Guesthouse Edinborg, South Iceland. Malam kedua aku di Iceland aku stay di Guesthouse Edinborg. Terletak di selatan Iceland. Kalau ikut lokasi memang jauh gila dari bandar atau kedai. Tapi apa yang best persekitaran dan panorama di Guesthouse ni sangat cantik.

Kira-kira 2 jam drive dari Keflavik. Aku sampai kat sini hari tu dah malam dah. Masa sampai tu memang tak nampak apa pun gelap pulak tu. So aku tidur je lah lepas check in. Rugi rasa sebab aku rasa dari guesthouse ni boleh nampak Aurora yang cantik. Tapi kena bangun jam 2 – 4 pagi lah. Dengan cuaca sejuk gila memang tido lah jawabnya.

Pagi masa nak check out tu baru dapat tengok suasana sekitar. MasyaAllah cantik gila weh. Dengan matahari yang baru nak naik warna Purple then slowly berubah jadi wanrna orange dan merah.

Guesthouse ni memang dijadikan tempat persinggahan para traveler kalau nak pusing Iceland. Kat sini juga aku jumpa 2 group dari Malaysia. Betapa famousnya guesthouse ni dalam kalangan orang kita.

Kalau nak gi tempat-tempat yang Kajol dan Shah Rukh Khan shooting lagu Gerua dalam filem Dilwale kat area sini lah. Sebelah dia ada air terjun Skogafoss. 6km je dari guesthouse ni. Black sand beach pun dekat area ni juga dalam 58km. Kalau korang nak lagi adventure ada glacier punya hiking juga area ni.

Boleh booking dekat booking.com. Pastu self check in. Lepas book nanti diorang akan bagi instruction macam mana nak check in sendiri sebab kat sini tak de kaunter macam hotel tu. So pandai-pandai lah check in sendiri.

boleh lah untuk 2 org…muat2….
matahari pagi!!
waktu pagi belah timur
gigih turun dari kereta untuk bergambar. Sejuk woo masa ni
Ni yang mewah sikit. Diva diva boleh lah stay sini. aku tak sure apa nama homestay ni
Bye Edinborg….nanti aku datang lagi

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge