Pakej Mudah Jimat Balik Kampung Dengan Traveloka Dan Maybank - Faizal Fredley

Pakej Mudah Jimat Balik Kampung Dengan Traveloka Dan Maybank

 

Pakej Mudah Jimat Balik Kampung Dengan Traveloka Dan Maybank. Hari raya bakal menjelang tiba. Ini lah masanya bagi perantau-perantau macam aku ni mula kalut untuk balik kampung. Minggu-minggu terakhir macam ni aku percaya ramai di antara kita masih lagi sibuk siapkan segala kerja-kerja untuk pulang beraya nanti. Dalam kita sibuk bekerja jangan lupa harapan keluarga untuk persiapan menyambut satu syawal nanti.

 

Harapan ibu ayah di kampung nak beraya bersama. Harapan anak-anak untuk beraya bersama. Dan ada juga yang memilih mingu-minggu terakhir untuk buat persiapan hari raya. Macam aku lah. Minggu ni baru sibuk nak cari baju raya kat family. Baju raya sendiri beli online jer. Senang dan mudah.

 

Bercerita tentang online. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk beli tiket balik raya apa kata download applikasi Traveloka. Dengan applikasi traveloka korang bukan sahaja boleh buat tempahan hotel malah boleh beli tiket flight sekali. Sungguh senang dan cepat. Aku percaya ramai yang pilih balik kampung melelui udara sebab nak elakkan traffik yang sesak. Aku pun dah trauma drive dari KL ke Kota Bharu balik raya 2 tahun lepas hampir 15 jam untuk sampai. Kalau naik flight boleh gi London dah. So, tahun lepas dan tahun ni aku putuskan untuk buka applikasi Traveloka dan purchase tiket flight. Cepat dan senang.

 

 

ZERO INTEREST DENGAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT MAYBANK 

 

Berita baik bagi mereka yang mempunyai kredit kad daripada Maybank, kini Traveloka dengan kerjasama Maybank melancarkan kempen raya di mana dengan setiap tempahan melalui kad maybank tak kisahlah korang booking hotel ataupun tiket penerbangan anda tidak akan dikenakan cas atau interest langsung. Lagi menarik ianya sah untuk semua destinasi yang anda inginkan. Yang penting ianya melalui Traveloka dan Maybank.

 

Dengan kad Maybank juga, anda boleh limitkan bajet perbelanjaan untuk percutian impian anda nanti. Interes hotel dan penerbangan adalah tinggi sebenarnya. Jadi dengan adanya traveloka dengan kerjasama Maybank sedikit sebanyak anda boleh jimatkan perbelanjaan travel korang. Ini salah satu tip travel yang anda perlu tahu. Dengan kata lain beli dulu bayar kemudian. Lagi-lagi nak raya ni kan. Sempat lagi ni nak beli tiket flight balik kampung. hehe.

 

Traveloka segala ada disini

 

PERANCANGAN TRAVEL

 

Untuk menjimatkan perbelanjaan ketika travel, perancangan bajet amat penting. Dengan traveloka anda juga boleh buat bajet tentang perbelanjaan. Senang kata anda boleh bayar bulanan atau ansuran untuk setiap tiket penerbangan dan hotel. Tak perlulah nak habiskan sekali gus duit bila travel. So duit hotel dan tiket penerbangan boleh bayar lain kali. Tip ni boleh di guna pakai jika airlines ada buat promosi. Nak tunggu ada duit mungkin tiket akan kembali kepada harga asal.

 

Dengan setiap tempahan melebihi RM500 di traveloka melalu kad maybank anda layak untuk dapatkan plan 6 bulan dan RM1000 keatas pula andag layak untuk 12 bulan. Plan ini merupakan tempoh ansuran untuk setiap pembayaran. Faham tak? Maksudnya kalau aku beli tiket penerbangan ke Mauritius dengan harga RM740 dan hotel RM400 aku boleh banyar secara ansuran selama 12 bulan untuk tiket dan hotel ini. Haaa senang kan..Sesuai untuk traveler bajet macam aku ni..

 

Jangan risau bayaran balik secara ansuran tidak akan di kenakan sebarang interest atau faedah.

 

PROMOSI SEMPENA HARI RAYA

 

Aku tahu masih ramai lagi yang belum beli tiket balik raya kan. Ini lah peluang korang untuk beli tiket raya. Satu lagi masalah bila semua balik kampung rumah semestinya akan penuh denagn ahli keluarga. Ya memang meriah ramai-ramai tapi keselesaan itu penting. Kalau yang jenis ada anak kecil lagi lah perlukan ruang yang lebih. Jadi dengan traveloka anda boleh booking hotel sempena hari raya. Tak perlulah risau dengan keselesaan bila terlampau crowded sangat nanti. Promosi ini sah samaada anda guna applikasi mobile phone ataupun dekstop.

 

Plan bilik tido untuk raya. Dengan traveloka korang takkan hadapi masalah ini lagi. Plan ni dikongsi oleh salah serorang rakan facebook aku.

 

Semuanya dengan traveloka. Bagi kaki travel aku pasti applikasi ni sudah ada di dalam smartphone. Tapi bagi mereka yang nak jimat untuk travel inilah applikasi yang wajib ada di dalam smartphone anda. Dengan traveloka setiap tempahan hotel dan tiket penerbangan akan bertambah mudah. Sesungguhnya applikasi ni banyak membantu sepanjang aku travel.

 

Applikasi Traveloka kini sudah mencecah 15 juta download seluruh Southeast Asia. Gempak tak? Anda bila lagi. Applikasi ni sangat membantu sebab ianya memudahkan untuk buat tempahan hotel dan tiket penerbangan. Dengan setiap muat turun applikasi ini anda mungkin akan ditawarkan oleh pelbagai promosi-promosi hebat untuk tempahan ke destinasi impian anda tanpa sebarang faedah. Untuk info lanjut tentang 0% Maybank Interest Plan korang boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/maybank-installment

 

Jadi apa lagi. Marilah kita muat turun applikasi TRAVELOKA dan nikmati pelbagai kemudahan dan kelebihan tanpa sebarang faedah.

 

Matlumat lanjut korang juga boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/. Jadilah traveler yang bijak dengan traveloka. Tawaran yang hebat dengan traveloka. Tunggu apa lagi Traveloka semuanya ada di sini. Setiap perjalanan anda akan jadi lebih senang. Traveloka First, Then baru Raya…..

 

Boleh download Traveloka di Google Play dan Apps Store. Ianya adalah percuma…

 

 

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

2 Comments

  1. Ibu Zaid

    June 22, 2017 at 10:37 AM

    Siap ada plan untuk susun tidur mana

    Memang terancang

    Kalau rumah besar mudah masa raya
    Ibu Zaid recently posted..15 Pantang Larang Ibu Mengandung. Elak Sungguh Sungguh!My Profile

  2. Pingback: Pakej Mudah Jimat Balik Kampung Dengan Traveloka Dan Maybank » Viral Meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge