Jom Sertai A2A Merdeka Water Inflatable September Ini - Faizal Fredley

Jom Sertai A2A Merdeka Water Inflatable September Ini

 

Orang kita memang antara masyarakat yang sukakan aktiviti luar. Sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untk lakukan aktiviti luar. Ada juga yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki, melancong, berkelah dan macam-macam lagi.

 

Tak kiralah aktiviti apa yang korang suka buat yang penting aktiviti itu adalah aktiviti sihat yang tidak memudaratkan diri kita atau pun orang lain.

 

Bagi warga kota pula kadang-kadang perlu keluar kawasan semata-masa untuk melakukan aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan. Kini korang tak perlu pergi jauh-jauh. Di KL sendiri pun banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

 

Untuk aktiviti hujung tahun ni aku ada beberapa aktiviti yang menarik yang mungkin korang boleh lakukan di sekitar Kuala Lumpur.

 

 

A2A FIRST MERDEKA INFLATABLE DAY

 

Bagi mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti yang tidak booring korang boleh cuba First MY Merdeka Water Inflatable Day. Acara ni diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 60 dan akan berlansung pada 1-3 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.

 

 

Paling menarik acara ni memang sangat mencabar dengan 10 halangan yang disediakan dan merentasi 151m course obstacels. Flip, bounce and boing your way large slides, giant hurdles, climb and crawl areas, pendek kata semuanya ada. Haa ada berani?

 

Untuk mereka yang nak bawa anak-anak pun tak ada masalah sebab Water Inflatable ini di reka khas bersesuaian dengan kanak-kanak dah juga orang dewasa (Tiada limit umur) semua boleh main. Permainan ini juga akan dikawal oleh pihak keselamatan.

 

Selain itu ada juga Lari Man. Dalam acara ini korang hendaklah mempunyai pasukan sendiri. Setiap pasukan akan berentap dengan pasukan lain

 

Bagi memudahkan orang ramai untuk menyertai aktiviti ini pihak A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day juga ada menyediakan jadual (Wave Schedule) mengikut masa semasa pendafaran. Dengan jadual ini korang tak perlu bersesak sesak nak main semua aktiviti kat sini.

 

 

CHECK-IN

Kaunter check in akan mula di buka pada jam 9 pagi. Dan peserta haruslah check in 30 minit sebelum waktu permainan bermula.

E-Ticket

  • Salinan resit pendaftaran akan di email setelah pendaftaran di buat.
  • Sila bawa slip pendaftaran semasa check in. Kalau ada yg soft copy dalam mobile phone pun boleh jugak di bawa.

Photo ID

  • Sila bawa salinan IC
  • Salinan IC dalam bentu soft copy pun di terima
  • Nama semasa pendaftaran hendaklah sama dengan IC korang

Wristband

  • Selepas check in korang akan di beri wristband.
  • Tanpa wristband korang tak dibenarkan masuk
  • Dan wristband hendaklah di pakai sepanjang aktiviti berlansung

TIPS

  • Jangan lambat!!!!

 

Ok jadi apa lagi. Jom daftar cepat-cepat takut penuh. tak lama dah ni. Gerentik seronok weh.

  • Tarikh: 1-3 September 2017
  • Masa: 10 am – 10 pm
  • Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan W.P Kuala Lumpur
  • Google maps: https://goo.gl/maps/N7CEke77Mnr
  • Alamat: Kompleks Belia Dan Sukan W.P. KL, Kampung Pandan, 55100, Kuala Lumpur
For ticket enquiry, please call:
  • 603-7931 9808
  • 6013-997 1133

 


 

DISTRICT 24

 

District 21 adalah salah satu aktiviti yang boleh di lakukan seisi keluarga. Aktiviti sangat dan mengujakan bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi terletak di ioi City Mall, Putrajaya.

 

HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS (TAMAN EKO RIMBA KL)

 

Bagi yang inginkan tarikan hutan yang semulajadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, satu-satunya destinasi yang boleh anda pergi adalah ke Hutan Simpan Bukit Nenas. Di sini terdapat canopy walk yang membolehkan pengunjung berjalan melaluinya untuk menikmati keindahan pokok-pokok dan ungas-ungas di sekitarnya

 

TAMAN TASIK TITIWANGSA

 

Boleh dikatakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di kalangan warga KL. Selain terdapat tasik, terdapat juga kemudahan lain seperti trek jalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya yang sudah tentu tidak memerlukan apa-apa bayaran. Antara aktiviti menarik yang unik (berbayar) yang boleh dilakukan di sini ialah Unexs Waterball dan juga sukan air (paddle boat) di tasik.

 

DATARAN MERDEKA

 

Siapa tidak kenal dengan destinasi sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun di Kuala Lumpur. Di sinilah terletaknya sebatang tiang bendera yang merupakan yang tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk santai-santai bersama kawan-kawan di padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

4 Comments

  1. Mawardi Yunus

    August 15, 2017 at 5:17 PM

    sesuai la ni bagi mereka2 yang tak dapat balik kampung cuti nanti

  2. IQ aka Izyan Balqis

    August 8, 2017 at 11:56 AM

    huaaa, macam best je. nak main!!

  3. Mazni Azmi

    August 7, 2017 at 7:11 PM

    Banyak juga aktiviti menarik boleh kita buat di KL ya

    Ramai juga pilih untuk balik kampung hehe
    Mazni Azmi recently posted..Omegaguard Shaklee Untuk Ibu Mengandung! 9 Manfaat minyak ikanMy Profile

  4. anuar

    August 7, 2017 at 3:41 PM

    Best tu… kalau ada masa boleh bawa anak-anak jalan ke KL..
    anuar recently posted..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSISMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge