3 Hari 2 Malam di Swiss Villas Damai Laut Lumut Perak - Faizal Fredley

3 Hari 2 Malam di Swiss Villas Damai Laut Lumut Perak

(Swiss-Villas Damai Laut, Perak check in)

 

3 Hari 2 Malam di Swiss-Villas Damai Laut, Perak.  Baru-baru ni aku dan 3 lagi rakan blogger sempat menghabiskan hujung minggu kami di sebuah resort di Lumut, Perak. Boleh dikatakan sebagai “weekend gateway” lah jugak. Perjalanan dari KL mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit untuk tiba di destinasi pilihan kami minggu ini. Dan destinasi pilihan kami minggu ini adalah Swiss-Villas Damai Laut, Perak. Resort ini terletak berhampiran dengan Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut dan juga Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut. Namun begitu, sekiranya nak check-in kat Swiss-Villas sila pergi ke lobby Swiss-Court Holiday Apartments untuk check-in.

 

Impian untuk bercuti di salah satu resort di Lumut ini telah di rancang setelah sekian lama, namun disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab kerja terpaksa kami tangguhkan buat sementara waktu dan terima kasih kepada SGI Vacation Club atas jemputan kali ini untuk menginap selama 3 hari 2 malam di Swiss-Villas Damai Laut, Perak. Kali ini merupakan misi mesti jadi. Walaupun badan masih penat kerana aku baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu dan Penang tetapi disebabkan aku perlu “away”kan diri dari segala kerja kami tagteam driving from KL to Lumut untuk merasai ketenangan bercuti di Swiss-Villas Damai Laut.

 

Ditemani oleh 3 kawan lain yang sama-sama satu kepala akan membuatkan trip kali ini menjadi lebih awesome. I know this trip is gonna be an awesome trip!!!

 

#tiptravel: Mencari partner yang tak banyak kerenah!

 

Ok berbalik kepada Swiss-Villas Damai Laut. Ini antara sebab kenapa aku memilih untuk bercuti di sini berbanding di tempat-tempat lain sekitar Kuala Lumpur. Perkara pertama aku perlukan suasana yang tenang jauh dari kesesakan lalu lintas dan kesibukan kota raya ini. Berada di luar bandar buat seketika boleh membantu otak kita lebih segar di samping bunyi deruan ombak di pantai dan kicauan burung di hutan sudah tentu membuatkan jiwa menjadi tenang. Tahukan anda bunyi-bunyi seperti kicauan burung dan desiran ombak merupakan salah satu terapi? Walaupun resort ini terletak jauh ke dalam namun anda tidak perlu bimbang kerana di dalam resort ini sudah lengkap dengan pelbagai jenis aktiviti dan terdapat tempat makanan yang berhampiran.

 

(Swiss-Villas Damai Laut, Perak)

 

SWISS-VILLAS DAMAI LAUT

 

Swiss-Villas Damai Laut merupakan sebuah villa satu tinggal yang bercirikan komtemporari yang pasti membuatkan pengunjung merasakan seperti bercuti di rumah sendiri namun berlainan lokasi.  Swiss-Villas Damai Laut mempunyai 2 bilik, ruang makan yang dilengkapi set dapur dan ruang tamu. Ini membuatkan Swiss-Villas amat sesuai buat seisi keluarga untuk percutian yang santai.

 

Paling menarik bagi aku adalah ciri-ciri rekaan dalaman yang moden dan selesa untuk bersantai. Swiss-Villas ini memang besar dan suasananya amat luas!

 

(Living Room)

 

Rumah ni juga di lengkapi oleh:

 

  • Private & Covered Car Porch
  • Dining Hall
  • Kitchen
  • Kitchen Utilities
  • Round the clock Security Surveillance
  • Safe Deposit Box (in the Master bedroom)
  • 24-hour TV Programmes (News / Movies / Sports / In-house movies / Local stations)
  • Individual Controlled Air-conditioning
  • Iron & Ironing Board
  • Hairdryer
  • Hot Shower
  • IDD Telephone
  • Internet Connection at the Apartment Lobby
  • ATV

 

 

Untuk aktiviti yang boleh dilakukan di sini pula, korang boleh meluangkan masa untuk bermain ATV, Jungle Trekking, Island Hopping dan banyak lagi. Kami memilih untuk mencabar diri bermain ATV. Masing-masing belum pernah merasa lagi naik ATV jadi semua behave jer. Namun ianya satu pengalaman yang menarik bagi kami semua. First time naik ATV kan. Seronok jugak. Untuk aktiviti ATV disediakan trek laluan yang mencabar dan ada juga trek yang biasa. So boleh pilih mana satu trek yang korang mahu lakukan. Selepas aktiviti ATV kami memilih untuk lepak bersantai di tepi pantai sambil di temani oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa kulit masing-masing. Bagi mereka yang teringin untuk melakukan aktiviti air, kat sini juga disediakan “Banana Boat” kami hanya mampu melihat jer sebab masing-masing tak nak basahkan diri dan ada juga yang trauma dengan air.

 

Bagi yang mahu ke Pulau Pangkor, korang juga boleh ke Pulau Pangkor dari jetty di sini dan ianya hanya khas untuk penghuni resort / hotel / villas ini sahaja. So tak payah nak ke jetty Lumut.

 

Antara aktiviti outdoor lain yang boleh korang main kat sana (facilities both mix in hotel and apartment)

 

  • Basketball Court
  • Beach Volleyball Court
  • Table tennis
  • Mini-Eco Challenge
  • Nature Walk / Jungle Trekking
  • Paintball / Target Shooting
  • Teambuilding Facilities
  • Tele-match
  • Turtle Kids’ Club
  • Canoe
  • Island Hopping / Snorkeling
  • Pangkor Drop
  • Sunset Cruise / River Cruise
  • Raft Building
  • ATV
  • Banana Boot
  • Horse riding

 

ATV

 

Sekarang aku nak kongsikan sedikit pengalaman sepanjang percutian 3 Hari 2 Malam di Swiss-Villas Damai Laut.

 

DAY 1

 

Untuk hari pertama kami sampai pun agak lewat dalam jam 6 petang gitu lepak check in kami releks2 je dalam Swiss-Villas. Sementara tunggu lepas isyak untuk kami keluar ke pekan berdekatan untuk beli barang dapur bekalan (3 hari) dan untuk isi perut. Pekan berdekatan dalam 20 minit drive kot. Sebelah UNIKL MIMET banyak kedai makan. Maklumlah kawasan student kan. Jadi, korang kalau datang sini tak payah risau bab makan sebab sekitar sini banyak kedai makan. Untuk memasak aku sarankan korang beli siap-siap barang-barang dapur ataupun boleh bawa dari rumah. Sebelum ke Swiss-Villas kami singgah mini market sebentar untuk membeli barang dapur. Pasaraya AEON pula hanya 30 minit dari sini.

 

DAY 2

 

Bangun pagi dah ada breakfast kat dapur sebab mereka ni rajin sangat masak. Rasa macam bos pulak. Mungkin sebab dapur yg selesa tu diorang rajin nak masak. Selepas breakfast masing-masing duk bergolek atas katil sebab rasa macam malas je nak keluar rumah. Memang trip santai habis ar kali ni. Dalam jam 2 ptg baru kami keluar untuk lepak tepi pantai sambil main ATV. Kali pertama main ATV ni memang best. Then balik dari main ATV ingat nak berendam dalam swimming pool tapi perut pulak lapar. Balik Swiss-Villas untuk masak makan tengah hari dan makan malam. Sepanjang hari kedua kami banyak habiskan masa di dalam Villas jer. Villas ini juga dilengkapi balkoni yang luas, Petang-petang macam ni memang seronok lepak di balkoni sambil minum petang.  Waktu malam kami just chill out di ruang tamu jer.

 

DAY 3

 

Hari terakhir kat sini masih lagi santai. Korang bayangkan hujung minggu sambil bermalas malas arghh memang heaven lah. Bangun pagi tak perlu fikirkan kerja. Buka tingkap ada pemandangan yang menghijau, udara yang segar bersama kawan-kawan yang awesome. Rasa macam malas gila nak balik KL. Sebab tenang sangat kat sini. Tak perlu fikir pasal kerja dan kesesakan lalu lintas yang teruk. But that’s not the way the world works. We need to come back to reality. Our vacation is about to end soon. But overall we love it. One of the best experiences we have.

 

Waktu untuk check out adalah 1 tengah hari. Kalau korang rajin pagi tu pun boleh cuba macam-macam aktiviti lagi di Swiss-Villas Damai Laut ni. Contohnya jungle trekking.

 

AKTIVITI KAMI SEPANJANG 3 HARI 2 MALAM DI SWISS-VILLAS DAMAI LAUT

 

ATV & SNORKELING

 

Untuk aktiviti outdoor seperti ATV korang boleh ke pantai berdekatan dengan Swiss-Villas Damai Laut. Segala urusan tempahan dan pembayaran boleh di lakukan juga di sana. Harga ATV RM45/person selama 15 minit. Cukuplah nak pusing-pusing 3 kali trek yang disediakan. Kalau korang mulut ringan boleh jer kawtim degan abang yang jaga ATV tu bagi masa lebih sikit. Tapi depend on orang ramai ke tak.

 

Sama juga untuk Snorkeling. Segala jenis pembayaran boleh di lakukan di tepi pantai juga. Banyak sebenarnya aktiviti yang ada kat sini. Macam-macam pilihan ada. Just terpulang kat korang nak pilih yang mana. Yang pasti ianya cukup untuk kami having fun sepanjang 3 hari di sana.

 

3 hari di Swiss-Villas Damai Laut ini memang suatu pengalaman yang hebat buat kami. Jom layan antara moment-moment kami di Swiss-Villas ini.

 

(Swiss-Villas Damai Laut, Perak)

(Pandangan Halaman Swiss-Villas Damai Laut, Perak)

(Pandangan Tepi di Swiss-Villas Damai Laut, Perak)

(Pandangan Golf dari Swiss-Villas)

(Living Room – Luas dan Selesa)

Master Bedroom

Master Bedroom

Chef kami Azfar Roslan. Masak Maggie pun jadi lah.. ahhaha

Masak utk breakfast. Nasi Goreng Bujang namanya

Bangun tido je breakfast dah siap terhidang. Untung dpt kawan macam ni.

Masak ptg balik dari main ATV.

(Kolam Renang – Tempat untuk bersantai petang-petang )

(Kolam Renang)

 

(Fun Beach)

(Seronok santai di tepi pantai). Kemain..

(Beach)

(Beach)

(Kuda pun ada. Boleh sewa kalau nak naik)

(Harga aktiviti kat Fun Beach)

ATV

Sign board depan tu ada kedai makan kalau korang nak makan kat luar

(Kedai makan di simpang nak masuk ke Swiss-Villas Damai Laut. Buka siang jer tau)

(Dalam 15KM dari Swiss-Villas Damai Laut ni banyak kedai makan. Semua ni sebelah je dgn UNIKL)

Sebelum balik KL kami singgah dekat kedai yg fames Restoren Nasi Bamboo

 

INFO LANJUT TENTANG SWISS-VILLAS DAMAI LAUT

 

ALAMAT:

 

 

Ok. Last but not least, aku nak bagitau kenapa korang patut join SGI VC membership ni. Banyak kelebihan yang korang akan dapat bila join kelab percutian SGI VC. Antaranya dapat jimatkan maksimum kos bila stay di hotel. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Korang boleh jugak travel di overseas dengan penggunaan membership SGI VC.

 

Apabila travel atau bercuti seperti biasa, kenaikan harga barang dan penginapan berkemungkinan akan meningkat dari semasa ke semasa. Lagi-lagi kalau masa yang kita travel tu cuti umum. Macam minggu lepas aku ke Jepun waktu cuti umum mereka, kebanyakkan harga hotel dan transport naik mendadak. Kalau join SGI VC, korang bayar harga hotel sekarang yang lebih rendah daripada harga biasa untuk penginapan pada masa depan. Jadi, korang bolehlah join SGI VC ni dan travel bersama-sama dengan keluarga dan member-member sekali. Senang je, booking boleh dibuat secara online. Fleksibel sangat dan berbaloilah join kelab percutian SGI Vacation Club ni.

 

So apa lagi nak join SGI VC ni boleh layari laman web mereka seperti di bawah.

 

SGI VACATION CLUB

http://www.sgivacationclub.com/

https://www.facebook.com/sgivacationclub/

 

 

ALAMAT:

SGI Vacation Club Bhd

S-7-01 & S-7-02, Swiss-Garden Residences,

No. 2A, Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

 

WAKTU PERKHIDMATAN:

Isnin – Jumaat : 9 pagi hingga 6 petang

Sabtu, Ahad & Curi Umum : Tutup

 

No. Telefon : 03-27886688

No Faks : 02-27886689

Lucky Draw Contest x 3 winners

 

Win Yourself a 2 Nights Complimentary Stay @ Swiss-Villas Damai Laut, Perak

 

Bagi anda yang bertuah dan berminat untuk stay di Swiss-Villas Damai Laut ni pihak SGI Vacation Club bermurah hati untuk mengadakan Lucky Draw Contest.

 

Langkah-langkah mudah sahaja:

 

 

Mudahkan? Jom sama2 join..Confirm berbaloi baloi…

 

 

Semua ruang wajib diisi.

 

*Kaedah untuk Like & Kongsi SGI VC Facebook sebelum serahkan entri.

*Tertakluk kepada T&C

*3 pemenang cabutan bertuah akan diumumkan selepas 1minggu kempen melalui emel dan SGI VC Facebook.

* Dengan menekan butang SUBMIT, anda bersetuju untuk menghantar maklumat anda kepada SGI VC yang bersetuju untuk menggunakannya mengikut piawaian polisi peribadi SGI VC.

*Dengan menekan butang SUBMIT,  anda memberi persetujuan kebenaran kepada pihak syarikat untuk mengumpul, menyimpan,  merakam dan menyimpan data peribadi anda tanpa had termasuk nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon termasuk telefon bimbit dan alamat emel berdasarkan polisi perlindungan data peribadi dan akta perlindungan data lain yang berkaitan.

* Para peserta lain masih boleh untuk menuntut baucer lain lain bergantung kepada percutian yang ditempah dan kriteria kelayakan.

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

30 Comments

  1. Yanty Lee

    July 10, 2017 at 2:35 PM

    OMG ! Dapat pergi ni memang best giler la. Bercuti penuh dengan ketenangan macam ada kat umah. Aktiviti pun gempak giler.

  2. Miera Hassan

    July 5, 2017 at 11:07 PM

    bestnya.. semua aktiviti boleh dibuat kat 1kawasan yang sama. villa pun cantik..

  3. Raihan

    July 3, 2017 at 3:59 PM

    Seronoknya pergi travel boleh main atv, xpernah lagi bercuti di damai laut.

  4. rozita

    July 3, 2017 at 3:44 PM

    pernah stay kat aparment dia sekali dulu.. best! kalau boleh kami nak repeat.. kalau boleh kali ni nak naik banana boat tu.. bestnya.. mee udang kat kedai dekat simpang tu pun sedap sgt!

  5. Nurul

    July 3, 2017 at 2:49 PM

    Buat research pasal travel place di Malaysia, dari situ dapat banyak info travel place menarik, hidden place dsbg…apapun, tak pernah jejak lagi pulau pangkor, harap ada rezeki kali ini untuk menang, tenangkan fikiran yang serabut. Thanks juga kepada brother faizal sebab sudi menolong apa yang patut dalam research saya.

  6. FAIZAL ANUAR

    July 3, 2017 at 2:12 PM

    Aku kalau bercuti suka main ATV dan swimmping pool.
    Tak pernah daftar club vacation lagi sebab rasa macam tak berbaloi tak selalu pi vacation.tapi mungkin dengan SGI berbaloi2

  7. siti rohaya

    July 3, 2017 at 1:49 PM

    bestnye kalau dapat ke sini..dapat rasa pengalaman baru di tempat baru..

  8. siti rohaya abdullah

    July 3, 2017 at 1:47 PM

    Teringin jugak nak rasa pengalaman berada di tempat yg menarik spt ini.. harap dapat ke sini suatu hari nanti..in sha Allah..

  9. Badar Hisham bin Ramli

    July 3, 2017 at 12:15 PM

    Best stay kat hotel sini. Dah dua kali data guide Sebab office event. Suasana Indah. Panorama menarik. Bilik pun therbaeek. Memang pasting menggamit kenangan bila data generated dgn yang tersayang.

  10. Irra irrayyan

    July 3, 2017 at 12:01 PM

    Best nyeeee….pernah g mandi pantai di lumut…pantai yg masih bersih… Bestnye kalau berpeluang lagi ke sini

  11. lisak

    July 3, 2017 at 11:26 AM

    tetiba nak prgi sana pula. tak pernah jejak kasi kt sana.. macam menarik jee.. nk naik atv tuuu
    lisak recently posted..Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438HMy Profile

  12. Ankovanuar

    July 3, 2017 at 11:18 AM

    Superb..

  13. Eyzamiel

    July 3, 2017 at 11:12 AM

    Teringin nak menginap kat sini.. Kalaulah dapat sambut Anniversary ke 10 pada 20 Julai ni kat sini best betul.. Suasana memang sesuai untuk honeymoon.. ?

  14. Zaidah

    July 3, 2017 at 11:03 AM

    Wah!! Bestnye!!

  15. Datin Tyka

    July 3, 2017 at 10:57 AM

    bestnya ada ATV. ok nanti nak try pergi sini lah untuk tenangkan fikiran

  16. Eintan nurfuzie

    July 3, 2017 at 10:56 AM

    Nama je dok manjung.. sekali pun x pnh try menginap kat sni

  17. izwan

    July 3, 2017 at 10:56 AM

    perghhh…terbaiklah..banyak pula aktiviti yang boleh buat kat sini..

  18. Joe faizano

    July 3, 2017 at 10:51 AM

    Pernah pergi pulau pangkor dan hanya tengok damai laut dari jauh…harap harap boleh jejak satu hari nanti

  19. Zamir

    July 3, 2017 at 10:51 AM

    Dapat bercuti tempat2 mcm ni memang heaven la.. Rasa bebas dari kesibukan kota.bangun pagi dengar bunyi ombak memang best.

  20. Pingback: Win 3D2N Lucky Draw Contest Swiss-Villas Damai Laut, Perak - Faizal Fredley

  21. Anuar

    June 21, 2017 at 1:13 PM

    Bestnya.. Bila baca artikel ni tiba-tiba rasa nak ke Pangkor pulak… Dah lama betul tak kesana… Rasa rindu pulak…
    Anuar recently posted..Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

  22. Kakmahh

    June 21, 2017 at 11:01 AM

    WOow …bercuti dengan geng! Lokasi yang cantik dan sesuai bawa family.
    Kakmahh recently posted..Bulan melawat Kiulu 2017My Profile

  23. Ibu Zaid

    June 21, 2017 at 9:41 AM

    Banyak juga aktiviti boleh buat di hotel ni kan

    Sesuai untuk bercuti sakan
    Ibu Zaid recently posted..15 Buah buahan & sayur Untuk Kencing Manis Semasa Mengandung!My Profile

  24. Julia Johari

    June 20, 2017 at 10:44 AM

    Seronoknya lahaiiiii….nak pergi !

  25. Mama Hakim

    June 20, 2017 at 9:37 AM

    Mama tak pernah sampai lumut lagi

    Lepas ni boleh cuba menginap di sana
    Mama Hakim recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari KlangMy Profile

  26. Mazni Azmi

    June 19, 2017 at 5:32 PM

    Memang lauk dapur bujang tu

    Makan maggie ramai ramai

    Dah macam zaman hostel
    Mazni Azmi recently posted..Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!My Profile

  27. Explorasa

    June 19, 2017 at 2:38 PM

    Best golek2 dalam bilik. Besar bilik dia

  28. Norliza Nordin

    June 19, 2017 at 1:31 PM

    bestnye lahaiiii hihihi

  29. Noor Haida Zaibidin

    June 19, 2017 at 1:20 PM

    Best…dulu ade la pegi tp sebab keje…so xsempay nk explore sgt activity dkt sane.

  30. umminani

    June 19, 2017 at 1:14 PM

    dapat juga hotel ni, tapi x pergi. nak reg vacation club mcm tak berbaloi, bukan pergi selalu bercuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge