SHARE

 

Jika anda mencari ketenangan di samping dekat dengan kemeriahan kota dan pantai semasa bercuti?  di Ramada Phuket Deevana Hotel adalah tempat yang sesuai untuk anda pilih. Bukan sahaja hotel ini berkonsepkan santai malah ianya terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik di sekitar Patong City.

 

Dengan hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke pantai hotel ini amat sesuai bagi mereka yang berkeluarga mahupun bujang.

 

Terletak berdekatan dengan Patong Beach dan Bangla Walking Street, Ramada Phuket Deevana Hotel juga tidak pernah lekang dengan kunjungan daripada pengunjung yang datang ke Phuket especially mereka yang pentingkan privasi ketika mengembara.

 

 

MAIN LOBBY

 

Sejurus melangkah ke kawasan lobi utama hotel ini, aku berasa sangat teruja melihat deko sekitar main lobi. Dekorasi yang simple dan santai membuatkan fikiran rasa kosong dari bebanan kerja yang menimbun. Terus sahaja mood vacation turn on. Di sambut pula mesra dari staff hotel menambahkan lagi rasa seronok berada di hotel ini.

 

 

JUNIOR SUITE ROOM

 

Bercakap pasal bilik di Ramada Deevana Hotelni, I gotta say they got one of the best rooms that this hotel has to offer. Personally, aku berkenan dengan konsep serta warna yang diaplikasikan untuk pelbagai jenis bilik di hotel ini. Memang nampak ringkas tetapi ianya cukup selesa untuk membuatkannya sebuah percutian jadi selesa.

 

Bilik ini mempunyai keluasan 56 sq dan view swimming pool yang cantik. Di balkoni pula di sediakan sebuah tab mandi untuk bersantai di waktu petang dan malam sambil menyaksikan gelagak mereka mandi di swimming pool.

 

Selain Junior Suite Room, hotel ini juga menawarkan beberapa jenis bilik lagi buat para tetamu antaranya adalah Premier Room dan juga Deluxe Room.

 

 

PREMIER ROOM

 

Untuk premier room keluasan bilik sekitar 38 sq dan di lengkapi dengan katil bersaiz King. View bilik ini pula adalah menghadap hutan tropikal. Sesuatu pemandangan yang cukup fresh bagi mereka yang datang untuk tenangkan fikiran. Dekorasi bilik pula sengaja di buat dengan warna terang supaya bilik nampak lebih luas dan selesa.

 

Bilik ini juga di bekalkan dengan privasi balkoni sesuai untuk minum coffee pagi-pagi. Dengan view hutan pulak. Perghhh nyamannnn…

 

 

DELUXE ROOM

 

Bilik ni kecik sedikti dari premium hanya beza dalam 3 sq jer. Keluasan bilik ni lebih kurang 35 sq. Boleh di kira besar jugalah. Di lengkapi dengan katil bersiz king/single double. Boleh muat maximum  4orang. Ruang bilik ini juga selesa sama seperti bilik-bilik lain juga ianya di lengkapi dengan balkoni.

 

Bagi mereka yang lebih gemar bercuti sambil bekerja atau business dan leisure hotel ini juga amat sesuai kerana disediakan ruang kerja yang cukup selesa di setiap bilik.

 

Semua bilik juga di lengkapi oleh mini bar, LED TV, Electronic Safety box, Beach bag dan juga wifi. Boleh dikatanya semua barang-barang keperluan yang biasa kita jumpa di hotel 5 bintang ada disediakan.

 

 

THE CAFE (HALAL)

 

Istimewanya Hotel Ramada Phuket Deevana ni ialah cafe dan makanan yang disediakan adalah diiktiraf halal. Jadi ianya satu beban sudah terlepas iaitu misi mencari makanan halal. Kalau menginap di sini boleh makan je kat kafe ni. Masakan traditional thai memang sedap dan puas hati. Di jamin halal sebab ada logo halal di menu kafe ini.

 

Open: Breakfast 06.30 to 10.30 hrs

 

 

SWIMMING POOL

 

Swimming pool juga merupakan salah satu daya tarikan yang ada di hotel ni. Sama seperti tema asal swimming pool kat sini juga agak sempoi. Sesuai untuk tujuan bersantai santai sambil layan muzik. Memang ohsem. Tak perlu keluar ke pantai dah kalau lepak kat swimming pool ni.

 

Kalau bawa anak-anak, confirm mereka akan suka mandi kolam renang. Therefore, jangan lupa bawa pakaian renang. Spend time bersama keluarga tersayang sambil buat aktiviti seperti berenang juga antara salah satu cara untuk kita mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

 

 

ORIENTALA WELLNESS SPA

 

Datang ke Thailand tak salah kalau tak merasa urutan tradisional dari thailand ni. Kena sekali confirm nak lagi. Begitulah uniknya urutan dari thailand. Bagi para isteri jangan risau Spa ni jenis profesional punya. Better lah ambil spa ni dari spa tepi jalan yang entah pakej apa yang disediakan. Bila dah masuk spa ni jangan lupa request strong punya. Brau boleh merasa badan anda di lipat lipat. Yang penting lepas tu badan akan rasa segar.

 

 

LOKASI YANG STRATEGIK

 

Seperti aku dah cerita kat atas, lokasi hotel ni sangat strategik. Sepanjang perjalanan ke Pantai Patong dan Bangla Street ada berbagai jenis kedai 24 jam. Night market pun dekat jer. Kalau nak beli souvenir pun di tepi-tepi jalan tu banyak kedai yang jual. Cuma kena pandai tawar menawar je lah.

 

So apa lagi. Datang ke Phuket dan masih mencari hotel yang sesuai boleh ke Ramada Phuket Deevana Hotel.

 

 

RAMADA PHUKET DEEVANA HOTEL

 

RATING 

  • Sleep Quality 5/5
  • Rooms 4/5
  • Service 4.5/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4.5/5

 

Terima kasih kepada Ramada Phuket Deevana atas peluang yang berharga ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI

 

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Antara negara yang aku pernah guna Samurai Wifi adalah Eropah, Jepun, Indonesia, Thailand, South Korea, Mauritius, New Zealand dan Australia TravelRecommends Pocket Wifi aku dah guna di Eropah dan South Korea! Boleh sewa DISINI RoamingMan Pocket Wifi aku dah guna di Jepun! Boleh sewa DISINI

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge