SHARE

 

Ibis hotel memang salah satu jenama hotel yang agak terkenal dalam kalangan para traveler. So far aku dah stay banyak rangkaian Ibis di seluruh dunia. Antaranya adalah Ibis Seoul, London, Paris, Amsterdam, dan terbaru adalah Ibis Dubai One Central. Banyak sebab kenapa Ibis jadi pilihan para traveler untuk bermalam. Lagi-lagi kalau traveler jenis bisnes vacation atau jenis leasure.

 

Di KL ada satu Ibis Style Hotel terletak di Kompleks Metro Pudu (metro Mall), Ibis Style Kuala Lumpur Fraser Business Park merupakan hotel yang sangat ideal untuk korang menginap di ibu kota Kuala Lumpur.

 

So bagi mereka yang nak merasai percutian dalam KL atau sesuai untuk mereka yang outstation boleh cuba menginap di Ibis Style KL. Ini 5 sebab kenapa Ibis Style KL jadi pilihan para traveler.

 

 

1. CHECK IN DAN CHECK OUT ANYTIME 

 

Bukan macam kebiasaan hotel kena check in pada jam 2 petang dan check out pada 12 tgh hari. Kalau lamabt check out kena extra charge. Sesetengah hotel pulak sampai jam 4 petang baruboleh check in. Para traveler ni kadang-kadang sampai hotel pagi hari. Tengah penat penat penat maybe setelah menempuhi long haul flight memang sangat lebih. Kini jika anda stay di Ibis Style KL korang tak perlu lagi risau tentang masa untuk check in dan check out.

 

Paling menarik check in check out ni boleh 24/7/ Maksudnya korang boleh stay 24 jam full. Contoh check in jam 4 petang korang boleh check out jam 4 petang keesokkan harinya. Menarikkan?

 

 

2. DAPAT DISKAUN 40% UNTUK NEXT DAY

 

Jika korang bermalam mungkin dalam 3-4 hari untuk hari kedua korang boleh dapatkan diskaun sehingga 40%. Banyak tuuu. 40% beb. Hampir separuh harga dah. Lebih jimat dan pilihan bijak. Selain itu, korang juga layak mendapat 20% untuk F&B dan juga laundry services 24/7. Tak payan nak recycle baju yang dah pakai lagi. Masam weh…

 

 

3. 5 MINIT JALAN KAKI KE STESEN LRT

 

Public transport memang menjadi keutamaan jika memilih hotel. Tersenarai di dalam tip memilih hotel ketika travel, Ibis Style KL memang memenuhi ciri-ciri sebuah hotel yang patut korang stay. Stesen LRT berdekatan adalah stesen LRT Chan Sow Lin. Hanya 5 minit jalan kaki dan melalui stesen ini korang boleh terus ke Bukit Bintang, Bukit Jalil, PWTC, KLIA/KLIA2 dan banyak lagi. So, transport bukanm aslah jika stay di sini. Macam-macam tempat sekitar KL korang boleh pergi.

 

 

4. SHUTTLE PERCUMA SETIAP HARI

 

Bagi korang yang malas nak naik LRT jangan risau, setiap hari shuttle bus akan disedikan secara PERCUMA untuk ke KLCC, Pavillion, IKEA Cheras dan juga Mytown. Tunggu je depan hotel tu.

 

 

5. MUDAH, SELESA DAN JIMAT

 

Bila aku kata mudah bermaksud hotel ini memberi layanan yang tip top dan terletak di lokasi yang strategik. Mudah untuk cari makanan tempatan dan juga senang untuk akses ke mana-mana kedai makan dan kedai 24 jam. Ada 7E dan mamak juga di hadapan hotel.

 

Selesa pula bagi aku keadaan bilik yang kemas dan serba baru buat aku rasa sangat selesa untuk menginap di situ. Al maklumlah aku jesnis bisnes travel. Aku travel sambil bekerja. Jadi hotel macam ni memang amat sesuai untuk mereka yang travel sambil bekerja.

 

Dengan segala promosi dan kemudahan yang di sediakan sudah pastinya dapat menjimatkan bajet travel anda. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk dapatkan service 5 bintang.

 


 

Jadi apa lagi, jangan lupa stay di di Ibis Style KL jika datang ke KL. Korang juga berpeluang untuk menang penginapan 1 malam di Ibis Style Kuala Lumpur Fraser Business Park!!! Syaratnya sangat mudah hanya membuat tempahan di www.accorhotel.com/8552.

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge