SHARE

Barang Perlu di Bawa Ketika Travel Musim Sejuk. Bulan december ni memang kebanyakkan orang akan bercuti. Pilihan yang paling popular ketika bulan december ni sudah tentu negara-negara dalam cuaca sejuk. Maklumlah kita kat Malaysia yang panas ni nak cari kelainan sikit. Lagipun bercuti di musim sejuk ni banyak kelebihan dia, terutama dari segi cost atau bajet.

Orang kata murah travel musim sejuk ni. Betul ker? Actually depend jugak lah kalau pandai buat budgeting travel bila-bila masa pun boleh jer nak jimat. Last year aku ke Eropah untuk musim sejuk cover kebanyakkan negara di central europe.

Untuk tahun ni aku akan cover negara-negara scandinavia atau utara eropah. negara-negara ni memang negara sejuk pergi pulak musim sejuk lagi lah sejuk.

InshaAllah kalau tak ada apa masalah aku akan fly dalam next week.

Sekarang untuk persiapan pasal barang-barang untuk di bawa travel musim sejuk ni satu pun aku tak packing lagi. Ada jugak lah benda nak kena beli walaupun dah pernah travel musim sejuk.

Travel musim sejuk ni lain sikit. Banyak persedian nak kena siapkan. Barang-barang yang kena bawa pun tak sama bila travel musim lain.

So sekarang itinerary semua dah siap. Tinggal masa untuk packing barang yang nak bawak je. Aku tak nak jadi macam tahun lepas sebab terlebih bawa barang yang aku rasa tak perlu pun. Kali ni kena make sure aku bawa barang yang betul, simple dan berguna.

Barang – Barang Perlu di Bawa Ketika Travel Musim Sejuk!!

  1. Long John
  2. Thermal wear
  3. Sweater
  4. Jacket atau Winter Coat
  5. Stokin Wool
  6. Sarung Tangan
  7. Muffler / Scarf
  8. Topi atau Snow cap
  9. Krim / Lotion / Lip Balm
  10. Kasut yang sesuai. Aku bawa kasut sport shoe yg ringan je.

So far ini je lah yang terlintas dalam fikiran aku. Mungkin ada lagi yang perlu nanti aku tambah balik. Dan untuk sweater dan jacket tu pun kena pilih yang sesuai. Aku kalau boleh tak nak bawak yang jenis berat dan besar nanti makan space banyak untuk packing dan bila bergambar nampak gemuk. Walaupun dah memang gemuk.

Lagi 4 hari nak fly aku masih lagi berusaha nak cari barang-barang di atas yang sesuai!!!

 

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge