Home TRAVEL Cukai Pelancongan Berita Buruk Untuk Traveler?

Cukai Pelancongan Berita Buruk Untuk Traveler?

1900
9

 

Cukai Pelancongan Berita Buruk Untuk Traveler?. Seperti mana yang kita dengar dan ketahui bermula 1 Julai 2017 kerajaan Malaysia akan kenakan cukai Pelancongan untuk setiap penginapan di Hotel-hotel Malaysia. Termasukan homestay.

 

Untuk mereka yang masih lagi blur-blur apa itu cukai pelancongan meh sini aku terangkan sikit apa itu cukai pelancongan. Cukai pelancongan ni cukai yang dikenakan keatas pelanggan yang menginap di hotel di Malaysia. So far tak kiralah korang ni rakyat malaysia atau pun pelancong luar negara korang tetap akan di kena kan cukai pelancongan.

 

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:

 

  • Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
  • Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
  • Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

 

Menteri pelancongan kesayangan kita sangat

 

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan. Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

 

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan. Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.

 

Kenapa perlukan cukai pelancongan lagi sedangkan di Malaysia dan banyak cukai. Bagi aku cukai pelancongan ni sebenarnya akan lebih menggalakkan rakyat Malaysia melancong luar negara dari dalam negara sendiri. Bagi aku cukuplah dengan cukai perkhidmatan dan GST. Rakyat Malaysia dah cukup terbeban dah. Dengan segala jenis barang dah naik mendadak. Ni nak lagi kenakan cukai pelancongan. Huh.. Bagi traveler macam aku mungkin tak de kesan sangat sebab kalau travel aku memang memilih ke oversea berbanding dlm negara. Cuma kalau bawa family yang ramai aku akan bercuti dalam negara je. Maybe lepas ni aku akan fikir dua kali nak bawak family bercuti dalam negara.

 

Jujurnya aku tak de malasah kerajaan nak kenakan cukai yang tinggi atau banyak cukai. Cuma in return kenalah setimpal dengan apa yang rakyat Malaysia dapat. Negara luar pun ada kenakan cukai juga malah lagi tinggi dari cukai Malaysia. Bezanya kat luar negara barang-barang tak pernah naik harga, gaji perkapita rakyat diorang tinggi, peluang Pekerjaan banyak, segala kemudahan tip top. Bil hospital free, education free, kemudahan awam hebat. So kalau kerajaan kenakan cukai tinggi tapi servis dalam negara power aku tak kisah pun bayar cukai.

 

Tapi itu lah, di Malaysia ni. Cukai sini sana, semua kena cukai. Tapi apa yang rakyat dapat balik? Bil hospital tinggi, nak study kena biayaai sendiri, gelandangan masih lagi banyak, rakyat miskin bersepah, kemudahan awam menyedihkan. Sebab tu ramai rakyat malaysia yg berpeluang kerja di oversea tak nak balik ke Malaysia. Duit2 cukai yang dikutip semua masuk poket depa. Nak kata wak bayar hutang negara, berdasarkan rekod hutang Malaysia masih lagi banyak dengan bank dunia.

 

Mungkin kerajaan kena pertimbangkan cukai pelancongan tidak dikenakan kepada rakyat tempatan. Aku faham harga hotel di Malaysia antara yang terendah jika dibandingkan negara-negara lain seperti Thailand, Singapore, Korea dan Japan.

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge