Kenapa Ramai Traveler Tidak Berani Ke Aceh? Ini Sebabnya - Faizal Fredley

Kenapa Ramai Traveler Tidak Berani Ke Aceh? Ini Sebabnya

 

Baru-baru ni aku ada join FAM Trip ke Aceh anjuran Wonderful Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur (KBRI) selama 5 hari 4 malam. Trip ni kami cover Banda Aceh dan juga Sabang yang terletak di Pulau Weh.

 

Banda Aceh merupakan ibu negeri Aceh dan juga wilayah terbesar di Aceh yang terletak di Pulau Sumatera Indonesia. Pulau Weh pula merupakan sebuah pulau berhampiran dengan Banda Aceh.

 

Menurut cerita orang tempatan dahulunya pulau ini sebahagian dari Pulau Sumatera. Maksudnya ianya bersambung. Then, akibat gempa bumi dan perubahan geologi bumi membuatkan pulau ini terpisah dari pulau sumatera. Dan disebabkan itu pulau ini dinamakan Pulau Weh yang bermaksud meminggir atau terpisah. Kira mcam pulau ni merajuk lah kot. Lepas tu terus menyendiri. Gittew!!!

 

Tapi itu cerita beratus tahun yang lepas dari nenek moyang mereka.

 

Muzium Tsunami Aceh

Masjid Baiturrahman

 

Banda Aceh pula sebelum ni dikawal oleh pihak tentera disebabkan pergolakan antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Disebabkan konflik antara Aceh dan Jakarta menyebabkan pelancong susah untuk memasuki Aceh. Kawalan ketat yang di lakukan oleh pihak tentera mungkin menyebabkan Aceh bukan destinasi pilihan untuk melancong.

 

Dahulu juga jika nak ke Aceh kena melalu Medan dulu. Dari Medan kena naik bas ke Aceh. Sepanjang jalan tu kena lalui berpuluh check point dari pihak tentera. ( i guess)

 

 

Kini tak perlu ke Medan dah. Sekarang ada direct flight dari KLIA ke Aceh dengan Air Asia.

 

View dari atas Kapal PLTD Apung

Kapal PLTD Apung 1. Kapal ni yg hanyut sejauh 5KM semasa Tsunami dulu

 

Namun begitu selepas terjadinya peritiwa Tsunami pada 26 Disember 2004 segalanya berubah tentang Aceh. Tragedi yang mengejutkan satu dunia itu juga meragut lebih kurang 300 ribu penduduk Aceh. Peristiwa ini telah membuka mata dunia tentang konflik dan kewujudan Aceh.

 

Selepas Tsunami, konflik antara Jakarta dan Aceh akhirnya reda.

 

Kini Aceh kembali bercaya dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk di tawarkan oleh pelancong. Kebangkitan rakyat Aceh untuk mengembalikan semula Aceh selepas di landa badai membuatkan aku kagum dengan semangat mereka.

 

So lepas ni korang yang nak datang ke Aceh tak perlu takut. Aceh bukan lagi di kawal oleh pihak tentera.

 

Seperti yang kita sedia maklum Aceh merupakan wilayah yang mempraktikkan hukum hudud sesuai dengan cogan kata Aceh iaitu “Light of Aceh”. Jadi disebabkan hukum hudud ramai pelancong berasa takut untuk berlibur ke sini.

 

Masjid Baiturrahman

 

Ini tanggapan sesetengah pelancong. Aku pun tak tahu kenapa takut sangat akan hukum hudud. Kalau tak buat salah buat apa nak takut. Dan lagi satu hukum hudud ni bukan hukum yang kejam. ianya hukum islam. Banyak bukti-bukti yang perlu ada sebelum dijatuhkan hukum hudud. Bukan sebarangan boleh di hukum.

 

Lagi satu yang pelancong perlu tahu supaya korang tak takut nak berlibur ke Aceh adalah hukum hudud hanya dikenakan keatas penduduk Aceh.Penduduk yang memegang kad pengenalan Aceh. Jadi korang yang pegang IC Malaysia tu tak yah takut sangat. Cuma pesan aku just hormat budaya, adat dan pegangan mereka. Kita pergi tempat orang kena lah ikut adat orang kan.

 

Even minah saleh pun pakai selendang nak ke sini. Sebelum ni ada kes orang Chinese yg kena hukum hudud sebab judi ke arak tak sure lak. tapi hukum hudud dijalankan atas permintaan dia sendiri sebab tak nak di penjarakan.

 

Bab kata orang masuk kandang kambing pandai-pandai lah bunyi kambing. Jangan duk bunyi rimau pulak. kang tak pasal-pasal dah di kira mengancam kambing-kambing itu.

 

Gua Sarang, Sabang

Snorkeling di Pulau Rubiah

 

So lepas ni jangan takut dah nak datang Aceh. Aceh sangat diffrent berbanding tempat-tempat lain di Indonesia. Budaya mereka pun dah lebih kurang dengan Malaysia. So stop lah persepsi korang tentang Aceh. Aceh sangat mesra pelancong. They very welcome us.

 

Ok nanti aku cerita next entry dengan detail tempat-tempat menarik di Aceh yang kami pergi. Sungguh excited ni nak cerita. tapi gambar pulak banyak yang helok-helok. Nak pilih pun makan masa ni.

 

Masjid Baiturrahman. Macam kat Madinah kan. Lantai dia pun sejuk

 

Anyway Thanks to Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala Lumpur atas trip yang awesome ini….

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

3 Comments

  1. Mazni Azmi

    August 4, 2017 at 10:56 AM

    Saya nyaris pergi acheh selepas tsunami

    Tapi takdir Allah mendahului

    jatuh demam

    Sedangkan dah beli tiket
    Mazni Azmi recently posted..Ostematrix untuk ibu mengandung & 7 Kebaikannya! Bukan kalsium biasaMy Profile

  2. lisak

    August 3, 2017 at 5:51 PM

    cantik weih aceh tu .. skrang tempat bekas tsunami tu dah ada rumah semula ke ? hmm terasa nk pergi sana pulak
    lisak recently posted..Mermaid Flawes Foundation Tahan Lama Untuk Kulit BerminyakMy Profile

  3. IQ aka Izyan Balqis

    August 3, 2017 at 5:31 PM

    oowhh, baru tahu kenapa orang ramai takut nak travel ke Acheh, betul kata FF, tak salah, kenapa nak takut kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge