SHARE

[Itinerari Ringkas] 7 Hari di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) | Mood nak menulis tentang trip terbaru aku iaitu Dubai dan Abu Dhabi. Trip kali ini agak lama sebenarnya. Dalam seminggu. Planning dari tahun lepas lagi. Untuk permulaan aku kongsi itinerary ringkas selama 7 hari kat sana. Itinerary ni aku buat sesuai untuk mereka yang nak gi Dubai dengan bajet yang minimum.

So tengok lah dulu aku belanja Itinerary 7 hari di Dubai.

Hari Pertama (15/10/2017)

  • Flight KL ke Kochi (transit)
  • Sampai Kochi jam 2.30pg. Next flight ke Dubai by Indi Go airlines.
  • Sampai airport dubai jam 5pg waktu dubai
  • Breakfast kat airport
  • Taxi from airport to hotel
  • Bus ke Emirates mall
  • Lunch kat food court
  • MRT balik hotel (beli kad TNG) (25 AED)
  • Rehat dulu. Tak larat dah!!
  • Malam baru keluar ke Dubai Mall. Naik bas je. Dalam 30 minit.
  • Kat Dubai Mall ada muzikal fountain dpn Burj Dubai. Start dari jam 6ptg – 11mlm. Cantikkk! Wajib tengok kalau datang Dubai.
  • Dinner
  • Top up kad TNG (50 AED)
  • Jam 12 mlm balik hotel.

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED17)
  • Teksi airport ke Hotel (AED53)
  • Lunch (AED75)
  • Kad MRT/Bus (AED25)
  • Topup kad (AED50)
  • Dinner (AED25)

Hari Kedua (16/10/2017)

  • Breakfast
  • Ferrari World, Abu Dhabi
  • Naik teksi ke Abu Dhabi Jarak dalam 110km from dubai to ferrari world. Naik teksi shared 3 org. 2 jam 30 minit.
  • Teksi dari Dubai ke Abu Dhabi 500 AED / 3person
  • Lunch kat Ferrari World
  • Grand Mosque Abu Dhabi (wajib singgah)
  • Balik Dubai.
  • Dinner and have a night life in Dubai
  • Balik hotel tidur

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED17)
  • Teksi ke Abu Dhabi kongsi 3 org (AED500/3)
  • Lunch kat Ferrari World (AED75)
  • Dinner (AED20)
  • Tiket Ferrari Worls (AED235)

Hari Ketiga (17/10/2017)

  • Desert Safari
  • Naik 4×4 dalam 1 jam ke padang pasir.
  • Jalan bumping
  • Pakej naik unta dlm 1 minit utk bergambar
  • Tarian belly dancing dan lain2
  • Pakej termasuk dinner (buffet)
  • Ambillah pasir kat sana sebotol utk souvenir

Perbelanjaan

  • Lunch (AED25)
  • Desert Safari (AED135)

Hari Keempat (18/10/2017)

  • Wild Wadi water part
  • Public Beach layan sunset
  • Mall of Emirates

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED25)
  • Tiket Wild Wadi Waterpark (AED220)
  • Loker di Wild Wadi (AED45)
  • Lunch (AED30)
  • Dinner (AED35)

Hari Kelima (19/10/2017)

  • Check out kat Sea View Hotel
  • Check in kat Ibis One Central
  • Lepak hotel. Tangan terseliuh masa kat Wild Wadi. Nak keluar petang-petang panas.
  • Dubai Mall
  • Cari Souvenir kat Dubai Mall.
  • Al Jaber Gallery ada jual Souvenir berkualiti. Mahal sikit
  • Kat careful pun ada jual Souvenir. Murah dr Al Jaber
  • Old Dubai souk (souvenir) sini byk brg antik, rempah, kain

Perbelanjaan

  • Lunch + Dinner (AED100)

Hari Keenam (20/10/2017)

  • Butterfly Garden
  • Miracle Garden
  • Butterfly garden agak tak berbaloi maybe sebab kita dari Asean. Kat negara kita lagi cantik garden macam ni.
  • Nak gi sini kena naik teksi.
  • At the top Burj Khalifa 505 AED tiket kena beli online. Best time kol 5 leh tengok sunset
  • Dubai Mall
  • Hard Rock Cafe

Perbelanjaan

  • Tiket Butterfly Garden (AED50)
  • Burj Khalifa at the top sky (AED505)
  • Dinner (AED120)

Hari Ketujuh (21/10/2017)

  • Fly to KL transit di Kochi 3 jam.

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge