CATATAN DAN TIP KEMBARA SOLO EROPAH 40 HARI 11 NEGARA - Faizal Fredley

CATATAN DAN TIP KEMBARA SOLO EROPAH 40 HARI 11 NEGARA

Catatan dan Tip Kembara Solo Ke Eropah (40 Hari 11 Negara)

 

Catatan dan Tip Kembara Solo Ke Eropah (40 Hari 11 Negara). Di kesempatan ini aku nak ucapkan Alhamdulillah dan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya juga capai salah satu impian aku untuk jelajah eropah secara solo. Kali ini aku beranikan diri untuk keluar jelajah negara-negara eropah seorang diri dan jelajah lebih banyak negara. Jika sebelum ini aku cuba jelajah eropah secara solo tapi akhirnya aku ikut trip Faiz Dicke. Tapi itu cerita kembara eropah 2016 Masa tu aku jelajah dalam 6 negara sahaja Itupun secara berkumpulan.

 

Untuk tahun 2016 – 2017 aku gagahkan diri untuk keluar lagi ke eropah. Target aku kali ini sadalah seberapa banyak negara yang mungkin akan aku jelajah tapi masih dalam bajet. Aku akui aku start plan untuk travel solo kali ini dekat dua tahun jugaklah tapi plan yang betul-betul adalah sebulan sebelum aku fly.

 

Memang agak tuff. Dari segi nak tentukan setiap destinasi, nak booking segala jenis penginapan dan flight domestik lagi. Memang ianya suatu yang sukar untuk percaya yang aku boleh buat. Sudah pastinya ia memerlukan kajian dan tahap pembelajaran yang tinggi. Aku banyak jugak bergantung dengan google dan beberapa kawan-kawan yang biasa stay di sana. Kebanyakkannya student2 Malaysia yang study di Eropah. Dan ada juga aku dapat tunjuk ajar dari kawan-kawan traveler dalam group facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

 

 

Sebagai permulaan aku cuba rancang destinasi dahulu. Destinasi mana yang aku nak pergi dan laluan-laluan mana yang senang dan boleh jimatkan kos dan masa. Banyak kali jugalah plan aku berubah. Dan akhirnya aku tetapkan London – Glasgow – Edinburgh – Dublin – Istanbul (via Germany dan Ukraine) – Prague (via Romania) – Budapest – Milan – Monaco – Nice – Barcelona – Madrid – Lisbon – Paris – Malaysia (via Arab Saudi). Itu dia a long journey untuk aku tempuhi. Satu perjalanan yang cukup mencabar bagi aku yang baru pertama kali nak jelajah eropah secara solo.

 

Sebenarnya Istanbul tak termasuk pun dalam plan aku. Part Istanbul tu adalah Berlin. Tapi last minit aku terpaksa tukar destinasi sebab ada problem sikit. Heheh Tapi tak mengapalah perjalanan akan diteruskan.

 

 

Sedang enak aku plan destinasi tetiba aku ternampak tiket flight dari KLIA ke LHR hanya RM304.90 sahaja dengan Malaysia Airlines. ya RM304.90 sahaja. Tak caya? Aku pun tak caya tapi itulah harga yang aku dapat hari tu. Memang the right time lah sb aku memang plan dari KL ke London secara one way sebab aku nak fly back to Malaysia via Paris.

 

So tanpa melengahkan masa aku terus purchase tiket ke London. Dan diikuti oleh tiket2 flight ke destinasi lain. Untuk tiket2 flight aku kumpulkan dalam satu folder google drive. Supaya senang nak buat rujukan di masa hadapan. Bagi sesetengah destinasi aku pilih untuk naik train jer. Tapi destinasi yang jauh tu aku x nak amik train sebab makan masa yang lama (actually naik flight pun amik masa yang lama sebab kena berada di airport lebih kurang 3 jam sebelum). Pilihan lain selain flight dan train adalah bas. Lebih murah tapi akan ambil masa yang lama. Dengan cuaca yang sejuk (masa aku ke sana adalah winter) aku putuskan x nak consider naik bas.

 

So far dah settel destinasi dan transport. Seterusnya adalah penginapan. Hotel yes selesa tapi mahal. Tak sesuai sebagai backpacker, lagipun aku tak akan spend masa masa kat hotel. Rugi jelah amik hotel yang mewah. Pilihan aku adalah hostel jenis backpacker tapi aku pilih private room. Tak nak yang shared sebab nak privasi dan keselesaan. Kecik tak apa asalkan selesa. Pilihan lain boleh cuba airbnb. Murah jugak. Masa kat London aku amik AirBnB, jauh sikit dari bandar tapi murah dan ada access public transport.

 

 

Bermula dari London aku stay di AirBnB, then ke Glasgow aku stay di Homestay salah sorang rakan blogger. Rakyat Malaysia tapi kerja kat Scotland. Homestay dia murah dah selesa. Di Edinburgh pula aku stay di Hostel Backpacker. Bilik kecil but nice. Di Dublin aku ambil hotel agak mahal sikit 3 star sebab nak relekslah kononnya tapi aku banyak keluar juga. Kat situ aku patut dah boleh save sikit bajet. Seterusnya di negara2 lain aku amik hotel murah2 jer. Jauh sikit dari bandar tapi masih ada access public transport.

 

Untuk Monaco dan Paris, lain sikit. Aku amik hotel 4 star di Monaco. Haha. Yang ni aku sengaja amik yang mahal sebab nak feeling-feeling orang kaya. 3 hari juga aku kat Monaco. Gila beb Monaco kot. Hanya orang kaya-kaya je bercuti kat situ. Namun hakikatnya hotel yg aku stay tu kira murah dah tu. Sebab Monaco ni salah satu negara yang kaya dan serba mahal. Pilihan lain kalau nak gi Monaco korangboleh stay di Nice. Murah sikit boleh naik train dalam 30 minit jer utk ke Monaco dari Nice.

 

Paris pula aku ambil hotel yang menghadap Eiffel Tower. Hotel 3 star jer tapi mahal. Paris kot. Hotel kat paris memang mahal gila. Lagi satu Paris merupakan destinasi terakhir. Aku nak bersantai jer setelah penat jelajah 10 negara. Hari last di Paris aku habiskan masa untuk shopping ja. Nak sightseeing tu tak lah sebab ini merupakan kali kedua aku ke Paris.

 

 

PENGINAPAN DI EROPAH

 

  • London – AirBnB (4Hari 3Malam)
  • Glasgow –   Homestay Irwan Dahnil (4Hari 3Malam)
  • Edinburgh – Backpacker Hostel (3Hari 2Malam)
  • Dublin – Hotel 3 star (3Hari 2Malam)
  • Istanbul – Hotel 5 star (3Hari 2 Malam) Review
  • Prague – AirBnB (3Hari 2Malam)
  • Budapest – Hotel 3 star (3Hari 2 Malam)
  • Milan – Backpacker Hostel (3Hari 2Malam)
  • Monaco – Hotel 4 star (3Hari 2Malam)
  • Barcelona – Backpacker Hostel (3Hari 2 Malam)
  • Madrid – Backpacker Hostel (4Hari 2Malam)
  • Lisbon – Hotel 3 star (3hari 2Malam)
  • Paris – Hotel 2 star (3Hari 2Malam)

*nama2 hostel ni aku lupa dah. 

 

Ok itulah penginapan aku sepanjang kat Eropah. Mostly aku memang dah booking awal2 tapi ada juga last minit nya booking. Agak mahal sikit part penginapan sebab solo. Kalau ada partner maybe boleh shared. Aku tak nak tido dalam kemah atau kat airport. Aku belum cukup hardcore backpacker lagi untuk jadi macam tu. Lagipun Eropah musim winter kot. Kalau setakat Jepun tu boleh considere tido dalam kemah. Maybe one day InshaAllah aku boleh try tido dalam kemah. Tapi untuk winter nak tido dalam kemah tu bukan satu keputusan yang bijak. Silap2 bangun pagi boleh beku woo..

 

 

Alhamdulillah dah setel bab destinasi, transport dan penginapan. Dah boleh lega dah sikit. Hanya tinggal plan duit belanja, makan minum dan persiapan barang-barang untuk travel. Sekali lagi aku gi ni musim sejuk. Barang-barang kena yang sesuai untuk musim sejuk. Jacket tebal dan ringan amat dialukan. Aku bawa jacket tebal tapi berat nak mampos. Nyesal bawak. haha. Last2 aku gi beli kat Primax Glasgow jacket jenis windbracker. Ringan dan murah. Tapi tak panas sangat. Kena pakai sweeter dan long john kat dalam. Jacket sedia ada aku pos balik Malaysia masa kat Turki bersama baju2 hard rock cafe.

 

Satu tip yang aku dapat adalah bawak baju seminimun mungkin. Cuaca sejuk badan tak berbau sangat walaupun ko tak mandi. Tapi aku mandi lah walaupun sejuk. Menggigil jugalah. So silap aku waktu tu, aku bawak banyak baju padahal aku dah plan nak beli baju di setiap HRC yg aku singgah. Berat beg ngn baju jer.

 

Untuk checklist barang-barang yang aku bawa masa travel ke Eropah boleh tengok sini “Travel Checklist

 

Fuhh panjang jugak aku membebel ni. Mesti korang tak baca kan. haha. nak cerita untuk 38 hari kot..Lantak lah baca ke tak, Ni untuk aku tinggalkan kat anak cucu aku besok.

 

 

CABARAN SEPANJANG 38 HARI TRAVEL SOLO

 

Untuk cabaran sepanjang 38 hari kat sana adalah kesihatan dan masa. Kesihatan paling utama. Bamyak kali juga lah aku demam kat sana. Mungkin sebab cuaca sejuk atau pun dah sampai limit aku. Masa kat Madrid aku demam sikit. tak larat gak bangun. Aku rasa alahan dengan habuk di Barcelona. Kat Barcelona cuaca agak kering dan berdebu. Tapi lepak telan panadol Alhamdulillah dah ok sikit. Lagipun aku set dah datang jauh2 tak kan nak duk kat bilik. Rugi wooo. So gagahkan diri melangkah menerokai dunia ciptaan Allah ini. Kat Milan aku tersalah bantal. Sampai tak leh nak jalan. Sakit gila. Terpaksa tido jelah. Rugi je satu hari kat Milan. Kat Budapest pula aku siap muntah lagi. Dipercayai angin kot. Destinasi lain semua ok.

 

Makan minum tak dak hal. Banyak tempat ada makanan halal. Tapi kat Budapest dan Prague makanan susah sikit. Aku banyak makan Mc D oder Fillet O Fish jer. #TipTravel makanan halal ada dua jenis. Dalam keaadaan terdesak sebab tak jumpa makanan yang ada logo halal aku pilih makanan yang tiada kandungan Babi atau arak. So pilihan yang aku ada waktu tu adalah Fillet O Fish kat McD.

 

 

PERKARA YANG TAK BOLEH DI LUPAKAN

 

Aku rasa semua yang terjadi kat sana aku tak leh lupakan. Sehingga waktu sekrang setelah lebih kurang 5 bulan berlalu aku masih boleh menulis tentang ini lagi. Tapi mungkin part communicate waktu di Turki kot. Gila susah beno nak communicate ngn org arab ni. Sampai one twi three pun tak tau.

 

PENGALAMAN PAHIT

 

Pengalaman pahit maybe masa kat Turki. Ah turki lagi kan.. ahaha. Masa kat airport turki begpack aku kena pecah. hilang duit RM400 yang aku spare untuk kecemasan. Silap aku gak. Aku lupa aku letak duit dalam tu. Pastu masa kat Prague duit aku jatuh dalam 100 Euro kot. Tu lah letak lagi dalam poket. Padahal masa tu dah ada dalam kepala otak “ni kalau aku tak simpan dlam wallet ni boleh jatuh” tapi tetap tak buat. melayang 100 Euro.

 

KENANGAN TERINDAH

 

Dapat gi ke Cliff of Moher Ireland. Tempat yg kumpulan Westlife rakam muzik video diorang. Subhanallah memang indah sangat. Perjalanan yang jauh tapi berbaloi.

 

 

SUMMARY SETIAP DESTINASI

 

LONDON, ENGLAND

London aku rasa terlalu common. Dah ramai orang tahu dan hampir setiap jam korang akan selisih dengan Malaysian. Cuma bezanya pelancong Malaysian kat London jenis berlagak nak mampos. Kalau jumpa tak payah nak segeh2 sebab depa tak kan sengeh kat ko. lagi2 kita ni jenis backpacker. Tempat-tempat menarik kat sana pun biasa-biasa sahaja.

 

GLASGOW, SCOTLAND

Bagi aku Glasgow ni agak tenang sikit lah. Tapi apa yang aku boleh puji, penginapan dan makanana kat sini lagi murah jika dibandingkan dengan Edinburgh. Tempat menarik di Scotland ni takbanyak. Kalau ad apun korang kena naik jauh ke utara Scotland seperti Loch Lomond. Glasgow merupakan bandar terbesar di Scoland dan bandar ketiga terbesar di UK. Korang tahukan Scotland meruapakn sebahagian dari UK. Matawang masih guna Pound Sterling tapi bank note tak sama ngn England. Kalau datang Glasgow korang wajib singgah di University of Glasgow tau.  Pada kurun ke 18 Glasgow merupakan hub utama pelabuhan untuk Great Britain menghubungkan North America dan West Indies.

 

 

EDINBURGH, SCOTLAND

Merupakan ibu negara Scotland. Pembangunan di Edinburgh sangat maju dan moden tapi sesetengah tempat di Edinburgh masih mengekalkan structure bangunan yang lama. amat menarik dan unik. Most of unique structure building in Europe. Edinburgh juga merupakan pusat ekonomi terbesar di UK selepas London. Selain itu, Edinburgh’s Old Town and New Town juga tersenarai untuk list UNESCO World Heritage Site.

 

DUBLIN, IRELAND

Dublin merupakan ibu negara Republik Ireland. Dalam bahasa Ireland, bandar ini disebut Baile Átha Cliath. Perkataan Dublin diambil daripada bahasa Ireland Dubh Linn yang bermaksud (“kolam hitam”); sedangkan nama modennya Baile Átha Cliath (“The City of the Ford of the Reed Hurdles”) merujuk kepada perkampungan dekat bandaraya Dublin yang sejati. Bandaraya ini memiliki penduduk sekitar 495,000 orang pada tahun 2002, tetapi dengan kawasan perbandaran sekitar, jumlah penduduknya sekitar 1.1 juta orang atau lebih kurang 25% penduduk Ireland. Overall bandar Dublin sudah banyak perubahan. Jika korang ke Dublin sekarang korang hanya akan nampak construction je di bandar Dublin. Dengar cerita contraction ni dah lama tapi masih belum siap lagi.

 

ISTANBUL, TURKI

Uniknya Istanbul terletak di benua asia dan juga eropah menjadikan ianya bandar paling unik di dunia. Bandar Istanbul juga di penuhi dengan sejarah-sejarah hebat antaranya Istanbul pernah menjadi ibu kota oleh 3 Empayar hebat Empayar Rom (330-395), Empayar Rom Timur (395-1453) dan Empayar Uthmaniyyah (1453-1923). Pada tahun 2010 Istanbul di pilih menjadi ibu negara kesenian eropah. Selepas penubuhan Republik Turki ibu negara Turki berpindah ke Ankara. Buat masa sekarang Ankara sedang bergolak. Masa aku kat Istanbul pun tak ramai pelancong disebabkan keselamatan di Turki masih belum stabil . kat Airport Turki pun masih ada kesan di bom.  Matawang Tukri adalah Lira.

 

 

PRAGUE, CZECH REPUBLIC

Bila sebut Czech Republic mesti korang akan teringat fake taxi tu kan. Hahah Dasar otak kuning. Prague merupakan ibu negara Czech Republic. Salah satu bandar yang unik dan menarik sepanjang jelajah eropah aku. Kira Prague ni Top 1 aku dan jika adalah peluang aku nak datang lagi. Sangat recommended. Building kat Prague sangat menarik dan masih elok lagi. Disebabkan Prague tidak pernah di serang jadi building kat sini masih lagi elok. Tak seperti Berlin yang hampir keseluruhan bandar musnah akibat perang dunia kedua. Matawang Czech Republic adalah Czech Koruna. However Euro still accepted.

 

 

BUDAPEST, HUNGARY

Budapest adalah ibu negara bagi Hungary dan merupakan sebuah bandar yang mempunyai dua personality. Buda merupakan kawan berbukit dikelilingi istana dan pusat pemerintahan lama dan Pest pula merupakan kawasan tanah rata yang diduduki golongan borjuis dan pertengahan. Kedua bandar bersejarah ini dipisahkan dan disatukan oleh Sungai Danube dan dihunugkan oleh Chain Bridge sebagai jambatan utama. kat Budapest aku berpeluang sambut tahun baru 2017 di atas Chain Bridge. Cuaca di Budapest gila sejuk. Bangun pari semua putih je. Bandar di seliputi oleh salji. Matawang Hungary adalah Hungarian forint.

 

MILAN, ITALI

Ibu negara itali. Merupakan bandar kedua terkaya dalam kesatuan eropah selepas Paris. Overal bagi aku Milan a bit boring. Tempat menarik tak banyak. Kalau nak pergi Milan pasni maybe aku akan ambil satu hari untuk ke Lake Como. Tapi sayang masa aku kat Milan aku sakit leher. Milan juga dikenali dan popular sebagai bandar Fesyen. Landmarks Milan adalah  Milan Cathedral, Sforza Castle dan Leonardo da Vinci. Tiga tempat ni juga tersenarai dalam warisan UNESCO. Matawang adalah Euro. Penduduk Milan adalah dirujuk sebagai “Milanese”. Perkataan Inggeris millinery, merujuk kepada topi wanita, diperoleh daripada nama bandar raya

MONACO 

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah. Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi serta negeri merdeka yang ketiga terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d’Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di “Le Rocher” yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco popular dengan kapal layar mewah, pelancongan dan juga casino. Keluasan Monaco adalah lebih kurang 2km squre jer.

 

NICE, PERANCIS

Nice terletak berhampiran Monaco. Jika ke Monaco boleh stay di Nice sebab kat Nice murah sikit. Nice merupakan bandar ke5 paling ramai peduduk di Perancis selepas Paris, Marseille, Lyon dan Toulouse.

 

 

BARCELONA, SEPANYOL

Barcelona merupakan ibu negeri dan bandar raya Catalonia yang paling ramai penduduk dan bandar raya kedua terbesar di Sepanyol. Bagi korang yang tak tahu di dalam Catalonia ada 4 provine salah satunya adalah Barcelona. Menurut jangkaan 10 tahun akan datang Catalonia akan menjadi sebuah negara merdeka. maksunya ia akan keluar dari Sepanyol dan membentuk negara sendiri. Tapi itu hanya jangkaan. Overal aku tak berapa in love dengan barcelona. Tak tahu kenapa maybe banda dia agak kotor sikit jika dibangdingkan dengan negara-negara eropah yang lain. Menurut cerita lagenda Barcelona di asaskan oleh Hercules. 400 tahun sebelum pengasasan kerajaan ROM.

 

MADRID, SEPANYOL

Madrid merupakan ibu negara dan kota terbesar negara Sepanyol. Madrid juga mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling bayak di Kesatuan Eropah, selepas London dan Paris. Pengaruh politik, ekonomi serta budayanya menyebabkan Madrid dianggap salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil madrileños.

Jika dibandingkan dengan barcelona aku lebih prefere Madrid. Madrid more happening lah bagi anak2 muda.

 

LISBON, PORTUGAL

Lisbon (bahasa Portugis: Lisboa) merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Portugal. Lisbon merupakan salah satu ibu negara Eropah yang terpanas. Pada musim panas, ia sentiasa cerah dan suhu maksimum sehingga atau melebihi 30 °C manakala suhu minimumnya adalah antara 15 and 20 °C. Pada musim luruh atau musim sejuk, kebiasaannya akan hujan dan suhu jarang turun dibawah 5 °C, dan purata suhu melebihi 10 °C. Secara purata, Lisbon mempunyai 100 hari yang didatangi hujan.

 

 

PARIS, PERANCIS

Ok paris. Aku rasa paris ni merupakan destinasi impian setiap orang. Kota cinta orang panggil. Tapi serius aku sedikit kecewa dengan paris. Bila berada di paris aku rasa tak selamat. bandar paris pula antara yang terkotor di eropah. Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.

Jika korang ke paris jangan lupa mencuba Nasi Lemak Paris. popular tu….Rasa di lain bila makan nasi lemak kat Paris.

 

Fuh banyak jugak aku menulis ni. Boleh dijadikan buku. itulah sedikit pengalaman yang berjaya aku coretkan. Kalau nak cerita semua ni memang 3 minggu tak habis lagi. Tapi tak apa lah nanti aku buat buku ya. Tu pun kalau aku rajin. hahaha So bagi mereka yang nak mencuba untuk kembara solo di Eropah tu jangan takut. InshaAllah boleh aih. Cuma korang kena banyak study jer.

 

Kembara solo ni merupakan satu proses pembelajaran tentang diri sendiri. Terdapat pelbagai teori dan terminologi yang cuba membawa orang ramai supaya mencuba gaya mengembara secara solo kerana nikmat ilmu serta pengalaman ini sukar diperolehi dan diganti.

 

Jadi, Good luck buat mereka yang merancang untuk kembara solo dibumi Eropah ni. Sumpah best!!! Next aku nak kembara solo di Scandinavia dan juga Balkan….

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

9 Comments

  1. eoperasi

    September 6, 2017 at 3:14 PM

    best gak. Nak merasa gak pengalaman solo travel ni, tapi kalau boleh yg dekat Asia la dulu

  2. As

    September 5, 2017 at 8:03 PM

    takpelah bukan rezeki 100 euro tu.Yang penting pengalaman.

  3. Mazni Azmi

    July 20, 2017 at 8:47 AM

    Mazni kalau pergi satu tempat tu duduk kat situ sampai puasa baru pergi tempat lain

    Penat pula nak berkejaran
    Mazni Azmi recently posted..Vitalea Shaklee 19 Kebaikan Untuk Ibu MengandungMy Profile

  4. Mama Hakim

    July 18, 2017 at 2:24 PM

    Kalau tuan nak cari pasangan, elok cari yang kaki travel juga

    Hehe

    Selalu tak ada kat rumah
    Mama Hakim recently posted..9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing ManisMy Profile

    • azimah

      August 19, 2017 at 10:53 PM

      Terbaiklah iti..ada full iti yg lain x.klau ada nak blh..plan thn dpn.ngh kumpul iti europe ni..insya allah.

  5. IQ aka Izyan Balqis

    July 18, 2017 at 11:15 AM

    fuhhh, dapat baca sampai habis…anyway, fake taxi? ape tu? kalau IQ tak tahu, tandanya IQ bukan otak kuning la kan? hehe..

    pengalaman duit hilang mmg paling pahit lebih2 lagi tengah travel.

  6. mas saari

    July 18, 2017 at 11:10 AM

    Seronok baca pengalaman FF, banyak tips dan info berguna boleh dijadikan panduan untuk kaki travel. Pastu memang boleh buat buku dah ni.

  7. Anuar

    July 18, 2017 at 11:10 AM

    Berani betul yer travel secara solo… Hebat…
    Anuar recently posted..Kod Kupon Syawal Untuk Seminar Google AdwordsMy Profile

  8. mas saari

    July 18, 2017 at 11:06 AM

    Seronoknya baca pengalaman FF, banyak tips dan info yang boleh dijadikan panduan untuk kaki travel. Pastu memang boleh buat buku dah!
    mas saari recently posted..Pengalaman susukan anakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge