The Lost Paradise Resort Hotel Lain Dari Yang Lain Wujud di Penang - Faizal Fredley

The Lost Paradise Resort Hotel Lain Dari Yang Lain Wujud di Penang

 

The Lost Paradise Resort Hotel Lain Dari Yang Lain Wujud di Penang. Penang antara tempat yang paling pesat membangun di Malaysia. Sehingga kini ianya menjadi antara destinasi paling popular buat pelancong dalam negara mahupun luar menghabiskan cuti hujung minggu di sana. Tempat makan yang banyak dan pernah di senaraikan antara tempat makan terbaik dunia juga membuatkan ianya sangat berbaloi untuk habiskan cuti-cuti anda.

 

Nak di jadikan cerita bulan lepas aku ada kenduri kawan satu universiti dulu. Kira dia ni pun roommate aku jugak lah. So kami pun plan lah nak ke Penang. Cukuplah 3 hari 2 malam kan. Boleh lah berjimba jimba sekejap. lagipun dah lama sangat tak ke Penang nih. Dulu masa study kat Pelis selalu lah turun. Ni dah kerja kat KL memang jaranglah nak turun.

 

Dalam masa 3 hari tu kami decide nak rasa kelainan sikit untuk stay. Konon-konon nak rileklah kot. Sebab masing-masing sibuk kerja kan.

 

 

Kami putuskan untuk stay ni The Lost Paradise Resort. Resort ni agak unik sikit. Memang lain dari yang lain. Tak sama macam resort-resort lain yang ada kat Penang. Konsep resort ni memang bercirikan Paradise lah.

 

Mula-mula sampai tu rasa macam tak percaya je resort macam ni ada kat Penang. Memang tersembunyi sikit. Kalau tak tengok betul-betul boleh terlepas simpang.

 

The Lost Paradise ni sebuah resort yang tersembunyi di celah-celah pembangunan yang pesat di sekitar Penang. Di kelilingin oleh pokok-pokok bunga yang cantik dan pelbagai spesis orkid membuatkan kami terasa berada di dalam hutan. Sungguh nyaman dan segar…

 

Kalau perati betul-betul resort ini merupakan gabungan tema-tema bali, thailand, india dan melayu zaman dulu-dulu. Belum pernah lagi aku stay di resort yang ada campur campur konsep ni. Rare orang kata.

 

Kat sini ada 5 jenis bilik. Haaa so boleh pilih ikut bilik yang korang nak stay. Setiap bilik pula berlainan konsep. Mana tau nak datang banyak kali ke. Boleh stay di lain-lain bilik. Antara jenis bilik yang disediakan adalah Superior Room, Deluxe Room, Deluxe Family Suite, Grand Family Suite dan Royal Suite.

 

Hari tu kami stay di Royal Suite. Sebab ramai kan. So bilik kena lah luas. Tak gitu?

 

 

 ROYAL SUITE 

 

Royal Suite juga dikenali sebagai bilik Maharaja. Kira bilik ni bilik paling besar lah. Boleh muat dalam 5-6 orang gitu. Memang seusai untuk family. Honeymoon pun sangat sesuai jugak. Bilik ni pula berkonsepkan indian, thai jugak kot. Memang lain lah dengan hotel yang pernah aku stay. Unik sangat!!! Katil yang ada dalam tu milik mahara zaman dulu-dulu. Aku dengar katil tu dah berusi hampir 100 tahun dah. Tu pun masih gah lagi.

 

 

 

BUKAN SEKADAR RESORT

 

Selain di jadikan hotel dan resort, The Lost Paradise merupakan paradise buat mereka yang istimewa. Golongan yang hampir disisihkan oleh masyarat kerana ketidakupayaan dari segi mental dan fizikal. Kira macam sebuah sekolah untuk OKU lah. Ramai mereka yang tidak bernasib baik bersekolah di sini. Mereka diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup seperti mereka yang normal.

 

Jadi jika korang ada dikalangan ahli keluarga yang senasib boleh lah hantar mereka ke sini. Dengan suasana resort yang cukup tenang pasti mambuatkan perkembangan mereka lebih positif.

 

Ada diantara mereka yang bila dah besar menjadimanusia yang berjaya. Ada yang jadi Doktor ok. Walaupun mereka mungkin lemah dari segi mental satu ketika dahulu, namun disebabkan pendidikan awal yang betul membuatkan mereka sentanding dengan kita yang normal malah ada yang lagi hebat dari kita.

 

Semasa aku berada ni sini rasa cukup tenang. Walaupun di keliling oleh mereka yang macam ni tapi kehadiran diorang sedikit pun tidak menganggu kami.

 

 

FAKTA

  • Hampir 100% pekerja di resort ni terdiri dari mereka yang penah belajar di sini
  • Kanak-kanak ini di ajar tentang seni
  • Dont expect macam hotel biasa

 

TARIKAN THE PARADISE RESORT

  • View yang cantik
  • Selesa
  • Terletak di tepi laut
  • Staf Friendly
  • Best place to rilex
  • Cool Envirement
  • Nice Swimming Pool
  • Stylish Facility

 

Bersama Owner Resort

 

So far memang aku puas hati stay di resort ni. Lain dari yang lain Rasa macam stay di alam lain pulak….. Korang yang nak datang ke Penang apa kata korang stay di sini. Memang ianya satu pengalaman yang menakjubkan.

 

Room Rates:

  • Royal Suite: RM 980nett (Seaview)
  • Grand Family Suite: RM 580nett (Seaview)
  • Deluxe Family Suite: RM 650nett (Non Seaview)
  • Deluxe Room: RM 350nett (Seaview)
  • Superior Room: RM 250nett (Non Seaview)

 

INFO LANJUT

  • 262, Jalan Batu Feringghi,, 11100 Batu Feringgi, Malaysia
  • www.lostparadiseresort.net
  • Facebook: @lostparadisehotel
  • Phone: 04-890 4800
  • Email: shuhwamel@gmail.com

 

 

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

4 Comments

  1. Anuar

    September 29, 2017 at 6:12 PM

    Kalau ada peluang pergi Penang boleh try hotel ni… Nampak best jer..
    Anuar recently posted..Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate TempatanMy Profile

  2. Ibu Zaid

    September 29, 2017 at 4:26 AM

    Nampak sekali pandang macam home stay sebab rumah kan

    dalam nya memang macam hotel
    Ibu Zaid recently posted..8 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3 & Pantang larang hamil!My Profile

  3. Mazni Azmi

    September 27, 2017 at 11:08 AM

    Wow dahsyat juga harga royal suite tu

    Dahm rm1000 semalam
    Mazni Azmi recently posted..16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!My Profile

  4. lisak

    September 25, 2017 at 6:06 PM

    wahh.. 2 in 1 la .. hotel mcm resort . menarik tempat tu … Harga boleh tahan tu , tapi kalau ada kepuasan apa salahnya dengan tarikan yang banyak enn enn… bkn selalu pun . Hmmm kena simpan duit then pergi situ la heheh insyaallah
    lisak recently posted..ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman BadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge