SHARE

 

Salah Pilih Partner Travel Meranalah Trip Korang. Salah satu tip untuk travel adalah partner travel. Kalau nak travel tu kalau boleh pilihlah partner yang betul-betul boleh jadi partner. Sebab kita kat negara orang ni macam-macam boleh berlaku. Masa ni kita akan bergantung pada satu sama lain. So inilah pentingnya partner travel.

 

Aku sebelum ni dah pernah salah pilih partner masa ke Sydney dan New Zealand. Serius rasa azab sangat nak habiskan trip masa tu. Rasa nak balik rumah jer. Hari-hari rasa stress. Nak plan benda kecil pun boleh gaduh wooo…

 

Sebab tu aku banyak travel alone jer. Sebab sangat susah nak cari travel partner yang boleh masuk dengan kepala kita ni. Aku ni bukan lah jenis penting diri sangat pun. Boleh jer masuk dengan kawan-kawan lain.

 

Lepas ni aku akan ke Scandinavia nak cover 6 negara kat Eropah. Dan kali ini juga aku gi berdua dengan travel partner baru. harap-harap semuanya baik lah. Tak larat woo nak bermasam muka masa travel.

 

So pesanan aku kalau nak travel cari lah partner travel yang satu kepala. tak pun yang sempoi, tak mudah sentap dan yang penting tak pentingkan diri sendiri. Satu lagi kalau dapat yang jenis berkira lagi haru beb….

 

 

10 Tip Pilih Travel Partner!!

 

  1. Tak berkira
  2. Tak Mudah Sentap
  3. Tak pentingkan diri sendiri
  4. Open Minded
  5. Sempoi
  6. Bertolak Ansur
  7. Pandai bawa diri
  8. Give & Take
  9. Power dalam planning

 

Ok kita pun kalau boleh sebagai partner travel kena ada juga ciri-ciri di atas. Baru masing-masing boleh enjoy…

 

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge