SHARE

Dah lama tak menulis kisah peribadi. Entah kenapa hari ni terasa pula nak catatkan something dekat blog ni. Maybe sebab tekanan kot. Back to basic aku start jadi blogger sebab nak luahkan perasaan.

Semenjak dua menjak ni aku rasa macam dah stuck dah macam tak tahu nak pilih jalan yang mana. Antara kerja, minat dan keperluan masa hadapan. Nampaknya memang tak boleh nak buat semua perkara dalam satu masa. Takut yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran pulak nanti kan.

Sebelum ni aku buat pilihan untuk buat semua selagi mampu. Tapi sampai satu tahap aku sedar aku tak mampu nak buat semua itu dalam satu masa. Tapi benda ni aku dah start buat dah sampai separuh jalan dah dalam ketiga-tiga pilihan aku antara carrier, minat dan keperluan.

I’m Lost!!

Dua situasi sekarang. Jika aku pilih kerjaya aku sekarang yang mana aku tahu aku tak kan pergi jauh dalam bidang ni tapi demi stable income aku terpaksa lakukan. Kerjaya bidang ni pun aku tak rasa akan berkembang di masa hadapan. Dengan perkembangan teknologi sekrang kerjaya aku sekarang bukanlah pilihan tepat untuk aku teruskan..

Situasi kedua Aku teruskan pengajian aku. Bidang yang aku pilih ni aku pasti ada masa depan yang cerah. Sebab bidang ni pasti akan terus berkembang dan di perlukan oelh masa hadapan. Tapi cabaran sangat tinggi menadangkan aku bukan lah seorang yang genius.

Bidang pengajian kau sekarang adalah Master Information Security (Computer Science).

Now im stuck in the middle of this! Sekarang rasa nak travel jer. Tapi sampai bila nak travel kan. At the end of the day aku tetap akan ada family sendiri. Jika kerjaya travel aku pilih sampai masa nanti aku tetap akan berhenti.

Fuhh.. Now tak tau nak buat apa. Teruskan jelah lah. Sampai masa nanti kita decide yang ana jadi pilihan.

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya.. #TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan. Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge