Dah tahun 2017 dah tapi rakyat malaysia masih lagi tidak reti nak kemas meja sendiri. Di manakah mentaliti orang kita kalau kemas meja sendiri pun masih mengharapkan orang lain?

 

Persoalan ini sering bermain di fikiran sesetengah traveler. Bila pergi negara orang dan masuk kedai makan fast food contohnya mesti terdetik kat kepala otak ni kenapa orang kita tidak boleh jadi macam mereka.

 

Susah sangat ke nak kemas meja sendiri lepas makan? Bukan mintak cuci pinggan ke apa. Just tolong kemas kan jer. Boleh patah ke tangan tu kalau angkut sendiri bekas makanan tu.

 

Dah 2017 dah. Come on guys….

 

Macam mana negara nak maju kalau minda dan mentaliti kita masih di tahap membimbangkan? Beruk dalam Planet of Apes pun tahu kemas meja. Tak malu ker? Eh..

 

 

Bukan nak buat perbandingan sebab pepatah pun ada menyatakan hujan batu di negara sendiri hujan emas di negeri orang lebih baik di negara sendiri. Tapi emas tu pun boleh jual tu. Sampai sekarang aku tak faham maksud disebalik pepatah ini. Saja nak letak jugak pepatah tu kalau dalam karangan SPM dapat lah markah lebih.

 

Taip kali aku travel aku sering masuk ke fast food nak cari makan. Lagipun fast food ni murah dan senang nak cari. Incase tak jumpa kedai halal aku singgah je mcd beli fille o fish tu.

 

Pernah sekali tu, aku makan di Mc Donalds Monte Carlo, Monaco, awal tahun 2017, Ketika  itu aku perasan, orang sana lepas makan mereka akan kemas meja, angkat talam dan letakkan ditempatnya kembali.

 

Bila ziarah sekitar Prague, Barcelona, Lisbon dan Budapest pun, senarionya sama. Kedai sebegini. Lepas makan, orang sana lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi. Pelanggan yang lakukan semuanya, bukan pekerja. Maknanya mereka datang cantik pergi pun cantik. Mereka ambil peduli kesusahan pekerja untuk mengemas atau membersihkan sisa makanan mereka sendiri.

 

Aku masih ingat dulu pada tahun 2012 kalau tak silap viral video ada kes pekerja franchais makanan segera dimaki pelanggan tak tentu pasal siap viral videonya. Kecoh satu Malaysia. Bertempur segala rakyat jelata di media sosial waktu tu. Ramai yang kata patut pun pekerja tu kena maki. Gaji dia pelanggan yang bayar.

 

Aku macam wow. Jadi duit kau bayar tu kira lesen untuk maki dan hina pekerjaan orang lain. Hebat permainannya. Ada siap kata cukai perkhidmatan tu kira untuk mereka kemas tempat makan yang pelanggan tinggalkan. Nampak sikap tu sikap apa. Sikap terkeji macam babi tu.

 

 

Tak salah pun amalkan. Melambangkan kita ni masyarakat ada pekerti mulia.

 

Tanda kita tak lokek dan ada kesedaran sivik. Ya! memang kerja mereka berbayar, tapi janganlah sampai tinggal segala bala macam babi lepas makan.

 

Ni penanda aras mentaliti mayarakat. Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita ‘low class’. No class at all. Jadi berubahlah!

 

Selepas makan tu, kemas meja. Paling best bila adik-adik, abang, kakak, aunty dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih kat kita. Sekelumit pekerti kita tu dibalas juga dengan kebaikan.

 

Paling malas pun kurang-kurang susun atur bagi elok agar mudah pekerja boleh terus angkat tanpa perlu menyusun sampah-sampah kita terlebih dahulu.

 

Huh dah lama pakcik tak membebel dalam blog. Panjang pulak bebelan pakcik kali ini ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.

 

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge