27 Perkara Perlu Tahu Jika Travel Ke Norway | Tips & Info. Kembara di bumi Scandinavia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Selain kos yang tinggi cuaca yang agak sejuk membuatkan tidak ramai traveler dari Malaysia memilih Norway sebagai salah sati destinasi untuk di jejaki.

Sebelum ni aku ada kongsikan Itinerary, Kembara Oslo 5H4M, dan juga misi memburu Aurora di bumi Norway. Kali ini aku kongsikan 27 perkara yang korang wajib tahu jika nak ke Norway. Tips dan info ni untuk newbie jer. Korang yang dah expert tu bolehlah tambah apa yang patut untuk kebaikan kita bersama. Semoga perkongsian kita memberi manfaat kepada mereka yang ingin travel.

Nasihat aku kalau nak ke Norway korang target lah utara Norway terutama di kawasan artik Norway. Cantik dan sumpah korang tak kan menyesal.

27 Perkara Perlu Tahu Jika Travel Ke Norway

  1. Matawang Norwegian Krone (NOK) €1 = 9.8kr
  2. Bahasa Norwegian dan English
  3. Temperature kat Oslo 2 ke -11 (december)
  4. Tempereture kat Tromsø 2 ke -11 (december)
  5. Temperature paling teruk kat sempadan Finland -20 yg ni masa nak cari Northern Lights
  6. Beza waktu 7 jam lewat dari Malaysia.
  7. Air paip (tap water) kat norway selamat utk di minum dan kualiti air paip di sini antara yg paling bersih. So x perlu beli air masak. Kalau beli pun mahal.
  8. Rakyat diorg sgt ramah dan helpful
  9. Antara bandar paling tinggi taraf hidup
  10. Makanan mahal. Better masak sendiri.
  11. Oslo boring
  12. Train kt Oslo x ketat sangat. Kalau berani boleh je naik train tanpa beli tiket. Tp kalau kantoi jangan cakap aku ajar.
  13. Tiket train dari Airport ke Oslo dalam 90 NOK
  14. Ada pasaraya halal. Boleh beli brg2 kat sana (area Oslo)
  15. Dari Oslo ke Tromsø boleh ambil flight dlm 1 jam 45 minit
  16. Northern Lights hanya boleh tgk di Tromsø (Artik Norway)
  17. Pakej Aurora dalam €220 pick up kat hotel (Tromso)
  18. Kalau cuaca elok aurora boleh muncul dekat town Tromsø
  19. Kami menghala ke East Norway utk cari Aurora sampai ke sempadan Finland. Dekat 2 jam drive.
  20. Pastikan pakai kasut yg sesuai. Kasut yg x mudah basah
  21. Jalan kat Tromsø boleh jd sangat licin terutama bila snow dah keras
  22. Jacket pun kna yg sesuai. Yang tahan sejuk
  23. Kat tromso 23 jam siang tp malam dan siang sama je gelap
  24. (Tromso) Public transport leh naik bas utk ke airport. Ambil bas no 42 boleh tunggu je kat mana2 Point area town yg ada tulis no 42. Harga dr town ke airport dalam 50NOK.
  25. Boleh install apps rome2rio utk lebih jelas tentang public transport termasuk harga sekali. Tp harga kdg2 dlm apps tu x update.
  26. Tiket boleh bayar dlm bas.
  27. Ada bus express tapi mahal. Baik amik bas biasa je.

Overall kalau di beri peluang aku nak repeate lagi trip ke Norway. Kali ni nak target kawasan Northern Norway sebab hari tu aku tak sempat gi banyak tempat. Kalau belah South tak banyak sangat tempat menarik.

Norway harga cekik darah woo. Sama macam Sweden! Jadi kalau nak datang sini prepare lah duit banyak2.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

9 COMMENTS

  1. Salam.. sy cdg nak ke Tromso Norway melalui Helsinki bulan Nov 2018 ini.. plan nak whales safari n Aurora, klu sy solo backpacker ada masalah ke? Sy nak dok di Helsinki 2 mlm dan slps tu ke Tromso 4 mlm. Boleh advice sbb faizal ada pengalaman mtravel Norway. Whales Safari n Aurora sy cdg nk booking online.. tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge