Home TRAVEL Travel Tips Misi Memburu Aurora Atau Northern Lights di Tromsø Norway

Misi Memburu Aurora Atau Northern Lights di Tromsø Norway

8661
8

Misi Memburu Aurora Atau Northern Light di Tromsø Norway. Bila dengar Aurora mesti teringat lagu Aurora dari kumpulan Estranged. Satu ketika dahulu aku tak pernah terfikir pun untuk lihat Aurora. Masa dulu bagi aku Aurora itu satu perkara mustahil untuk aku lihat dengan mata kepala sendiri. Rasa macam tak kan dapat punya sebab nak travel sejauh di kutub utara dengan cuaca yang sejuk memang di luar kemampuan aku. Aku hanya budak kampung yang suka berangan je. Belajar pun tak pandai. Ni pulak nak travel jauh-jauh. Bajet nak ke sana pun confirm mahal.

Tapi itulah rezeki kita hanya Allah yang tentukan. InshaAllah selagi ada keinginan dan usaha segalanya mampu.

Misi mencari Aurora ini aku rancang pada tahun 2016 lagi. Which is setahun yang lepas. Tapi masa tu mungkin belum ready lagi jadi aku ubah planning ke nagara south europe dan central europe. Untuk tahun 2017 aku palnning lagi untuk jelajah north europe pula dan kali ini misi wajib tengok northern light.

Aurora adalah satu kejadian di mana ia berlaku daripada ledakkan api kecil daripada matahari sehingga ia sampai ke bumi. Sebelum sampai ke bumi, percikan api daripada matahari ini telah menempuh pelbagai halangan sehingga apabila sampai di bumi ia bertemu cas negatif dan positif sehingga api ini terbentuk di kedua-dua kutub utara dan selatan dengan begitu cantik yang dinamakan sebagai Aurora.

Jadi, anda boleh lihat kejadian Aurora ni hanya di negara yang berada pada Kutub Utara dan Kutub selatan sahaja.

Kalau tak salah, kelajuan percikan api ini adalah 8 juta Kilometer per jam. Jadi, untuk sampai ke Bumi hanya mengambil masa 18 jam sahaja! Laju gilakan?

TEMPAT UNTUK LIHAT AURORA ATAU NORTHERN LIGHT 

Di beberapa negara di Eropah sahaja yang boleh melihat Aurora antaranya Ireland, Iceland, Norway, Finland dan Sweden. Itu pun tempat yang terletak di kawasan Artic Circle. Artic Circle adalah tempat-tempat di utara Sweden, Norway, Finland dan beberapa tempat di Russia. Aku tengok Aurora di Tromso, salah satu tempat paling atas di Norway. Dari Oslo ke Tromso aku naik flight (Norwegian Air) dalam 1 jam sahaja. Tromso juga merupakan salah satu kawasan yang terletak di kawasan artic circle.

BILA BOLEH TENGOK AURORA?

Bukan semua tempat boleh tengok Aurora dan bukan setiap masa Aurora akan muncul. Biasanya Aurora akan muncul bila cuaca sejuk dan langit clear dari awan. Misi memburu aurora hanya pada bulan september sampai april. So korang kalau nak plan untuk cari aurora silalah plan pada bulan-bulan ini. Kalau nak lagi senang sila pergi pada musim sejuk. Paling banyak orang pergi pada bulan november, december dan januari.

TROMSO

Mula-mula aku plannak tengok masa aku di Iceland tapi termiss pulak, jadi terpaksa catch up di Norway. Masa di Norway pun Tromso ni tak de dalam itinerary. Bila sampai je di Oslo, Norway aku rasa bandar Oslo boring gila. Akua da 5 hari dekat Oslo. Disebabkan terlalu boring aku rearrange aku punya plan hari ke 3-4 aku fly ke Tromso. Booking on the spot flight dan hotel. Agak mahal juga sebab dekat dengan krismas.

So bila semua dah booking aku fly ke Tromso. Seperti yang aku bagitau kat atas tromso terletak di kawasan artic circle. Kawasan artic circle ini akan mengalami 24 jam gelap pada musim winter dan 24 jam cerah pada musim summer. Jadi aku pergi musim winter boleh lah merasa pengalaman 24 jam gelap. Satu kelaian sangat. Serius rasa nak tidur dalam hotel je setiap masa. Dah lah sentiasa gelap, sejuk pulak. Kat luar jalan licin sebab salji. Nak jalan pun susah. Tengok je lah salji tebal dari hotel.

PERMULAAN MISI MENCARI AURORA

Untuk tengok Northern Light ni korang kena pergi ke spot-spot yang akan mudah di lihat. Memandangkan aku pergi seorang diri aku hanya ambil trip aurora je. Senangdan tak perlu fikir banyak. Kalau nak booking boleh booking kat sini Auroratour. Pakej complete sekali baju thermal, makanan, trip utk tgk aurora dan harganya adalah 1200NOK (rm585). Agak mahal tapi nak tengok aurora bukan sedang. Melainkan korang cukup bertuan apabila aurora muncul di bandar Tromso. Boleh tengok dari hotel. Tapi itu pun bukan selalu ada.

Jam 6 ptg diorang pickup aku kat airport dan teruskan misi mencari aurora. Nasib kami tak berapa baik malam tu sebab awan tebal susah naktengok aurora. Kami terpaksa drive 3 jam ke utara hingga ke smepadan Sweden, Norway dan Finland. Dekat situ baru jumpa Aurora.

DETIK PENENTUAN

Akhirnya inilah apa yang aku tunggu tunggu. Aurora muncul menari nari di langit di sebalik gunung. Subhanallah cantik sangat. Walaupun pada pandangan mata kasar tak secantik dalam gambar tapi rasa dia tetap ohsem. Hampir menitis air mata weh. Nasib sejuk air mata pun segan nak keluar.

Masa kami di tempat tengok aurora tu suhu dalam -20 darjah. Korang bayangkan lah dia punya sejuk. Kami rasa cukuplah sekali. Lepas ni tengok je lah kat internet kalaunak tengok aurora. Kami keluar dari kereta sekejap sekejap je.

Aurora!! Walaupun tak terang tapi Alhamdulillah boleh nampak

Aurora pun muncul sekejap je. Pastu hilang. Kena tunggu lagi baru muncul balik. Dah tangkap gambar semua dah puas hati kami gerak kami setuju untuk gerak ke tempat untuk bon fire. kami parking kat tepi laut untuk bbq. Tour guide tu sediakan api, marshmallow, sosej daging rusa dan macam-macam lagi. Sambil tu kami minum hot coklate. Perghh..Walaupun sejuk tapi tetap best. Aku dengan 8 totally stranger bon fire dalam kesejukan. Satu pengalaman baru untuk aku. Dan satu pencapaian jugak sebenarnya.

Dah habis semua tu kami bertolak balik ke hotel. sampai hotel jam 1 pagi. Esok pagi terus bangun jam 12 tgh hari sebab penat sangat. Siap2 check out terus merayau kat bandar Tromso dan makan tengah hari dan ke airport fly back to Oslo.

Dengan itu habis sudah misi aku untuk mencari Aurora atau Northern Light di Tromso Norway.

Mission Completed!!!!!

TIP MENCARI AURORA

  1. Kenalpasti lokasi aurora (Sweden, Norway, Ireland, Finland, Iceland). Aku pilih Norway iaitu Tromso!
  2. Book pakej aurora
  3. Sediakan kelengkapan spt baju sejuk yang tebal, glove yang sesuai dan kasut yang sesuai
  4. Kamera yang sesuai. Jangan mimpi nak tangkap gambar gun smartphone sebab tak nak nampak. Even korang pakai iphone x sekali pun macam aku
  5. Siapkan mental dengan cuaca sejuk yang melampau
  6. Banyakkan bersabar sebab aurora ni malu-malu. Ada cloud sikit je terus tak nak keluar

HOTEL DAN FLIGHT

Hotel kat Tromso aku stay di Enter Viking Hotel. Selesa!!! Satu malam dalam RM367. Hotel biasa-biasa ya bukan 5 star. Dan di Scandinavia harga memang cekik darah.

Flight pulak dari Oslo ke Tromso dalam RM1021 (return) melalui Norwegian Airlines.

 

 

 

8 COMMENTS

  1. Bila travel ke Tromso ? Dec 2017 or Jan 2018 ? Is it daylight is almost 24 hour there ? Planning to go and dpt byk info bagus juga from your blog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge