[Hotel Review] 3 Hari 2 Malam di Deevana Plaza Phuket Patong Thailand - Faizal Fredley

[Hotel Review] 3 Hari 2 Malam di Deevana Plaza Phuket Patong Thailand

 

Sebelum ni kami ada review satu hotel di Patong City iaitu Ramada Phuket Deevana. Kali ini kami ingin membawa anda ke satu lagi hotel yang cukup popular di Patong.

 

Hotel ini bertaraf 5 bintang dan antara yang “hot place to stay di Phuket”. Dari segi lokasi, hotel ini memang terletak di tempat yang cukup strategik.

 

Jarak antara hotel ni dengan tempat-tempat tumpuan pelancong hanya mengambil masa 5 minit jalan kaki. Terletak berhampiran dengan Hard Rock Cafe Phuket sudah cukup untuk membuatkan hotel ini menjadi pilihan buat para pelancong menghabiskan percutian di Phuket.

 

Tarikan utama yang ada di hotel ini adalah kolam renang yang cukup memikat hati. Jika datang Patong habiskan masa waktu pagi di swimming pool pun dah berbaloi baloi.

 

Sesekali bersantai macam ni seronok jugak

Swimming pool yang best

Test Go Pro Hero 5

 

SWIMMING POOL

 

Lepak-lepak di Sun Bar yang terletak di kolam renang memang sangat menenangkan. Bagi mereka yang berkeluarga jangan lupa bawa pakaian renang untuk anak-anak menikmati swimming pool nanti. Paling best swimming pool kat sini sangat luas dan di keliling oleh bilik-bilik hotel membuatkan terasa berada di dunia yang lain sebentar.

 

Ni lah bilik aku

Selesa

Ada gajah lah

Ada bunga lah.

 

ROOM

Deevana Plaza Phuket Patong menyediakan 4 jenis bilik yang super duper awesome. Tetapi terpulanglah kepada kesesuaian korang nanti.

 

Satu satu bilik yang di sediakan adalah jenis Deluxe. Bilik ni ada 2 katil single, kalau korang datang membujang dengan buddies. Kalau datang berdua pun masih boleh pilih untuk katil jenis Queen. Bilik ini juga mempunyai balkoni sendiri untuk lepak-lepak sambil tengok apa aktiviti yang ada di swimming pool.

 

Selain Deluxe, bilik jenis Premier Room juga lebih kurang dengan Deluxe. Tapi ianya versi upgrade. Katil bersaiz King atau boleh pilih 2 single bed. Complimentary soft drinks juga di beri extra untuk mereka yang suka enjoy sambil lepak petang-petang.

 

My Room

 

Bagi mereka yang datang bercuti bersama keluarga, korang boleh memilih bilik jenis Family Room. Bilik ni menawarkan ruang untuk ibubapa dan juga untuk kanak-kanak. Mana tahu kot-kot nak berpeluk peluk ke malam-malam. Tak ada lah rasa di gangu oleh anak-anak. Bilik ini juga menghadap pemandangan bandar Patong.

 

Untuk mereka yang ada bajet lebih dan datang ke Phuket untuk honeymoon, aku recommend bilik jenis Deluxe Suite. Bilik ni sangat privasi dan ada banyak ruang untuk rileks. View pun menghadap bandar Patong. Boleh lah nak lepak sambil skodeng aktiviti yang berlaku di sekitar Patong.

 

Semua bilik dilengkapi dengan TV 42″, working desk, Free wifi, Mini bar, universal charger, alarm clock dan lain2 peralatan standard 5 star hotel.

 

Best woo. Rileks gila rasa

Dari balkoni

 

Orientala Wellness Spa

 

Datang ke Thailand memang tak sah kalau tak pekena masssage. Kat hotel ni juga ada menyediakan spa yang berkualiti. Bukan jenis “happy ending” macam kat tepi jalan tu ya. Memang puas hati kalau dapat. Hilang segala jenis sakit-sakit urat tu. Ada dua jenis urutan, Real Thai Massage dan juga Andaman. Kalau nak extream boleh try thai. Kalau nak santai-santai boleh cuba andaman. Sauna pun ada ya.

 

Matlumat lanjut boleh ke Orientala Wellness Spa.

 

Selain itu, hotel ini juga da menyediakan Restaurant, Bar & Lounge, Gym, Kids Club dan juga bilik event dan meeting.

 

Overal selama 3 hari aku kat hotel ni memang sangat puas hati. Jika nak datang ke Patong, hotel ini merupakan salah satu hotel yang boleh di considere untuk stay lah.

 

Patong Beach

Ambil angin

Layan Sunset

 

DEEVANA PLAZA PHUKET PATONG HOTEL 

 

RATING 

  • Sleep Quality 5/5
  • Rooms 4/5
  • Service 4/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4.5/5

 

Terima kasih kepada Deeva Plaza Phuket Patong atas peluang yang berharga ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

4 Comments

  1. Mama Hakim

    August 30, 2017 at 1:13 PM

    Syok duduk sampai 3 hari 2 malam kat phuket

    Kalau duduk free lagi best kan
    Mama Hakim recently posted..Bina rumah atas tanah sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di PertimbangkanMy Profile

  2. Nurul Nadiah

    August 30, 2017 at 11:43 AM

    sangat2 menarik..next time vacation boleh book stay kat sini 🙂

  3. Lokman Hakim

    August 30, 2017 at 1:53 AM

    Very nice place..

  4. Asyraf Asri

    August 29, 2017 at 7:22 PM

    Lawo semua gambar.

    Tertarik plak nak kesana weyh ..
    Asyraf Asri recently posted..Bila Kau Disapa ‘Kamu Kerja MKN’ Ya ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge