KEMBARA PARIS 3 HARI 2 MALAM - EPISODE AKHIR KEMBARA EROPAH MUSIM SEJUK - Faizal Fredley

KEMBARA PARIS 3 HARI 2 MALAM – EPISODE AKHIR KEMBARA EROPAH MUSIM SEJUK

 

KEMBARA PARIS 3 HARI 2 MALAM – EPISODE AKHIR KEMBARA EROPAH MUSIM SEJUK. Destinasi terakhir untuk setiap kembara aku di bumi eropah. First time aku ke eropah tahun 2015 pun Paris destinasi terakhir jugak. Ada beberapa sebab kenapa traveler suka jadikan Paris destinasi terakhir.

 

Salah satu sebab adalah Paris ni syurga shopping. Bukan nak kata murah ke apa tapi barang-barang branded kat sini kira ok lah harga jika dibandingkan dengan harga di KL. Lagi satu Paris juga terkenal dengan kota fesyen dan pusat membeli belah. So sebagai traveler solo jenis backpacker macam aku ni memang Paris akan jadi destinasi last.

 

Al-maklumlah bila dah beli barang-barang tu senang  nak balik terus KL. Tak perlu nak angkut ke destinasi lain memandangkan Paris adalah last tempat aku akan jejak.

 

Antara beberapa tempat shopping yang agak popular di Paris.

 

  • Les Galeries Lafayette
  • Benlux
  • Basement Museum Lourve
  • La Valee Village
  • Disneyland Paris
  • Le Printemps
  • Le Bon Marché
  • Châtelet Les Halles
  • Montmartre

 

Ni antara top place untuk shopping kat Paris. Hari tu aku pergi Galaries Les Galeries Lafayette sebab aku x de nak beli banyak barang. Just satu dua beg tangan wanita jer. Then beli jam 2 keping. Aku ni kalau gi sorang-sorang part shopping paling malas sekali. Susah betul nak pilih. Ada lah 14 kali duk pusing tempat sama. Seharian juga aku spend masa kat Les Galeries Lafayette. Kalau bawak banyak duit atau pun unlimited kredit kad syok lah. Butik LV pun aku try juga masuk. haha saja nak merasa. Kena beratur panjang kot nak masuk kedai tu. Huh..tapi x kisah dapat air free untuk customer walaupun tak beli.

 

Salain tempat Shopping, Lapangan Terbang Paris atau Charles de Gaulle Airport (CDG) merupakan hub terbesar untuk Eropah. banyak pilihan penerbangan dari Paris. Harga flight pun banyak pilihan. Jika korang fly ikut airport lain aku rasa tambang akan bertambah mahal. Kalau nak transit pun kat Paris sangat sesuai. Untuk next trip ke Scandinavia pun aku plan nak masuk ikut Paris jugak.

 

Overall aku tak berapa suka sangat kota paris ni. Tak tau lah kenapa. Mungkin sebab it too common. Semua orang dah pergi. Pasti kalau jalan-jalan area Eiffel Tower mesti akan terserempak dengan Malaysian. Kat situ juga ramai warga asing.

 

Walaubagaimanapun Paris buat kali pertama sampai memang impress lah dan mungkin sedikit kecewa sebab paris tidaklah seindah digambarkan. Indah kabar dari rupa orang kata. Persekitaran Paris pun agak kotor. Kalau lalu dalam terowong train tu bau hancing dan agak tak terurus. Rasa tak selamat pun ada jalan-jalan kat Paris. Pick Pocket ramai kat sana. be careful ya.

 

Itujelah apa yang aku boleh cerita. nak cerita banyak2 tak ingat pulak sebab dah dekat 6 bulan aku ke sana. Anyway meh layan gambar je lah. Gambar biasa-biasa je pun. Tapi inilah destinasi terakhir aku utk trip ke eropah kali ni. Sedih jugaklah nak balik Malaysia. rasa macam sekejap je trip aku dan nak habis dah. Padahal dah dekat 40 hari aku berkelanan di bumi eropah.

 

 

Ringkasan selama 4 hari 2 malam di Paris

DAY 1

  • Sampai airport orly jam 9mlm
  • Amik bas ke paris €13
  • Train ke hotel €1.9
  • Check in Grenelle Eiffel Paris Tour Hotel €216
  • Beli maggi masak dlm bilik €7
  • Rehat dan tido

DAY 2

  • Amik train ke place d’italie €1.9
  • Brunch kat rest thai €28
  • Amik train ke Eiffel Tower (Bir-Hakiem stn) €1.9
  • Bergambar sakam dulu. Then hari hujan dgn lebatnya. Tambah pulak cuaca sejuk. Membeku kat sana.
  • Beli souvenir €38
  • Balik hotel. Rehat jaaa. Tunggu nasi lemak paris delivery €10

DAY 3

  • Breakfast Nasi Lemak Paris €10
  • De Louvre
  • Eiffel Tower
  • Gallery Lafayatte
  • HRC

DAY 4

  • Balik KL

 

Info Tambahan

  • Currency €
  • Language France
  • Temperature 1 – 5 darjah (winter)
  • Ada restaurant malaysia (ahad tutup)
  • Boleh order nasi lemak paris guna whatsapp (delivery) – wajib try
  • Banyak org kulit hitam
  • Kat paris byk pick pocket. So extra careful hokey

 

Paris waktu malam. Buruk pulak gambar ni. Hahaha tengok kat sana elok jer

Jalan-jalan hari kedua. Masa ni nak cari kedai halal. Last2 kedai ni tutup

Eiffel Tower

View from my room

Jalan Jalan ke Eiffel Tower

Eiffel Tower

De Louvre Museum

De Louvre Museum

Sorang-Sorang je. Dah lah hari hujan

Eiffel Tower

Sebelum masuk ke De Louvre Museum

Train Station De Louvre Museum

Jalan-Jalan Sekitar Paris

Jalan-Jalan Sekitar Paris

Jalan-Jalan Sekitar Paris

Jalan-Jalan Sekitar Paris

Jalan-Jalan Sekitar Paris

Sempat lah beli benda ni bawak balik as a collection. Mahal natang tu…

Dah nak balik dah. Nampak Cabada Airlines

Stunning View. Aku suka tgk flight yg nak berlepas

Ready for take off

Saudi Airlines (Dreamliner). flight baru ni. Canggih. Dari CDG ke Jeddah dan KL.

 

Berakhirlah sudah…Kisah di bumi Eropah…

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

3 Comments

  1. Mazni Azmi

    July 14, 2017 at 9:13 AM

    Memang terbaik dapat baca pengalaman tuan bawa diri ke tempat orang ni

    Pergi paris pula ya tuan
    Mazni Azmi recently posted..ESP Shaklee & 11 Kebaikan Untuk Ibu MengandungMy Profile

  2. IQ aka Izyan Balqis

    July 12, 2017 at 10:06 AM

    hakikat kalau pergi tempat 7 mercu tanda dunia, indah khabar dari rupa tu dah jadi kebiasaan. Bila macam tu, hilang feel nak travel tempat2 macam tu…harap2 feel ada balik kalau ada peluang ke sana. hehe.

  3. anuar

    July 11, 2017 at 9:42 PM

    Lama betul merantau dekat Eropah yer… sampai 40 hari.. kagum.. boleh tulis sebuah buku dah ni..
    anuar recently posted..Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge