Home TRAVEL Backpacker KEMBARA PORTUGAL LISBON 3 HARI 2 MALAM

KEMBARA PORTUGAL LISBON 3 HARI 2 MALAM

7142
9
KEMBARA PORTUGAL LISBON 3 HARI 2 MALAM

 

KEMBARA PORTUGAL LISBON 3 HARI 2 MALAM. Setelah berbulan-bulan akhirnya tergerak juga hati ni nak menulis tentang kembara solo eropah di Portugal. Di Portugal aku memilih untuk ke Lisbon disebabkan Lisbon adalah ibu negara kepada Portugal. Jadi buat pertama kali dalam hidup aku, aku akan jejakkan kaki di bumi penjajah tanah melayu satu masa dahulu.

 

Lisbon juga di sebut Lisboa kat Portugal.

 

Dari Madrid aku ambil flight ke Lisbon. Kalau tak silap dalam 2 jam lebih kurang kot or less than that. Sorry lama dah kembara lisbon aku ni tamat. Ni pun ingat-ingat lupa. Sampai di airport Lisbon aku terus ambil train ke bandar. Dah check in siap-siap sebab aku sampai pun dah lewat petang dalam jam 4.30pm. Hotel kali ni agak selesa sikit. Bukan hotel backpacker boleh dikatakan macam bisnes trip kot. Lagipun ada duit lebih masa tu aku decide amik hotel 3 star. Oklah selesa.

 

Castelo Sao Jorge (Lisbon Castle)
Castelo Sao Jorge (Lisbon Castle). tak sampai puncak lagi ni

 

Kenapa Lisbon bukan Porto?

 

Ok untuk setiap negara yang aku pergi aku semahunya nak jejakkan kaki di ibu negara setiap negara dahulu. Then kalau ada masa atau rezeki maybe next time aku akan jelajah bandar-bandar lain.

 

Seperti yang korang tahu dari segi geografi Portugal ni terletak di selatan eropah. Dah dekat-dekat dengan benua Afrika. Kira berjiranlah dengan negara Morocco. Disebabkan terletak jauh di selatan eropah dan utara afrika cuaca di Lisbon agak panas walaupun di musim sejuk. Suhu lebih kurang 10 – 15 darjah. Agak kool cuaca dia seronok jalan-jalan cuaca macam ni. Still kena pakai sweater yang nipis terutama di waktu malam. Waktu siang dah boleh pakai t-shirt.

 

Suatu masa dahulu Islam pernah menguasai Portugal dan memiliki sejarah yang panjang dengan penguasaan Islam ketika itu. Kalau tak silap aku di zaman Andalusia bersama-sama dengan Sepanyol. Mungkin boleh check sejarah islam di Portugal untuk lebih jelas. nak cerita bab islam ni agak x elok kalau tak pasti. So i leave it here…

 

Praça do Comércio
Praça do Comércio

 

Apa yang ada di Lisbon ni?

 

Jika korang mencari tempat untuk bersuka ria aku tak pasti Lisbon satu pilihan yang tepat. Cuma aku boleh katakan Lisbon sangat menarik dan penuh dengan sejarah. Bagi peminat buku, Lisbon antara tempat yang wajib korang datang. Kat sini ada terletak kedai-kedai buku lama dan terbesar di eropah. Bagi ulat buku boleh lah lepak lama-lama kat sini, Bagi pengembara macam aku sudah tentu aku tertarik dengan bangunan-bangunan yang ada di sini.

 

Bangunan di sini sangat unik dan bandar Lisbon yang terletak di celah-celah bangunan membuatkan Lisbon satu negara yang awesome bagi aku. Tapi memang kebanyakkan negara eropah macam ni kan. Walaupun awesome Lisbon agak tenang sikit. Tak macam Milan. Mungkin Lisbon bukan bandar tumpuan pelancong kot.

 

Pintu Gerbang Lisbon
Oceanario

 

Tempat Menarik di Lisbon, Portugal

 

Aku di Lisbon tak lama dalam 3 hari sahaja. Jadi tak banyak tempat yang aku sempat jelalah. maklumlah dah hujung-hujung pengembaraan ni aku dah flat gila nak jalan jauh-jauh. Cukuplah area town sahaja. Tapi menariknya kebanyakkan attraction di Lisbon memang dekat je. Boleh naik bas dan tram. Sangat mesra pelancong.

 

Hari pertama aku tak banyak jalan. Sebab malam-malam ni aku dah penat sangat. Lagipun night life kat sini tak berapa happening sangat. So memang aku lying on my bed je lah. Keluar pun untuk dinner. Ok dekat Lisbon aku nak recommend satu tempat makan halal yang sangat-sangat recommended sumpah sedap dan berbaloi. tak mahal mana pun. nama kedai tu Zaafran Restaurant. Kalau nak makan kat sini korang kena tempah dulu. Sebab confirm penuh. Masa aku pergi pun kena tunggu meja kosong. Nasib baik aku gi sorang boleh juga selit-selit. Dan setiap hari rabu dia sediakan menu set dengan harga murah. Dalam set tu ada roti naan kot then ada beberapa jenis lauk dan nasi juga. Memang sedap. 2 malam berturut turut aku makan kat situ. Malam rabu juga ada tarian istimewa. Tarian arab belly dancing kot. Hahah seronok layan. Yang penting halal..

 

Praça do Comércio
Praça do Comércio

 

 Praça do Comércio

 

Hari kedua aku keluar pagi-pagi lagi. Sebab kat sini pun cewah awal. Lepas breakfast kat hotel aku teruskan pengembaraan aku di bumi Portugal ke Praça do Comércio. Tempat ni terletak dibandar Lisbon dan merupakan antara hot spot di sini yang korang wajib bergambar. Memandangkan cuaca kat sini agak panas so aku pakai light sweater dan t-shirt sahaja.Untuk ek Praca do Comercio ni korang boleh naik train atau tram je. Dari Hotel aku ambil train. Sebenarnya kat sinilah trade mark Lisbon. Ada satu pintu gerbang yang sangat besar dah unik sekali.

Rossio Square

 

Rossio Square terletak di sebelah je dengan Praça do Comércio. kat sini ada air pancut dan tugu. Boleh jalan kaki jer. Kat sini juga merupakan tempat tumpuan untuk pera pelancong. Selain itu tempat ni juga di kenali sebagai Pedro IV Square. Pada kurun ke 13 dan 14 tempat ini begitu penting di Lisbon selepas Lisbon Castle. Katanya penduduk mula berhijrah ke sini dari kawan bukit di Lisbon. Kebanyakkan building kat sini kita boleh tengok ada kesan-kesan runtuhan akibat dari gempa bumi pada tahun 1755 dahulu.

 

Oceanario. Mas ani dah nak tutup sebab tu x der org
Calbe Car dekat Oceanario

 

Oceanario

 

Oceanario juga merupakan salah satu trademark bagi Lisbon. Nak kesini korang boleh naik bas dalam 45 minit. Oceanario di Lisbon juga merupakan aquarium yang terbesar di eropah. Korang bayangkan lah besar mana. Ada dua building hanya untuk Oceanario. Aku hari tu tak sempat masuk sebab aku sampai dah lewat. Dia pun dah nak tutup. Lagipun aku sorang-sorang malas pula nak masuk. Kalau korangbawak anak2 mesti diorng suka masuk dlm ni. Walaupun aku tak masuk aku naik cable car kat belakang Oceanario ni. Boleh lah. tengok-tengok view sekitar Lisbon.

 

Lisbon Castle
Lisbon Castle

Castelo Sao Jorge (Lisbon Castle)

 

Lisbon Castle juga agak terkenal. kalau datang wajib pergi sebab view kat atas ni cantik gila. Kalau tak silap aku banyak juga filem yang buat shooting kat sini. Aku pernah tgk drama korea Lagend of the blue sea. Diorang ada shooting kat sini. Nak ke sini kena naik bukit sikit lah. Tapi sekitar perjalanan tu korang tak kan boring sebab tempat dia menarik sangat. Dari bandar tu boleh naik tram direct ke Lisbon Castle. Catch the Tram #28 utk ke Lisbon Castle. Tram 28 juga bolehnaik utk bersiar siar. Boleh bayar pakai kad. Cuma kalau masa cuti crowded sikit lah tram ni. At least merasa juga aku naik tram. hehe

 

Balem Tower
Balem Tower

 

Balem Tower

 

Balem Tower antara monumen yang terserai dalam UNESCO. Ada banyak story sejarah kat sini. Aku ada baca tapi lupa dah. Haha. Aku datang kat sini hari last dah. Sebelum flight ke Paris. Boleh naik bas jer. Tempat sini pun unik jugak. Pada kurun ke 15 pihak portigis bina tower ni sebagai defend di bahagia selatan sungai di Lisbon. Banyak lah sejarah dia. Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat wiki.

 

Dah habis trip kat Balem Tower aku terpaksa amik uber sebab tunggu bas lama gila. Aku pulak nakkejar flight ke Paris. Kang tertinggal flight mampos kena beli baru lak. Dari hotel ke airport pun aku ambil uber.

 

So far Alhamdulillah aku pun tak percaya aku boleh sampai ke Portugal ni. Orang-orang Portugis pun dan banyak berubah. tak der lah macam dalam filem-filem dulu. Diorang pun mesra jugak. Boleh lah nak buat sembang tu pun kalau korang bolehcakap bahasa portugis.  Lisbon pun tempat di bersih. Tak macam Sepanyol yang agak kotor.

 

Otw nak naik ke Lisbon Castle

 

Summary 3 Hari 2 Malam di Lisbon

 

DAY 1

  • Sampai Lisbon dlm jam 4.30pm
  • Ambil train terus ke hotel
  • 24 Hour train/bus/tram €6.5
  • Check in
  • Dinner kat restaurant zaafran €15

 

DAY 2

  • Chiado/Rossio/Praca do Comercio
  • Oceanario
  • Castelo Sao Jorge (Lisbon Castle) Ticket €7.5
  • Sightseeing of “locals” life: Catch the Tram #28
  • Caable car €5.9
  • Mc D €5
  • HRC €91
  • Dinner kat Zaafran Restaurant €13
  • Balik hotel n rest

 

DAY 3

  • Breakfast
  • Balem Tower
  • Airport fly to Paris

 

BELANJA

  • Transport = €25
  • Hotel =
  • Meals = €35
  • HRC = €91
  • Souvenir = €30
  • Lain2 = €30

 

INFO TAMBAHAN

  • Temperature 10 – 15 Darjah
  • Matawang €
  • Language Portugis
  • Train kat sini tak pakai nombor pakai nama. Kdg2 nak igt pun susah.
  • Bandar Lisbon cantik sgt compared to Barcelona dan Madrid
  • Bersih
  • Tiket train / bus lebih murah dari spain
  • Sekali naik bas €1.85. Nak murah beli kad 24jam tu baru €6.5 boleh guna utk train/tram/bas

 

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LISBON

 

Masa bergambar kat sini lah kamera aku cium lantai..

Ni laluan nak naik ke Lisbon Castle
Tram 28 utk ke Lisbon Castle.
Macam tuk tuk kan.

Kretif jugak

Pemandangan biasa kat europe

View from Lisbon Castle
Oceanario. Patung tu macam kat Mekah tu kan
Cable Car
Entrance Oceanario
Building ni depan Boolem Tower. aku lupa nama
Boolem Tower
X dok aroh nok perase doh ni
Lisbon Castle

Lisbon from above

 

Lisbon merupakan destiansi kedua terakhir sebelum aku tiba di Paris. Portugal juga merupakan negara ke 11 untuk trip aku kali ni. Kira negara terakhirlah. Perancis sebelum aku ke Sepanyol aku dan ke Nice Perancis. So lepas Lisbon aku fly ke Paris untuk destinasi terakhir kembara eropah 2017. Jumpa di Paris……

9 COMMENTS

  1. cantik weih.. apesal pejal pergi tempat cantik-cantik je ni ..argg jdi teringin nak poiii…

    pejal ckp g sorang ? dahtu sapa yang tlg snap gmbr awesome ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge