Jom ke Mini Thailand Week 2017 di 1Utama Shopping Mall PJ - Faizal Fredley

Jom ke Mini Thailand Week 2017 di 1Utama Shopping Mall PJ

MTW16 Exhibition

 

Jom ke Mini Thailand Week 2017 di 1Utama Shopping Mall PJ. Bagi mereka yang ingin merasa taste of Thailand inilah masanya untuk anda merasai sendiri pengalaman citarasa Thailand di Mini Thailand Week 2017 yang akan di adakan di 1 Utama Shopping Mall, Petaling Jaya. Mini Thailand Week 2017 akan berlansung dari 6 hingga 9 Julai 2017.

 

Aku percaya ramai di antara kita sukakan masakan thai termasukkan aku sendiri. Sebelum ni aku selalu juga ke sempadan Thailand untuk makan masakan Thai. Sedap? tak sah ceritalah sebab tu restoren Thai amat popular di Malaysia. Cuma nak cari restoren Thai yang betul-betul kaw dengan rasa Thailand sangat susah.

 

Jadi inilah peluang anda nak rasa sendiri pengalaman berada di Thailand tanpa pergi ke sana. Dekat jer meh datang ke 1 Utama Shopping Mall. Tak perlu nak susah-susah booking tiket fly ke Thailand.

 

H.E. Mr. Damrong (L2) touring the exhibition at Mini Thailand Week 2016

MTW16 Exhibition

Opening Ceremony of Mini Thailand Week 2016

Visitor painting benjarong

 

Sebagai kaki travel, Thailand merupakan antara negara favourite aku untuk habiskan masa cuti. Selain ianya dekat, aku sukakan masakan thai dan juga suasana di sana dan juga barang-barang buatan Thailand. Selain murah ianya berkualiti.

 

Dari barang-barang berasaskan buatan sendiri “homemade” hinggalah dekorasi bercirikan Thailand dan juga produk kecantikan semuanya ada di Mini Thailand Week nanti. Cuma awek Thailand je aku tak pasti ada ke tak. Tapi aku rasa macam ada maybe kena pastikan awek-awek itu nanti tulen.

 

Bertemakan “Urban Lifestyle” Mini Thailand Week 2017 pastinya akan membuatkan anda berasa teruja dengan produk-produk yang akan di pamerkan dan semuanya ori dari negara gajah putih. Bagi mereka yang sukakan lifestyle akan ada juga produk-produk berasakan kecatikan yang bakal memikat hati anda kelak. Begitu juga dengan makanan dan minuman dari Thailand. Semuanya ada di sini. Tak ketinggalan barang-barang kesihatan juga pasti akan ada nanti. Yang penting harga murah dan awesome!

 

Director Patcha Wutipan, Minister Counsellor (Commercial), Royal Thai Embassay at Mini Thailand Week 2016

H. E. Damrong Kraikruan, Royal Thai Ambassador to Malaysia at 2016 Mini Thailand Week

 

Lebih menarik di sana nanti akan ada pelukis seni yang agak popular di Thailand dengan karya-karya Mural yang menarik iaitu  Mr Tanupon En-On. Kalau anda minat dengan hasil seni kat sana nanti Mr Tanupon En-On akan bagi guide tentang teknik-teknik yang di gunakan untuk hasilkan Mural dan anda hanya perlu bayar RM20 untuk bawak balik barangan tersebut.

 

So apa lagi. Jom pakat ramai-ramai ke Mini Thailand Week 2017 @1Utama PJ nanti. Jangan lupa untuk letakkan hashtag #minithailandweek2017 dan upload ke Mini Thailand Week’s Facebook page kerana anda berpeluang untuk menang hadiah istimewa dari Department of International Trade Promotion!

 

Info lanjut boleh layari http://www.facebook.com/ThailandTradeShow.MY

 

  • Email: thaibusinessmatching@gmail.com
  • Call 03-7960 5055

 

See you there!

Mini Thailand Week 2017

Theme: “Urban Lifestyle”

Date: 6 – 9 July 2017

Time: 10am – 10pm

Venue: LG, 1 Utama Shopping Centre (New Wing)

*FREE ADMISSION!

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

4 Comments

  1. Belang Tarung

    July 4, 2017 at 2:56 PM

    bab makanan tu takleh tahan hahaha..pedas dan masam pergggh ape lagi paprik padpik atau tom yam
    Belang Tarung recently posted..Kesan Dadah Flakka Mampu Menjadikan Manusia Bersifat ZombieMy Profile

  2. Mawardi Yunus

    July 2, 2017 at 1:13 AM

    menarik ni.

  3. Ikhwan

    July 1, 2017 at 12:50 AM

    Saya suka makanan Thai yang pedas dan masam 🙂
    Ikhwan recently posted..Ambilan Separa Perubatan U29 TerkiniMy Profile

  4. anuar

    June 30, 2017 at 8:04 AM

    Sekali baca tajuk ingatkan bro ada dkt Thailand.. rupanya ada dkt Malaysia…
    Bagus juga dengan adanya event macam ni.. secara tidak langsung dapat menarik rakyat Malaysia untuk pergi ke Thailand..
    anuar recently posted..Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge