SHARE
Yang aku pakai ni jenis wind bracker. Ringan tapi x berapa memanaskan. So kena pakai berlayer kat dlm. Kat dalam tu aku pakai Sweater + Long John + T-Shirt. Cuaca masa ni agak sejuk sebab berangin.

 

Pakaian Yang Sesuai Untuk Musim Sejuk. Sebagai traveler ramai yang jadikan aku sebagai rujukan terutama bila nak travel. Banyak juga benda-benda yang bagi aku small matter tapi bagi mereka yang baru pertama kali nak travel benda kecil pun boleh sebabkan tak tidur malam.

 

Salah satu soalan yang biasa adalah tentang pakaian yang sesuai untuk travel terutama di musim sejuk. Berlainan negara berlainan jugak lah pakaian yang korang perlu bawa. Dan pakaian itu mestilah sesuai dengan setiap musim. Bagi aku persiapan pakaian yang paling rumit dan aku tak berapa nak gemar adalah pakaian musim sejuk. Sebab musim sejuk ni memerlukan pakaian yang sesuai untuk di pakai. Lagi satu pakaian musim sejuk ni berat dan tebal. Nak letak dalam luggage memang makan space.

 

Musim sejuk juga ada banyak jenis. Awal musim sejuk, pertengahan dan juga akhir musim. Setiap musim berbeza. Kalau awal-awal dan akhir tu nak pakai pakaian yang tebal-tebal pun panas nanti. Tak selesa nak jalan-jalan. Then kalau pergi tempat bersalji atau pergunungan seperti Mount Titlis di Switzerland korang perlukan pakaian yang tebal. Kalau yang jenis berbulu tu lagi bagus.

 

Kat tempat macam ni kena pakau tebal sikit. Sarung tangan tu kalau boleh pilih yang jenis kulit tu.

 

Pakaian musim sejuk juga ada limit dia. Ada suhu suhu tertentu. Paling stylo pakaian jenis kulit tu tapi coat macam tu agak berat sikit. Tak sesuai untuk begpacker terutamanya. Kalau untuk santai atau bisnes trip boleh lah.

 

Di musim sejuk nak bergaya tak de masalah tapi jenis pakaian tu kena betul. Silap beli berhuhu je lah nanti. Last travel aku kat Eropah hari tu memang musim sejuk aku pergi. Selama dua bulan aku kat eropah dalam musim sejuk. So masa tu aku kena pakai pakaian yang betul.

 

JENIS PAKAIAN MUSIM SEJUK

 

  • Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)
  • Jacket / Winter Coat
  • HeatTech/ Long John
  • Kasut/ Boots
  • Topi/ Snow Cap/ Earmuff
  • Glove
  • Skaf / Mafla
  • Stokin
  • Hot Pad (Biasa utk tangan dan di simpan di dalam Pocket)
  • Kalau cuaca  – 12 ke atas sebaiknya pakai Thermal Jacket. Pastikan ada tulis Thermal

 

TIP MEMILIH PAKAIAN MUSIM SEJUK

 

  • Layer Layer and Layer (Pakaian berlapis)

 

Ok. Semasa musim sejuk di Eropah hari tu inilah style yang aku pakai. Layer by layer. Dalam aku pakai long john, then sweater, t-shirt dan last sekali jacket. ya nampak banyak tapi inilah yang selesa. Memang agak nampak gemuk sikit tapi ianya selesa. So kalau nak beli pakaian musim sejuk pilihlah dengan betul. Bila pakai pakaian berlapis ni ianya boleh memerangkap haba dan dapatlah menghangatkan sikit tubuh korang nanti.

 

Dah faham? So dimana nak cari barang-barang musim sejuk ni? Kat KL ada beberapa kedai khas untuk pakaian musim sejuk tapi agak mahal lah sikit. Then biasanya crowded. Nak2 bila dah masuk musim sejuk di Korea dan Jepun. Kalau beli kat mall yang berjenama tu sediakan lah cuti 40 juta. Sebab mahal gila.

 

Penyelesaiannya korang boleh beli online di PakaianMusimSejuk.Com Kat sini korang boleh pilih macam-macam jenis pakaian musim sejuk dari snow cap sampailah stoking. Yang penting banyak pilihan dan murah-murah. Senang dan cepat.

 

Smart jugak ni. yang ni aku biasa pakai sebelum aku sarungkan T-Shirt. Sebab t-shirt aku hari2 tukar. Baju sejuk ni seminggu gak lah aku pakai. Tak busuk pun sebab cuaca sejuk ni x buat bajujadi busuk
Aku berkenan betul bajujenis ni. Stylo sangat. Haa yang ladies tu x feeling ke nak pakai macam ni? Baju jenis ni sesuai untuk pakai di Jepun dan Korea. Biasa cuaca tak berapa sejuk boleh lah pakai. Akhir dan awal winter boleh. Autumn pun boleh pakai ni.
Untuk kanak-kanak pun ada ni haa….
So traveller tumeh usha-usha laman web ni meh
Selain pakaian, aksesori lain pun ad ajugak di jual.

 

KENAPA BELI DI PAKAIANMUSIMSEJUK.COM?

 

Ada beberapa sebab kenapa aku sarankan beli online di sini. Salah satunya adalah dengan setiap pembelian RM50 keatas korang akan dapat free shipping. Untuk belian RM150 keatas pula korang boleh dapat discount 30%. Kalau silap beli korang masih lagi boleh tukar. So tak perlu risau. Paling best kat sini banyak pilihan dan saiz juga.

 

Lepas ni boleh lah korang bergaya kat oversea tanpa jejaskan keselesaan korang nanti.

 

Jangan lupa #tiptravel beli pakaian musim sejuk DI SINI 

 

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge