Hari pertama untuk trip kali ni dah bawak suwei!! Tak pernah lagi aku tertinggal flight kalau aku travel ni. Memang aku jaga betul masa kalau bab flight. Sebab aku tau polisi airline ni memang strict gila bab!.

Nak di jadikan cerita hari ni aku bertolak dari Kuala Lumpur ke London dengan Oman Air. Transit sekejap dekat Muscat. Lepas 16 jam penerbangan akhirnya aku sampai kat Heathrow Airport London.

Next flight dari London ke Iceland di jadualkan pada jam 11 pagi waktu Landon. So aku sampai pagi tadi jam 6 pagi. Still banyak masa untuk merayau.

disebabkanminum kopi ni lah kami terlepas flight. Haha

Disebabkan banyak masa aku decide gi kopi kopi dulu kat area Hammersmith. Dalam 15 minit naik train. Dah breakfast tepat jam 9.30 pagi kami gerak semua ke airport. Jika di ikutkan kiraan kami memang sempat lah nak naik flight jam 11. Kami pun dah check in awal awal dah.

Tiba kat Heathrow terminal 5 jam 10.05 pagi. Sempat sangat nak naik flight. Tanya kat kaunter macam-macam kaunter pulak di suruh pergi. Sampai kat security gate tetiba tak boleh nak masuk. Pegi kaunter balik dia cakap sebab lewat. Wtf!!!!

Dia cuba nak tolong tapi memangtak dapat dah. Lewat 1 minit katanya. So itulah kisah kami hari pertama di London.

Jadinya kami terpaksa book balik tiket yang akan di jadualkan jam 8.30mlm nanti ke Iceland. Tiket baru ke Iceland berharga RM1280!! Hahaha…

Suhu kat London sekarang 7 darjah!!!

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge