[Hotel Review] The Legend Cherating Resort X KBBA9 Family Day - Faizal Fredley

[Hotel Review] The Legend Cherating Resort X KBBA9 Family Day

 

[Hotel Review] The Legend Cherating Resort X KBBA9 Family Day | Cherating merupakan salah satu destinasi yang agak popular di sebelah pantai timur Malaysia. Sejak dari dahulu lagi Cherating cukup di kenali terutama tempat penyu bertelur. Tidak hairanlah kenapa tempat ini cukup diminati oleh pelancong tidak kira dalam dan luar negara.

 

Cherating juga antara destinasi pilihan untuk percutian di dalam negara. Disebabkan kos yang rendah untuk datang ke sini serta pantai yang tenang membuatkan ianya menjadi hotspot buat mereka yang masih tercari-cari destinasi untuk mambawa keluarga menikmati percutian terutama di hujung minggu.

 

Jadi jika korang bercadang untuk menghabiskan masa cuti di Cherating boleh lah cuba menginap di The Lagend Cherating Resort. Beberapa minggu lepas aku berpeluang untuk menginap di sini selama 3 hari 2 malam. Terletak di tepi pantai membuatkan hotel ini begitu sesuai bagi mereka terutama yang mempunyai keluarga yang besar.

 

 

The Legend Cherating Resort mempunyai lebih kurang 205 bilik terdiri dari pelbagai jenis dan juga harga. Terpulanglah kepada bajet tuan puan. Jika bajet tinggi boleh lah stay di bilik yang grand, boleh lah merasa bagaikan sedang honeymoon.

 

Tetapi bagi mereka yang bajet rendah terutama ketika ekonomi negara yang sedang tenat ini, jangan risau jangan bimbang. Di sini juga ada bilik yang lebih ekonomi. Sesuai dengan bajet-bajet yang biasa. Namun, ianya tidak sedikit pun menjejaskan aktiviti dan fasiliti yang boleh anda menikmati sepanjang berada di sini.

 

 

BILIK THE LEGEND CHERATING RESORT

 

Baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba bilik jenis Superior Room. Bilik biasa sahaja tapi cukuplah buat aku yang datang bujang ni. Bilik ni menghadap hutan dan laut. Agak sepi dan juga privacy. Nak tenangkan fikiran memang sangat sesuai. Secara personally aku memang lebih suka menginap di bilik jenis ini. Sebab view yang tenang dan tidak bising.

 

Tentang fasiliti seperti biasa semua cukup, toiletries, towel dan semua keperluan asas hotel lengkap.  Mungkin lah boleh di perbaiki sikit lagi dengan beberapa barangan baru kot. Terlalu old skool sangat. At least TV LCD lah. Tapi tak kisah aku jenis tak duduk dalam bilik sangat. Lebih suka lepak kat pantai jer. Layan angin sepoi-sepoi dan minah saleh berjemur.

 

 

Bilik ini so far ok for me. Bagi mereka yang jenis diva boleh cuba naik taraf sikit ke Deluxe Room ker. Harga ofcouse akan naik. Selain itu kat sini juga disediakan bilik jenis Grand Deluxe Room, Junior Suite, Cherating Suite, Legend Suite dan Penhouse. Harga paling mahal boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu malam.

 

Secara jujur aku tak ada apa nak cerita sangat bilik aku ni sebab tak ada apa cerita just a normal bilik. Maybe jika di beri peluang untuk stay di bilik yang lebih OK baru seronok bercerita.

 

Wifi kalau pilih bilik yang hujung – hujung macam bilik aku memang tak dapat wifi. Tapi kalau nak wifi boleh updgrade bilik lain. Menurut pihak hotel diorang masih lagi ada masalah dengan connection. Maybe line tak kuat. Unifi pun tak support kot. 

 

 

SWIMMING POOL YANG AWESOME!!!

 

Apa yang menariknya di sini adalah sudah semestinya kolam renang yang cukup menarik tertarik bagi siapa yang tengok. Wohhaaa memang antara swimming pool yang terbest yang pernah aku pergi selama aku review hotel ni. Kolam dipisahkan oleh beberapa kolam ini merangkumi beberapa tahap kedalaman masing-masing. Jika untuk kanak-kanak silalah ke tempat kanak-kanak. Dan jika korang jenis tahu berenang boleh cuba mandi di swimming pool yang berkedalaman 9 kaki. Tapi harus di ingatkan sila bawa pakaian mandi yang sesuai. Kalau tak jangan duk mimpi nak berenang dalam tuh.

 

*Blue Pool ni sesuai untuk kanak-kanak. Kedalaman lebih kurang 6 kaki. Green Pool pula kedalaman 9 meter.

 

Selain itu, di sini juga boleh di buat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Macam kami hari tu untuk hari keluarga memang banyak aktiviti hari keluargalah. Ada sukaneka, berakit di laut berenang renang di kolam dan bagi mereka yang nak extream boleh cuba juga kelas scuba.

 

 

MUCK DIVE SCUBA KUANTAN BEACH RESORT

 

Untuk nak ambil lesen pun boleh. Pihak Muck Scuba sedia membantu anda. Dengar kata kalau ambil lesen scuba kat sini lagi mudah. Haaa aku nak cuba juga satu hari nanti. Menurut person in charge kami hari tu, dia kata kat laut Cherating ni ada tarikan sendiri. Sekrang pun diorang tengah buat satu tarikan batu karang di sekitar pantai ni. Katanya juga spesis batu karang ni tak ada di tempat lain. Tempat ni je boleh tengok spesis batu karang ni. Menariknya batu karang ni jenis berpindah randah sebenarnya. Aku ingat batu karang ni sejenis tumbuhan. Hahaha tak tahu pula ianya satu hidupan laut yang boleh berpindah randah.

Matlumat lanjut Muck Dive Scuba

  • Tel: 013-286 1620
  • Facebook: @muckdive
  • Email: muckdive@jomdive.com.my

 

Selain Muck Dive ni banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat jika datang kesini. Antaranya Melihat kelip-kelip di hutan bakau, melihat matahari terbit, Visit Turtle Sanctuary, Shopping keropok dan ikan segar, Mangrove Tours di Sungai Cherating dan paling best dan satu pengalaman baru untuk aku adalah sesi melepaskan anak-anak penyu ke laut. Ini juga merupakan kali pertama aku pegang penyu. 

 

AKTIVITI KBBA9 FAMILY DAY

 

Experience Firefly Tour 

Jujur untuk aktiviti ni aku tak berpeluang nak join sebab masa tu aku sakit perut. Hehehe. So aku terlepas peluang nak tengok kelip-kelip. Tapi tak mengapa korang kalau stay di sini boleh merasai pengalaman tengok kelip-kelip di hutan bakau ini. Aku percaya kanak-kanak zaman sekarang tak kenal dah spesis ni. Inilah masanyanak bawa anak-anak anda melihat kelip-kelip. Nasib aku membesar di kampung. Selalu juga lah tengok kelip-kelip ni dulu. 

 

 

Sunrise Watching 

Ok yg ni pun aku terlepas juga. Lagipun masa tu cuaca macam mendung sikit. Jadi aku lepak dalam bilik jer. Hari ketiga tu cuaca elok. Diorang cakap cantik juga. bagi mereka yang suka tengok sunrise pasti jangan lepaskan peluang ya. Jangan jadi macam aku. Aku ni susah bangun pagi. 

 

 

Visit Keropok Lekor dan Turtle Sanctuary

Kalau datang belah pantai timur ni rugi tak singgah beli keropok lekor. Untuk bawa balik makan di KL memang wajib singgah kat kat gerai-gerai keropok lekor belah kemamam. Tak jauh pun dari hotel ni. Then,kami singgah kat Turtle Sanctuary. Kat sini banyak info tentang penyu. Ada juga penyu dua tiga ekor kalau nak tengok. Pastu ada juga anak-anak penyu yang baru menetas. Tunggu mas aje nak lepaskkan ke dalam laut. 

 

 

Mangrove Tours in Sungai Cherating

Yang ni memang dah lama aku nantikan, selalu  tengok dalam tv jer. Naik bot sambil menyelusuri sungai Cherating memang terbaik. Dapat tengok kehidupan penghuni hutan bakau ni memang menakjubkan. Sempat jumpa sarang tebuan, Lutong, ular, kelawar dan akar-akar pokok yang sangat unik. Kalau nasib baik boleh terserempak dengan memerang. 

 

 

Turtle Release at The Legend Resort Cherating

Excited gila rasa. macam budak-budak rasanya. Ni lah first time aku pegang penyu weh. rasa nak makan je. Eh. Dapat lepaskan baby penyu untuk ke laut memang rasa sebak tapi awesome. Sebak bila tahu hanya 20-30 peratus sahaja baby penyu yang beratus ni di lepaskan ke laut dan berjaya survive sampai dewasa. Dan bila dewasa baby penyu ni akan datang balik ke tempat yang diorang di lepaskan. Diorang akan ingat!! Penyu betina akan datang balik untuk bertelor, namun penyu jantan tak akan kembali dah. Diorang pergi merantau mencari pasangan untuk mengawan. 

Kalau nak merasa pengalaman ini The Legend Resort merupakan salah satu resort yang ada aktiviti ini.

 

Gambar kredit to www.umminani.com

Gambar kredit to www.massaari.com

 

Sea Rafting

Ini pun antara pengalaman pertama aku. Dari dahulu juga teringin nak rafting ni. tapi di sungai lah. Aktiviti ini agak mencabar dan menguji semangat kerjasama dalam berpasukan. Agak menarik sebenarnya dan pasukan aku macam biasa jadi juara. Hehe. cabaran tak sengit. Maklumlah family day kali ini ramai yg veteren. hahaha. Jangan marahhh….

 

Itu jelah antara aktiviti yang aku boleh highlight kan….Kalau datang Cherating jangan lupa buat aktiviti ini ya. Untuk aktiviti Mangrove Tours in Sungai Cherating, Experience Firefly Tour dan Visit Keropok Lekor dan Turtle Sanctuary di bawakan khas oleh pihak En Hafiz.

 

RATING 

  • Sleep Quality 3/5
  • Rooms 3/5
  • Service 3/5
  • Value 3/5
  • Cleanliness 3/5
  • Aktiviti 4/5

 

*However swimming pool dan pantai aku bagi 4 star.

 

INFO LANJUT THE LEGEND CHERATING RESORT

  •  Tel:+6 09 581 9818
  • Fax: +6 09 581 9400
  • The Legend Cherating Beach Resort, Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • http://www.legendresort.com.my

 

TIP BERCUTI DI PANTAI

  • Bercuti di pantai seeloknya bawa pakaian yang nipis.
  • Sunglasses jangan lupa
  • Lotion atau sun block wajib!! aku bawa guna Cosmoderm
  • Selipar jangan lupa
  • Pakain renang

 

Dikesempatan ini aku nak berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Family Days KBBA9 Kali ini. Ribuan terima kasih juga buat pihak The Legend Cherating Resort atas penginpan yang disediakan. Kepada Cosmoderm dan Zing Plus Detergent atas sponsor yang dieberikan. InshaAllah jika ada jodoh kita bertemu lagi. 

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

8 Comments

  1. Ibu Zaid

    September 3, 2017 at 9:38 PM

    Banyak aktiviti boleh buat kat cherating ya

    Kalau ibu lah

    sampai sana bentang tikar

    panaskan lauk

    Dan tengok pantai

    Dah best
    Ibu Zaid recently posted..Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesanMy Profile

  2. Ibu Zaid

    September 3, 2017 at 2:52 PM

    Ibu suka duduk tepi laut

    rasa tenteram dengar bunyi ombak dan keluasan permandangan tu
    Ibu Zaid recently posted..Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesanMy Profile

  3. Mama Hakim

    September 2, 2017 at 12:55 PM

    Cherating ni kat pahang kan

    tak hairan lawa sebab laut china selatan memang pasirnya putih dan tak ada sangat kawasan paya
    Mama Hakim recently posted..Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!My Profile

  4. Mama Hakim

    September 2, 2017 at 7:33 AM

    Baru berangan nak pergi cherating hujung tahun ni

    Nampaknya memang lawa pantai nya kan

    Cuma dari segi kepuasan duduk di sana 3 dari 5 bintang saja ya tuan
    Mama Hakim recently posted..Bina rumah atas tanah sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di PertimbangkanMy Profile

  5. Pojiegraphy

    September 1, 2017 at 6:27 PM

    Awesome. Ni yang kita cari, satu lokasi yang offer macam-macam aktiviti from leisure to adventure. Thanks for sharing, Faizal!

  6. TATI MANSUR

    September 1, 2017 at 1:17 AM

    Memang puas hati sangat dengan family day ni. Seronoknya sampai tak boleh move berminggu minggu.

  7. mas saari

    August 31, 2017 at 2:56 PM

    Berbaloilah menginap di Legend Cherating ni, semua aktiviti yang disediakan menarik.

  8. Mazni Azmi

    August 31, 2017 at 7:22 AM

    Kalau tak dapat pergi tengok kelip kelip di cherating

    mungkin tuan boleh cuba di kuala selangor

    Best masuk kelab blogger ya

    dapat jalan free
    Mazni Azmi recently posted..10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge