Avillion Admiral Cove Port Dickson Hotel Warisan Penjajah

Avillion Admiral Cove Port Dickson

 

Avillion Admiral Cove Port Dickson Hotel Warisan Penjajah. Kembara Port Dickson aku minggu ni bersambung di Avillion Admiral Cove pulak. Kira ini hari ke 4 aku lah kat PD ni. Teringat jugak nak balik rumah tapi duk PD ni macam seronok lak. Sebab taraf hidup kat sini yang sederhana rasa macam nak pindah sini pun ada jugak. Lagipun aku suka tengok sunset. Hotel ini juga merupakan hotel warisan penjajah yang mewah. Sebab tu lah depan ni banyak bot-bot mewah. Design hotel ni pun sangat bersejarah.

 

Ok kali ni aku stay di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Satu malam jer. Jika sebelum ni aku stay di belah atas PD kali ni aku stay di belah selatan menghala ke Melaka pula atau di Teluk Kemang.

 

 

Hotel ni merupakan rangkaian kepada Avillion Port Dickson. Jarak antara dua hotel ni dalam 5km sahaja. Bezanya Avillion Admiral Cove adalah hotel ni bercirikan gaya kemewahan pihak penjajah tanah melayu. Sebab apa aku kata mewah, hotel ni terletak di bahagian teluk dan depan ni juga merupakan tempat kapal-kapal mewah berlabuh. So view dia dah macam Monaco pulak. Tetiba teringat masa duk Monaco awal tahun hari tu. Walaupun nampak mewah tapi dari segi harga hotel ni kira murah jugak lah.

 

Admiral Cove ini dahulunya merupakan hanya sebuah club untuk members sahaja tapi sekarang dah jadi sebuah hotel. Tapi masih lagi antara rakan kongsi world class Admiral Marina & Leisure Club.

 

Kawasan teluk yg tenang

View dari bilik aku

 

VIEW TERBAIK SELAT MELAKA 

 

Salah satu kelebihan yang ada pada hotel ni dan tidak ada pada hotel lain ada view yang cukup stunning. Direct view selat Melaka. Kalau dari bilik tu view perghh gila cantikk. Bayangkan bangun pagi-pagi tengok view yang macam ni memang tenang jer rasa. Petang-petang pun kalau boleh layan sunset dari bilik pun syok jugak. Laut yang tenang dan langit membiru. Apa lagi ko nakk?

 

Uniknya bilik-bilik kat sini bertemakan komtemporari moden. Yang ni aku suka. Rasa nak design rumah aku macam ni satu hari nanti. Tu pun kalau aku ada rumah sendiri lah.

 

Admiral Cove dibina di bahagian teluk selat melaka dan pastinya memberi pengalaman yang cukup berbeza pada pengunjung untuk melihat view yang cantik, laut yang tenang dan langit yang cukup biru. Selain itu, warisan penjajah yang ditinggalkan membuat hotel ini begitu unik sekali.

 

Senang kata kalau nak tenangkan fikiran kat sini lah tempat nya.

 

#jangankecam

 

Jenis bilik di Avillion Admiral Cove Port Dickson

  • Superior
  • Panorama
  • Straits Studio
  • Deluxe
  • Premium
  • Executive Studio

 

Aku stay bilik jenis Straits Studio. Selesa sangat kecuali part econ rosak. hehehe ok yg tu aku dah panggil pihak maintenance. datang fix it.

 

Selain tu, kat sini juga ada kemudahan Gym, Traders’ Food Shop, Sailors’ Drink Shop. Paling popular kat sini ramai yang buat pre wedding fotoshoot. Swimming pool pun boleh tahan cantik kat sini. Tapi aku tak sempat lak nak try sebab masa agak limited.

 

So bagi korang yang datang PD dan masih lain mencari-cari hotel nak stay apa kata korang cuba di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Harga tak mahal sebab hotel bertaraf 4 bintang tapi kualiti bertaraf 5 bintang.

 

Ruang yg luas dan selesa

Pintu bahagian tempat tidur boleh di tutup

Fefeling kat Monaco

Swimming pool pun very nice. Macam mandi kat taman

 

Kenapa perlu pilih Admiral Cove? Ok aku bagi beberapa sebab. Antaranya adalah lokasi. Lokasi admiral cove ni terletak berhampiran banyak kedai-kedai makan. Tak pelu keluar jauh pun untuk makan. Kalau tak nak keluar langsung boleh makan kat coffee house hotel ni. Makanan pun not bad. Harga masih reasonable. Seterusnya area hotel ni ada pantai. Tak sahlah kalau gi PD x mandi pantai kan? Lagipun kalau bawak budak-budak confirm mereka nak main air.

 

Pantai sebelah hotel. This is public beach.

 

View dan suasana yang yang tenang membuatkan hotel ni cukup sesuai bagi hilangkan segala jenis tekanan. Paling best petang-petang lepak tepi ni sambil menyaksikan matahari terbit. Memang sangat best. Korang patut cuba.

 

 

Overall rate aku bagi untuk Avillion Admiral Cove Port Dickson

  • Sleep Quality 4
  • Rooms 4/5
  • Service 4/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4/5
  • Overall 4/5

 

AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON

 

 

Terima kasih kepada Avillion Admiral Cove Port Dickson atas peluang yang berharga ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI

 

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

1 Comment

  1. titan

    May 23, 2017 at 1:11 AM

    okeh.

    yang ni aku tak pegi lagi.
    titan recently posted..Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge