SHARE

 

Aku ni jenis yang suka adventure. Sama juga bila travel, aku lebih suka travel jenis backpackers instead of ambil pakej dan ikut tour guide. Sebab backpacker aku rasa lebih mencabar. Dan setiap kali aku travel atau buat aktiviti aku akan cari aktiviti yang aku tak biasa buat. Kecuali aktiviti yang melibatkan “Roller Coaster” aku akan undur diri awal-awal.

 

Ok secara keseluruhan aku tak pernah lagi scuba yang betul-betul scuba which is scuba dalam laut. Before this pernah lah try scuba kat swimming pool. tu pun dah excited gila. Banyak juga ilmu yang aku dapat lepas ni InshaAllah aku akan ambil lesen untuk scuba diving.

 

 

Bagi mereka yang sedang mencari alatan untuk scuba diving aku sarankan korang terjah IST Malaysia. IST pada mulanya adalah pengeluar peralatan menyelam dan scuba gear yang mempunyai pengalaman lebih daripda 40 tahun. Terletak di tengah-tengah bandar Taiwan, jenama IST telah berkembang pesat lebih dari 200 buah negara diseluruh dunia termasuk Negara-negara Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Australia/ Oceania.

 

Sebagai pereka produk, inovator dan pengeluar produk, IST menghasilkan koleksi standard antarabangsa di bawah Dolphin Tech, IST Proline dan IST Sports. Hal ini membolehkan pelanggan memilih pelbagai jenis peralatan menyelam tanpa perlu meneliti jenama lain.

 

 

Kini, IST telah meletakkan kaki di Malaysia dengan membawa bersama produknya yang komprehensif, selamat dan boleh dipercayai. Meliputi dari seluruh aspek (head-to-toe), IST memberi keselesaan kepada pelanggan dengan menyediakan segala peralatan menyelam dan teknikal skuba dengan kualiti yang luar biasa dan harga yang berpatutan.

 

Pada 12 Oktober 2017 yang lalu, IST Malaysia secara rasminya dilancarkan oleh pengurus besar IST Taiwan. Majlis perasmian IST Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur dan mendapat sokongan yang sangat baik oleh industri Penyelam Malaysia dan Instruktur Penyelam yang hadir. Objektif utama majlis ini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat pengguna produk yang aktif dalam sukan meyelam dan tenaga pengajar yang akan menggunakan produk IST selain sesi soal jawab berkenaan produk IST. Selain mendapatkan maklum balas yang baik dari peserta yang hadir dari segi kualiti dan harga produk, IST yakin dan percaya produk ini sangat berguna kepada penyelam baru kerana peralatan menyelam yang disediakan berkualiti tinggi.

 

 

IST Malaysia sedang melancarkan kempen dengan memberi promosi diskaun sebanyak 35% kepada sesiapa yang ingin membeli peralatan menyelam sehingga 31 Disember 2017, beli di www.keluar.my dan masukkan kod promosi. Beli sekarang smeentara stok masih ada!

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk IST, anda boleh lawati www.istmalaysia.my atau boleh terus beli secara online di www.keluar.my dan jangan lupa ikuti media sosial kami untuk sebarang informasi pertanyaan:-

 

 

Anda juga boleh memuat turun katalog IST Malaysia dalam talian di: –

http://istmalaysia.my/wp-content/uploads/2017/10/IST_MALAYSIA_RETAIL_PRICE-v2.0.pdf

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Antara negara yang aku pernah guna Samurai Wifi adalah Eropah, Jepun, Indonesia, Thailand, South Korea, Mauritius, New Zealand dan Australia TravelRecommends Pocket Wifi aku dah guna di Eropah dan South Korea! Boleh sewa DISINI RoamingMan Pocket Wifi aku dah guna di Jepun! Boleh sewa DISINI

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge