Home LIFESTYLE Jet Lag Dan Exam!

Jet Lag Dan Exam!

2653
8
DCIM107GOPROGOPR1722.JPG

Bagi mereka yang selalu travel mungkin masalah Jet Lag tiada dalam kamus hidup. Ibarat petik jari je untuk switch zon waktu mengikut kehendak.

Tapi berbeza bagi mereka yang mungkin lebih amatur dari traveling macam aku. Walaupun sudah menjelajah 40 negara sehingga tahun 2017 still lagi aku mengalami masalah jet lag.

Kebiasaannya memang not a bog deal bagi aku masalah zon waktu ni. aku juga kadang-kadang boleh adjust bila masa je yang aku nak. Tapi hari ni memang aku tak tahu apa dah jadi. Aku tidur hampir 20 jam.

20 jam beb…kalau kat kampung ni confirm mak aku dah start baca Yasin dan kat telinga aku. tak pun ajar mengucap. Tapi aku kat KL ni memang hidup sorang. Ada housemte pun masing-masing buat hal sendiri. Kerja masing-masing kan.

Nak di jadikan cerita aku baru sahaja habis menjelajah 6 buah negara di Eropah iaitu UK, Iceland, Norway, Finland, Sweden dan Denmark. 6 negara ini ada yang mempunyai masa waktu yang berbeza.

  • UK = +0 (8 jam kebelakang dari KL)
  • Iceland = +1 (8 jam kebelakang dari KL)
  • Norway = +2 (7 jam kebelakang dari KL)
  • Sweden = +2 (7 jam kebelakang dari KL)
  • Finland = +3 (7 jam kebelakang dari KL)
  • Denmark = +2 (7 jam kebelakang dari KL)
  • Oman = +4 (4 jam kebelakang dari KL)

mungkin di sebabkan perbezaan waktu yang banyak dan dekat Oman aku transit dalam 13 jam buat aku blur bila sampai KL. Hari pertama aku tido ikut waktu Malaysia dalam jam 1 pagi.

DCIM107GOPROGOPR1378.JPG

Esok tu entah macam mana Phone aku tak auto tukat zon waktu. Kira still ikut waktu Denmark. Aku bangun jam 7 pagi waktu Denmark (aku ingat eaktu Malaysia) so aku tido lagi sikit nak bangun jam 8 pagi sebab macam tak larat dah. Then aku terlajak sampai jam 1 tgh hari waktu Denmark.

Aku bangun mandi bagai then cuci baju semua. Tengok kat tingkap hari dah gelap. Maybe hari nak hujan dalam hati aku. So aku buat tak tahu. Aku tengok lagi sekali lampu jalan dah pasang. takkan hujan pun pasang lampu jalan. So aku tengok sekali lagi jam kat phone jam 1 tgh hari. Macam tak logic pulak. Tengok dekat jam dinding. Ya Allah dah jam 7 petang weh…

Aku pulak ada exam jam 8 malam. Dengan tak de prepare apa lagi. Terus bergegas ke UPM tapi sempat lah solat maghrib dulu.

Sampai dalam dewan jam 8.30 malam. Lewat 30 minit. Aku start buka kertas soalan serius rasa blank terus. Satu soalan pun aku tak leh jawab. Rasa nak nangis pun ada. Confirm kena repeat balik ni. 1 jam 30 minit dlm dewan tu aku tenung je kertas soalan. Memang tak leh jawab sebab tak prepare apa pun.

Soalan pulak semua bab teknikal menang tak leh goreng jawabnya…

Tak sangka pulak jet lag kali ni effect teruk sangat. Exam pun tak leh jawab. kerja pun terlepas….Harap cepat dapat cover. Ni jam 5 pagi waktu malaysia pun aku tengah cergas lagi ni…Lepas ni tak nak dah travel lama2…

8 COMMENTS

  1. Mungkin next time kena bagi at least 24 jam untuk rest, reset dan refresh selepas balik travel sebelum masuk kerja semula atau ke kelas atau dewan exam. Bahaya woo bila blank nak jawab exam! Haishh!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge