Home TRAVEL Backpacker KEMBARA MONACO DAN NICE PERANCIS 3 HARI 2 MALAM

KEMBARA MONACO DAN NICE PERANCIS 3 HARI 2 MALAM

4887
9
Tip, Tempat Menarik, Bajet dan Itinerary 3D2N di Monaco dan Nice

 

KEMBARA EROPAH MONACO & NICE, PERANCIS | TIP & ITINERARY. Sambungan kepada Episod Milan, Italy. Lama betul nak buat sambungan cerita ni. Almaklumlah bila akhir akhir perjalanan ni dalam kepala otak duk pikiq nak balik jer. Rasa macam lama sangat dah aku kat Eropah ni. Habis je 4 hari di Milan aku teruskan perjalanan aku ke Monaco dengan menggunakan train sahaja. Sebab jarak antara Milan dan Monaco tak jauh sangat. By train dalam 4-5 jam sahaja.

 

Bila travel dekat dekat macam ni aku lebih gemar memilih train berbanding flight sebab bila travel dengan flight aku rasa macam leceh sangat. 2 jam sebelum fly dah nak kena ada kat airport dah. Pastu nak kena lalu security dan immi lagi. fuhh rimas weh. Tu belum kita kalau security ketat macam kat Aussie lagi…Boleh trauma woo

 

Aku dekat Monaco memang tak lama pun. Dalam 2 hari macam tu jer. Satu haru aku dah spare ke Nice, France. Monaco tak besar sangat dalam sehari pun ko dah boleh jelajah satu Monaco dah. Lagi satu Monaco ni terkenal dengan tempat orang-orang kaya dan popular bercuti. So kos sara hidup kat sini teramat tinggi orang kata.

 

Hari pertama di Monaco aku sampai dalam jam 12 tgh hari. Sampai je terus jalan kaki ke Hotel dan check in. Aku cakap awal-awal aku kat monaco ni dah macam datang melancong sb hotel aku amik terlampau mahal. haha. Selesa gila. Rasa macam anak orang orang kaya lak. Tapi kalau korang nak stay kat Monaco ni ada je Hotel yg harga standard around 600 untuk 2 malam. Tu paling murah kot.

 

Monaco merupakan sebuah negara kecil di hujung perancis dan itali. Keluasan Monaco hanya 2.02KM per segi ja weh. Population pulak dalam 37 ribu penduduk. Apa yang unik nya Monaco ni penempatan dia jenis bertingkat. So kalau nak gerak dari point A ke Point B kadang kala mengambil masa yang agak lama sebab kena naik turun tangga.

 

Hari pertama aku rasa aku dah round hampir 90% Monte Carlo. Sepanjang aku pusing pusing Monte Carlo ni aku memang sangat impressive lah. Memang bersih gila kot bandar dia dan jauh lagi maju dari Malaysia. Mungkin sebab negara dia kecil kot.

 

Untuk hari pertama aku makan kat Mc D jer. Malas nak makan nasi arab dah. Selera pun tak berana nak ada sangat cukuplah sekadar hilangkan rasa lapar. Dekat Maghrib gak lah aku balik. Then malam tu terus mentido je.

 

 

Hari kedua di Monaco

 

Untuk hari kedua ni aku pagi2 dah keluar untuk ke Nice. Sebelum tu aku brunch dulu kat kedai India. Boleh tahan lah jugak. Tak banyak pilihan restaurant Halal kat sini. Makan je lah masakan indian. Sedap apa..Harga boleh senyum je lah…hahaa 23 Euro…

 

Ke Nice dari Monaco

 

Untuk ke Nice dari Monaco boleh naik train jer. Naik kat Monaco stesen harga dalam 3.9 Euro untuk 1 way. Perjalan hanya mengambil masa 15 – 20 minit sahaja. Tersangat dekat. Kat Nice bandar dia standard perancis la. Kalau korang pernah datang paris jorang tau lah. Tak bersih sangat tapi kalau nak lepak petang petang sambil layan view sunset memang cantik kat Nice ni.

 

Lagi satu kat Nice ni ada Hard Rock Cafe. So memang wajib datang lah. Selain lepak tepi pantai aku tak dak buat apa pun kat Nice. Dan malas nak jalan sangat. nak santai santai je orang kata.

 

Malam balik Monaco terus masuk bilik. tak keluar dah. Bilik selesa dan cuaca sejuk malam malam ni.

 

 

Hari ketiga di Monaco

 

Lepas check out aku sempat keluar jalan2 sekitar Monte Carlo. Lepak tepi pantai sambil tgk kapal kapal mewah parking. Cantik sangat…. Lepas ni tak tau bila pulak nak datang Monaco ni so better aku menikmati moment ni elok2.

 

Dalam jam 2 ptg aku terus ke Nice Airport. Monaco tak de airport ya, So yang terdekat adalah Nice Airport. Dalam 1 jam dari Monte Carlo. Aku naik train jer. then turun kat stesen apa tah untuk naik bas terus ke Airport.

 

Dah setel check in masa untuk fly ke Barcelona, Sepanyol….habis sudah cerita aku di Monaco dan Nice…

 

 

Ni sedikit Summary aku di Monaco & Nice. Ni bukan itinerary ya.

 

3 DAY IN MONACO & NICE

DAY 1 (Monaco)

  • sampai dari milan jam 12 tgh hari
  • Check in hotel
  • Kuar jalan sekitar monte carlo
  • Prince’s Palace of Monaco
  • Mini zoo €5
  • Lunch €10
  • Balik rehat

DAY 2 (Nice)

  • Brunch €23 (Indian restaurant)
  • Train to Nice €3.9
  • HRC Nice  €42
  • Dinner €8 (kebab)
  • Train to Monaco €3.9

DAY 3

  • Breakfast jalan2 tepi yart
  • Amik train ke Nice Airport €3.9
  • Lunch kat airport €7 (roti)
  • Fly to Barcelona

INFO

  • Currency : €
  • Area : 2.02km square
  • Language : France
  • Temperature : 6 – 10 degree
  • Transport : bus / train

 

GAMBAR GAMBAR DI MONTE CARLO MONACO

 

Diorang Lunch tepi laut jer. Best gila rasa. Tempat makan terhad sgt.

Ni dekat Zoo Monaco. Ayam Hutan. Cantik sangat

Comel kan…hahaha

Tikus belanda kot.

Kat atas tu Prince’s Palace of Monaco

Zoo Monaco

Travel makes one modest, you see what a tiny place you occupy in the world.

Travel is fatal to prejudice, bigotry, and narrow-mindedness.

One’s destination is never a place, but always a new way of seeing things.

When we get out of the glass bottle of our ego and when we escape like the squirrels in the cage of our personality and get into the forest again, we shall shiver with cold and fright. But things will happen to us so that we don’t know ourselves. Cool, unlying life will rush in.

I dislike feeling at home when I’m abroad.

People travel to faraway places to watch, in fascination, the people they ignore at home.

Ni bendera Monaco. Sama macam bendera Indonesia tapi warna merah monaco lagi terang

A man of ordinary talent will always be ordinary, whether he travels or not; but a man of superior talent will go to pieces if he remains forever in the same place.

Not until we are lost do we begin to understand ourselves.

Like all great travellers, I have seen more than I remember, and remember more than I have seen.

Belah Eropah selatan ni korang akan nampak byk pokok pokok limau tepi jalan. Buah lebat pulak tu. geram jer nak amik

Ni laluan bawah tanah. Kalau nak negara lain penuh dgn peminta sedekah tapi kat Monaco ni terlalu maju. Laluan jalan kaki bawah tanah ni dahmacam shopping mall. Dipenuhi cermin

Once you have travelled, the voyage never ends, but is played out over and over again in the quietest chambers. The mind can never break off from the journey.

Don’t tell me how educated you are, tell me how much you travelled.

he journey not the arrival matters.

 

GAMBAR GAMBAR DI NICE PERANCIS

 

Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in you sail. Explore. Dream. Discover.

I never travel without my diary. One should always have something sensational to read in the train.

The real voyage of discovery consists not in seeing new landscapes, but in having new eyes.

Travel and change of place impart new vigour to the mind.

All journeys have secret destinations of which the traveller is unaware.

Tourists don’t know where they’ve been, travellers don’t know where they’re going.

A good traveller has no fixed plans and is not intent on arriving.

There are no foreign lands. It is the traveller only who is foreign.

A journey is like marriage. The certain way to be wrong is to think you control it.

Till Then..Jumpa lagi di Barcelona, Sepanyol….

9 COMMENTS

  1. 1) part duduk kat kerusi menghadap bot mewah tu. nampak dah macam owner bot tu dah. macam tengok pekerja bersihkan bot dia. hahahaha.

    2) ayam hutan. hehehe. itu bukan ayam hutan, tapi burung merpati nicobar..mahal tu. hehehe.

    3) istana atas bukit tu. fuh. macam dalam cite filem. cantik gila!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge