SHARE

 

Tabirai Car Rental Kereta Sewa di Jepun Dan Tip Memandu di Jepun. Jepun merupakan salah satu negara yang paling aku suka. Kalau di beri peluang aku nak stay di Jepun dalam sebulan dan nak explore seluruh Jepun. Setakat ini aku pernah pergi Sapporo dan Tokyo. Dua-dua tempat ni sangat terbaik lah. Rasa nak repeat lagi. InshaAllah kalau ada rezeki aku akan ke Jepun lagi tahun depan.

Satu lagi yang membuatkan Jepun jadi pilihan para pelancong adalah kerana sistem “public transport” yang sangat efisien dan teratur.

Tetapi pernah tak terfikir untuk sewa kereta dan pusing-pusing sekitar Jepun? Kalau di Tokyo tu mungkin naik train paling best dan cepat tapi bila ke bandar-bandar lain atau ke kawasan pedalaman mungkin sewa kereta salah satu ideal yang terbaik.

Tabirai Car Rental merupakan salah satu company Japan Rental Car yang cukup popular di Jepun oleh kerana harganya yang murah dan senang untuk membuat reservation. 

Walaupun tak ramai yang sewa kereta bila ke Jepun tapi bagi aku kalau betul-betul nak explore Jepun korang wajib sewa kereta. Before this, aku agak struggle jugak nak susun itinerary bila ke Hokkaido tempoh hari. Nak-nak bila berkaitan dengan transport. Sebab banyak jugak tempat-tempat yang aku nak pergi tu not accessible by train or bus.

Kalau di pulau utara Jepun iaitu Hokkaido kebanyakkan tempat dia view memang stunning. Ala-ala New Zealand. Dan tempat-tempat ni sangat cantik dan tak ada public transport. Jadi ini lah masanya nak sewa kereta. Kalau setakat nak lepak-lepak kat bandar rugi rasanya ke Hokkaido.

Walaupun perkhidmatan Uber ada di sana tapi apa yang korang perlu tahu tambang teksi atau uber sangat lah mahal. Rasa tak berbaloi jer. So alternative lain sewa kereta lagi jimat.

Untuk sewa kereta aku recommendkan sewa di Tabirai Car Rental

Ada 3 sebab kenapa aku cadangkan untuk korang sewa kereta melalui Tabirai Car Rental.

1. GPS IN ENGLISH

Paling penting adalah GPS dalam bahasa English. Kalau korang jenis faham bahasa Jepun atau kaki anime masalah bahasa mungkin boleh tolak tepi. Tapi majoriti orang kita memang tak tahu bahasa Jepun. So bagi mengelakkan korang sesat semasa drive GPS dalam bahasa Inggeri sangatlah membantu.

2. LEBIH MURAH 

Orang kita ni bila bab harga memang menjadi keutamaan. Kalau korang nak tau kat Jepun ni serba mahal. lagi-lagi bila currency ringgit dah jatuh teruk ni. So nak jimat boleh sewa kereta dengan Tabirai Car Rental. Kadang-kadang mereka ada offer sehingga 50% tau. Lagi satu harga sewa kereta ini lebih murah berbanding harga biasa.

3. MUDAH DAN SENANG

Kenapa aku cakap mudah? Ok kereta sewa Tabirai ni di lindungi insuran CDW (Collision Damage Waiver). Jadi kalau berlakunya kemalangan ke apa ke semua dah di cover. Then, yang penting tiada harga cas tersembunyi. Biasakan kalau kita book online dah sampai kat sana kena bayar macam-macam cas. Tax lag apa lah. Dengan Tabirai Car Rental kalau dia tulis harga banyak tu maka banyak tu lah korang kena bayar. No hidden charge!!!


Ok macam mana nak book Tibirai Car Rental ni?

Senang je dik. Apa yang korang perlu boleh terus ke laman web http://en.tabirai.net/car/ Dari situ korang boleh pilih tarikh korang nak sewa, pick up point dan drop point, jenis kereta yang korang nak sewa dan smoking or not. Ok itu je. Bila dah buat reservation dan dah confirm boleh lah pick up kereta pada tarikh korang booking.

Untuk make sure reservation korang berjaya korang akan dapat satu email confirmation. Dalam email tu akan ada username dan password untuk rujukan masa akan datang. Untuk tujuan pembatalan atau cancel booking yang dah di buat korang boleh direct email untuk cancel.

Untuk makluman korang juga kereta sewa ini tidak termasuk:

  • NOC compensation insurance fee (optional, as desired)
  • ETC card rental fee (around 300 yen)
  • Highway/Expressway tolls
  • Gasoline cost
Masukkan matlumat seperti tarikh, pickup point dan drop point serta jenis kereta
Pilih kereta anda
Boleh modify booking yang dah di buat
pastikan semua matlumat telah di isi dengan betul
Confirm reservation
Bila dah confirm diorang akan hantar matlumat, username dan password ke email
Untuk ubah booking yang telah pun di buat korang perlu cancel dahulu then baru buat booking yang baru. 
nak cancel pun tak ada masalah

 

TIP SEWA KERETA DI JEPUN

Ok ini ada beberapa tip untuk sewa kereta di Jepun.

  1. Member registration dan credit card information tidak di perlukan semasa booking
  2. Payment hanya di buat semasa ambil kereta
  3. Guna kad kredit lebih baik
  4. Boleh cancel anytime booking yang dah di buat melalui ‘Reservation Information Box

Ok untuk matlumat lanjut tentang rahsia atau tip lain untuk sewa kereta di Jepun boleh layari http://en.tabirai.net/car/guide atau ke Japan rental car TOP.

Kalau nak ke Okinawa dan Hokkaido boleh booking melalui link di bawah:

4 TPS MEMANDU DI JEPUN

Lesen memandu antarabangsa di perlukan. Lesen Malaysia tak valid kat sana ya. So sebelum buat booking kereta sewa boleh pergi JPJ bawa sekeping gambar pasport pastu bayar RM150. Siap immediately.

Kereta Sewa. Boleh sewa di Tabirai Car Rental. Boleh booking online seperti mana yang aku dah membebel kat atas tu.

Pastikan kereta yang disewa ada disertakan GPS dalam English kerana anda mungkin akan bergantung kepada GPS 24 jam sepanjang kat sana.

Minyak Kereta. Rules dia adalah full to full. Kiranya korang akan receive kereta tu dalam keadaan minyak full dan bila return pon haruslah isi full. Kat sini stesen minyak dia amatlah meriah, dorang paparkan harga minyak per litre besar-besar dan siap berlawan-lawan harga. The moment ko masuk stesen minyak tu nanti akan ada staff yang berlari ke arah kereta kau pastu dia cakap ayat panjang gila……yang kau tak faham. Sila jangan cemas. Dorang tengah menyambut kedatangan korang dengan hati yang gumbira. Dorang memang kena catch customer, so bila ada customer tu memang korang akan dilayan macam raja. Apa yang kau perlu buat? Just cakap ‘Mantang desu!’. Maksudnya sila isi full. Range harga fuel dalam 124 yen – 140 yen per litre depends kat stesen minyak. Jangan lupa cakap arigato ye!

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge