Group Photo sebelum start Treasure Hunt

 

Tourism Malaysia Media Challenge : KL Museum Tour Revisited. Sepanjang aku letakkan diri sebagai travel blogger malaysia inilah kali pertama aku berpeluang untuk sertai aktiviti bersama tourism di negara sendiri. Sebelum-sebelum ni aku banyak kerjasama dengan tourism luar negara sehingga pada satu tahap aku rasa macam tourism malaysia ni tak aktif.

 

Entahlah sama ada tak aktif atau aku dan kena banned dengan pihak Tourism Malaysia. Sebenarnya sebelum-sebelum ni aku pernah dapat offer dari pihak Tourism Malaysia (TM) tapi kesemua aktiviti yang di offer clas dengan jadual untuk event lain. So memang tak berpeluang nak join.

 

Dan akhirnya aku berkesempatan nak join TM buat kali pertama dan harap-harap bukan yang terakhir. Baru-baru ni pihak TM ada menganjurkan event yang di panggil Media Challenge yang melibatkan beberapa media tempatan termasuk beberapa blogger jugak. Antara blogger yang sempat aku jumpa adalah saudara Khai yang mewakili Projek Travel. Selain itu ada juga dari akhbar2 tempatan dan majalah travel juga.

 

Muzium Diraja
Still early nobody here

 

Event yang berlansung pada 18 Mei 2017 melibatkan dua buah muzium di KL yang di panggil “KL Museum Tour Revisited”. Secara jujurnya aku bukanlah seorang yang kaki muzium. Kalau travel oversea pun aku akan elakkan dari menjejakki muzium. Tak tahu kenapa maybe lah sebab aku ni bukan peminat sejarah kot. Aku more kepada geografi dunia punya orang.

 

Kalau tak di sebabkan event ni memang aku tak kan jejakkan ke Muzium bagi aku, Muzium tu agak boring. Hahaha. See inilah mentaliti budak-budak zaman milenium nih.

 

Tapi sejak join event ni aku rasa persepsi aku kepada muzium telah berubah. Rupanya banyak juga benda menarik di muzium kita ni. Dimana asal usul orang melayu di bumi Malaysia ni semua di catatkan di dalam muzium ni. Banyak juga barang-barang di zaman dahulu yang menarik di sini. Kraftangan dari pihak orang asli juga semuanya menarik. Kita patut berbangga mempunyai orang asli di bumi kita.

 

Masing2 busy mencari jawapan kepada soalan TH
Mendengar taklimat dari pihak TM. Kusyukkan aku

 

Muzium Diraja Kuala Lumpur

 

Muzium pertama yang kami pergi adalah Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana Kuala Lumpur. Muzium ni sangat unik. Masa aku pergi di Muzium ni ada Pameran Raja Kita bersempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Pamera ini berlangsung dari 2 Mei 2017 sehingga 4 September 2017.

 

Pameran Raja Kita ini diadakan sebagai pendekatan untuk memperkenalkan dan merapatkan lagi hubungan Kebawah Duli YangMaha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV dengan rakyat jelata. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembangaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri turut dipaparkan dalam pamera ini.

 

Melalui aktiviti ini banyak jugak yang aku tak tahu tentang Agong kita ni. Hasilnya terbukti dengan Treasure Hunt hari tu aku banyak jawab salah utnuk setiap soalan berkenaan Aging kita. haha…Malu rasa…

 

My team #themalaysian
Oarang asli yg asli

 

Muzium Negara Kuala Lumpur

 

Seterusnya treasure hunt kami bersambung di Muzium Seni Kraf Orang Asli. Muzium ni terletak dikawasan berhampiran Muzium Negara. Kalau nak datang boleh naik teksi atau bas KL HOP-ON HOP-OFF aku pun first time naik bas HoHo ni kat KL. Sebelum ni teringin nak naik tapi yang London punya lah. Selain dari teksi danbas kornag juga boleh naik Komuter, LRT dan juga Monorel. Di sini korang boleh mengenal sejarah-sejarah orang asli di Tanah Melayu ni. Orang asli pun ada kat sini.

 

Selain tu kat sini juga ada Muzium Ethnologi Dunia Melayu. Banyak sejarah pasal melayu kalau korang berminat. Macam-macam galeri juga ada di sini.

 

Izinkan abg menyumpit hati mu
Haa tgk apa? tak puas hati?
kali pertama aku naik bas Ho Ho ni
Inilah rupa puteri perak yg sebenar
Sedikit sumbangan dari pihak TM kepda media

INFO LANJUT

 

MUZIUM NEGARA | JABATAN MUZIUM NEGARA

  • Alamat: Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
  • Tel: +6 03-22671111
  • Faks: +6 03-22671011
  • www.muziumnegara.gov.my
  • Bayaran Masuk: RM2 (Kanak2 bawah 2 tahun dan pejalar adalah percuma)
  • Pelawat Antarabangsa: RM5

 

MUZIUM DIRAJA | ROYAL MUSEUM

  • Jalan Istana, 50460 Kuala Lumpur
  • Tel: +603-22721896
  • Fax: +603-22721907
  • www.jmm.gov.my
  • Visiting Hour 9.00am – 5.00pm

 

PS: Terima kasih buat pihak Tourism Malaysia kerana sudi invite aku untuk event ni. Lain kali ajak lagi. #cc1mdekatje #klmuseumtour #sayangmalaysia #tmmediachallenge #malaysiatrulyasia

* Semua gambar kredit kepada pihak Tourism Malaysia

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge