Home EUROPE Norway Oslo, Norway Sebuah Bandaraya Boring!

[5H4M] Oslo, Norway Sebuah Bandaraya Boring!

4931
8

Negara kedua untuk Scandinavia. Mula-mula sampai je aku agak excited sebab nak tengok Northern Lights namun sayangnya Northern Lights hanya boleh tengok di Utara Norway iaitu Tromso.

Aku stay di Oslo dalam 5 hari ikut perancangan. Agak lama bagi aku yang mudah boring stay di satu satu tempat. Hotel yang kami ambil betul-betul dekat bandar. Terletak dalam 500m dari Hard Rock Cafe Oslo. Actually bukan hotel pun kami ambil BnB sebab nak masak katanya.

Fahamlah negara Scandinavia ni memang cekik darah jer semua harga. untuk jimat kami cadang masak jer. Senang!!

Hari pertama di Oslo kami sampai malam. Jadi tak dapat merayau sangat lah. Hari kedua baru start jalan-jalan. Hari kedua aku merayau sekitar bandar. Banyak krismas market area ni. jadi agak meriah sikit. Masa ni bandar Oslo memang dilitupi oleh salji sebab sebelum kami sampai salji turun agak lebat.

Tak banyak tempat pun kami pergi satunya sebab cuaca agak sejuk dan memang cepat je matahari terbenam. Sangat limited. Tempat-tempat menarik pun tak banyak boleh pergi di musim sejuk ni.

Jadi aku putuskan untuk ambil tiket ke utara Norway untuk misi mencari Aurora. Lagipun duk Oslo memang tak der tempat nak pergi sangat. Serius boring gila. Pusing-pusing krismas market jer lah. Dah lah barang mahal je kat situ.

Harga kat Norway ni serius weh. Seram aku…iceland tu dah mahal dah tapi lagi mahal kat Norway!! Tu belum masuk Sweden, Finland dan Denmark lagi. Kopak poket weh…

TEMPAT MENARIK DI OSLO NORWAY

  • Jalan-jalan sekitar bandar Oslo jer!
  • Muzium muzium Nordic banyak kat sini tapi aku tak pergi!

tak banyak pun dapat aku tulis sebab boring dan aku sekejep sangat kat Oslo. Lagipun orang datang ke Norway ni memang untuk tengok Northern Lights jer. Nanti aku story kisah misi mencari Aurora yang sangat mencabar!

Nah aku belanja gambar2 sepanjang di Oslo…

kebanyakkan bandar scandinavia ni memang diorg banyak menggunakan TRAM kecuali kat Iceland
Bandar Oslo. Cantik jugak. ada sesetengah tempat persis New York
Bandar Oslo
Jika di bandingkan dengan Stockholm, Sweden dan Helsinki, Finland Oslo paling sepi..
Depan theater rasanya
Rilek jer bandar Oslo
Winter Wonderland. Dekat2 nak krismas memang banyak Krismas market. Sistem pembayaran guna kad ok. nampak je macam pasar pagi..
Dalam ni ramai gila orang. Aku suka duk dalam ni sebab kurang sikit rasa sejuk
Ni pun bandar Oslo. Nampak macam New York kan….

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here