[Itinerari Ringkas] 5 Hari 4 Malam di Norway (Oslo + Tromsø). Norway negara kedua dalam trip ke Scandinavia 2017 selepas Iceland. Aku di Norway 5 hari overall. tapi dalam 5 hari ni akuboleh cover 2 bandar di Norway iaitu Oslo dan juga Tromso. Tromso terletak jauh di utara Norway dan termasuk di lingkaran artic. Oslo pula ibu kota bagi negara Norway.

Dari Oslo nak ke Tromso aku naik flight Norwegian Air lebih kurang 1 jam 30 minit booking melalui applikasi Wego. Harga masa tu aku beli agak murah walaupun last minit. Nasib baik ada Wego cepat dan senang. Tak banyak aku nak ubah itinerary kali ini. Untuk booking tiket flight melalui Wego korang boleh ke Wego Flight! 

Applikasi Wego merupakan salah satu applikasi wajib yang ada kalau korang nak travel. bagi kaki travel macam aku applikasi ini memang wajib ada dalam smartphone. Bukan sahaja boleh dapatkan harga murah malah boleh dapat banyak pilihan.

Enter Viking Hotel, Tromso

Dekat Tromso aku stay di Enter Viking Hotel. Nak cari hotel kat Tromso memang susah sebab banyak hotel dah penuh. Harga pulak memang mahal nak mampos. Biasalah last minit punya booking. Tapi nasib baik ada. Walaupun last minit dengan applikasi Wego ni masih boleh dapatkan hotel yang selesa dan berpatutan! So guys bagi korang nak nak plan untuk travel terutama untuk buat itinerary long journey macam aku ni memang aku recommend lah guna applikasi Wego untuk Hotel.

Tujuaan utama aku untuk ke Tromso adalah untuk Misi Memburu Aurora. Kalau nak tengok Aurora dekat Norway korang boleh fly ke Tromso. Tak semua tempat di Norway boleh tengok Northern Lights ni. Kawasan boleh tengok Aurora adalah kawasan Artic!

Aaurora Borealis

Ok berbalik kepada Itinerary ringkas sepanjang 5 hari aku di Norway korang boleh tengok di bawah ni.

[Itinerari Ringkas Dan Bajet] 5 Hari 4 Malam di Norway (Oslo + Tromsø)

Hari 5 & 6 (Oslo, Norway)

  • Jalan2 sekitar Town
  • Vigelandsparken
  • Hard Rock Oslo (HRC paling mahal)
  • Fram Polar Ship Museum
  • Frogner Park
  • Sognsvann Lake
  • Oslo Fjord
  • Viking Ship Museum
  • Bygdoy Peninsula

Hari 7 & 8 (Tromsø, Norway)

  • Jam 6 pg terus gerak ke airport
  • Fly to Tromsø (1 jam 45 minit)
  • Check in at Hotel Viking (boleh naik bas)
  • Jalan2 sekitar bandar Tromsø
  • 7mlm gerak ke Wets Tromsø utk misi mencari Northern Light (pakej aurora €220)
  • 5-7 jam ambil masa utk trip mencari aurora
  • Balik hotel and sleep
  • Check out
  • Lunch at thai restaurant
  • Fly to Oslo

Itu sahaja lah yang aku sempat buat kat Norway. Kalau di beri peluang aku nak datang lagi tapi kali ni nak cover belah utara Norway! banyak tempat cantik dekat North Norway. Kat Oslo memang boring sikit. Antara bandar paling boring dekat negara Scandinavia. Dah lah mahal pulak tu…

Oslo, Norway

Korang kalau nak plan itinerary boleh check hotel dan flight dekat Applikasi Wego. Banyak pilihan dan harga pun boleh tahan.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge