaran 590yen one way dan 1000yen untuk round trip. kanak-kanak 300 yen dan 500 yen pergi balik.

Rokko View Palace Garden Terrace

Selain itu kat sini juga ada Rokko Garden Terrace. Kalau nak tengok view wide range boleh masuk ke sini. Masuk ke sini amcam masuk dalam rumah ais.

Rokko Mountain Snow Park

Kalau datang musim winter dekat Rokkosan Snow Park ni boleh main ski. sempat juga aku sliding atas snow hari tu. Nak main ski tak mampu so main slide je lah. Macam budak-budak sikit tapi ianya pengalaman yg menyeronokkan sebab tak de kat Malaysia.

Rokko Music Box Museum

Minat muzik? singgah je kat sini. Macam-macam jenis muzik ada. Dari zaman dahulu kala sampai lah sekarang. Paling menarik boleh tengok macam mana orang-orang Jepun dahulu dengar muzik. Ada box apa tah yang boleh menghasilkan bunyi muzik tu. Aku tak sure pulak. Orang dulu-dulu kalau nak dengar muzik kena gi kat kedai muzik. Bayar untuk beberapa yen untuk satu lagu. Amount sebenarnya aku pun tak tahu. Lupa nak tanya diorang.

Tenran Observatory

Sebelum turun ke bawah kami singgah kejap di sini. Disebabkan aku berada atas gunung so semuanya all about the view. Sekali lagi stunning view yang boleh korang tengok.

Then dah habis jalan-jalan kat atas tu aku turun ke bawah menggunakan ropeway. Ala yang macam kat bukit bendera tu. bezanya kat sini ada indoor dan outdoor. Disebabkan sejuk aku stay kat outdoor jer. View limited lah. Kalau duk kat outdoor lagi cantik.

Sanda Premium Outlet

Last sekali kami singgah di Sanda Premiun Outlet. Sebelum balik Malaysia ingat nak shopping sikit. Duit pun banyak lebih ni. Shopping Mall ni di inspirasikan daripada Los Angelas punya Premiun Outlet. Hari tu banyak offer kat sini tapi sayangnya banyak barang yang aku nak tak ada. Ada pulak tapi saiz pulak tak der. Harga memang murah. Untuk perempuan maybe syurga lah kot, untuk lelaki kureng sikit atau aku ni jenis susah nak shopping. Hahaha

*****

Dah habis shopping aku terus ke Airport Kansai. Stay kat hotel berhampiran airport sebab my flight balik KL awal pagi. Naik train jer. Nak stay kat airport pun boleh tapi tak selesa lah. So aku stay je kat hotel berhampiran.

Pagi-pagi dah gerak ke Airport…

Itu sahaja lah pengalaman aku di Kobe. Nanti aku update tentang Arima Onsen tu. Sebab bagi aku kat Arima paling best. Bukan sahaja Onsen je yang best malah kewasan kat sini macam jepun zaman dulu. Sangat instragrammer…

Kitano Meister Garden
Surau dekat Kansai Airport!
Kobe
Arima
Orang ni lah yang jumpa Arima Onsen dulu sebab ada burung mandi kat sini
tu ais. di bekukan pastu di simpan dalam satu tempat untuk biarkan ais tu kekal beku dan di gunakan pada musim panas
Kat sini dah banyak surau. Yg aku solat ni dekat Rokko Snow Park
Box tu lagh yang org dulu dulu dengar muzik
kalau tak silap ni tempat diorang hasilkan beras jepun.

Thanks to:

FAM Trip ini di bawakan khas oleh Kobe Tourism Bureau!!! Thanks for invite me to Kobe. Next Destination adalah East Hokkaido dan Sapporo!! Stay tune!!

Sayounara!! Faizal Fredley. Kobe 2018!

Sepanjang kat Kobe aku guna Pocket Wifi dari RoamingMan!

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

8 COMMENTS

  1. Memang tak tahan kalau masuk blog FF ni. Hati terpanggil-panggil nak gi travel. Ok dah masukkan Kobe dalam wishlist untuk travel. Harap-harap suatu hari akan sampai juga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge