MacBook Pro vs MacBook Air!. Entri ni bukanlah entri review dua2 jenis laptop keluaran apple iaitu Macbook Air (MBA) dan Macbook Pro (MBP). Just nak kongsi sedikit perasaan setelah menggunakan dua jenis laptop ni.
7 tahun dahulu aku beli Macbook Air 13′ dengan harga RM3,999. masa tu aku student lagi dan aku tak ada pengetahuan langsung tentang macbook tapi disebabkan MBA ni nipis dan fokus kepada kaki travel aku pejam sebelah mata pinjam duit member nak beli. Masa tu aku dah ada laptop acer yg berumur 3 tahun. Faham2lah laptop acer setelah 3 tahun macam-macam problem. Jadi aku beli lah MBA.
Mula-mula pakai serius macam harem je rasa. Spesis orang kampung tetiba guna Mac. Memang haru lah nak hands on pakai laptop ni sebab everything is diffrend kot dengan window.
Lagi-lagi bila nak buat assignment. Susah betul rasanya. Nak install microsoft pun tak pandai. Mintak sofware dengan kawan-kawan semua guna windows. Masa final year projet pun terpaksa double learning sebab terpaksa guna Mac. Tapi alhamdulillah aku boleh atasi. Masa tu aku boleh install Parallels windows. So dah ada windows dalam Mac senang sikit.
Tapi itu cerita 7 tahun lepas. Now 2018 semuanya telah berubah. Nampaknya MBA aku yang di keluarkan pada tahun 2011 sudah tidak mampu nak tahan kerja yang makin memerlukan kerja-kerja advance. Memory, RAM, processor dan Harddisk tak leh menampung sudah.
19 Februari 2018 aku beli MBP 13″ Touch Bar. Agak elegant actually model ni. Lebih kecil dari MBA aku sebelum ni dan agak nipis. Harga MasyaAllah. Pitam!!!! RM8,999 sialll.
Habis duit saving!!!!
Tapi demi study dan kerja terpaksa lah pejam sebelah mata masa buat payment. Tak tahu bila lagi boleh save duit sebanyak tu.
Dulu MBA aku rasa paling menyusahkan sebab tak der CD dan HDMI bagai. Kali ni MBP keluar dengan USB C port USB 3.1 Gen 2 dan Thunderbolt 3. So USB memang tak sama dengan USB kita biasa pakai. terpaksa beli pulak another device untuk connect.
Mula-mula susah juga nak terima kenyataan tu. tapi bila dah pakai 2 hari rasa makin ok. Dan boleh terima pelan-pelan. Tapi masih lagi membiasakan diri.
Perbezaan antara Macebook Air dan Macbook Pro ni banyak jugak. Nak compared secara detail pun tak adil memandangkan MBA keluar padah tahun 2011 dan MBP pada tahun 2018. Cuma dari segi rasa bila pakai tu aku lebih suka MBA. Kalau tak kerana tuntutan kerja yang makin berat aku dah kekalkan MBA.
Sekrang kerja nak kena guna Adobe Photoshoop, Adobe Illustration, Premium Pro dan banyak lagi. Study pulak nak kena pakai Kali Linux, VMware dan entah macam-macam lagi lah nama software.
Belum teringin lagi nak pakai jenama apple untuk buat kerja, sebab harga no1
Tapi kalau berbaloi apa salahnya kan
Mazni Azmi recently posted..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!
Lama gak eh bertahan MBA ko. Aku nak tengok aku punya pulak. Pejam mata gak beli ni. Pikir harga memang tak beli la. Haha
Hafiz Rahim recently posted..Khair, PS3 dan PS Move
Saya dah lama pakai brand laptop marhaen, alhamdulillah setakat ni semua kerja beres. Macbook ni belum masuk wishlist lagi
Nasa Azman recently posted..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?
Apple memang di kenali ramai dengan peroduk yang mahal harganya. Tapi peminatnya sanggup mengeluarkan modal banyak
Azmi Abdul Rahman recently posted..18 Tempat Menarik di Shah Alam untuk Jalan Makan Angin!
Produk keluaran apple memang bagus tapi kena lah dengan harganya kan.Terima kasih sebab berkongsi info itu.
Pakai produk apple ni kena banyak keluar duit kan tuan, serbab serbi jauh lebih mahal
Ibu Zaid recently posted..Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!