Koleksi Kurta dan Jubah 5 Waktu 2017

Yg aku pakai ni kurta 5 watu tahun lepas

 

Koleksi Kurta dan  Jubah 5 Waktu 2017. Sejak kebelakangan ini fenomena jubah dan kurta moden agak menjadi viral dalam kalangan orang muda. Aku sebagai belia ramaja juga tak terlepas dalam mencari jubah dan kurta untuk koleksi peribadi. Lagi-lagi untuk hari raya nanti.

 

Tahun lepas jubah dan kurta yang agak popular sehingga mencecah lebih kurang 10,0000 helai jualan adalah dari 5 waktu. Untuk koleksi tahun 2016 aku beli jubah 5 waktu emerald green. Memang smart sangat. Cutting yang moden dan fit membuatkan jubah ini menjadi pilihan anak muda untuk di gayakan di hari lebaran.

 

Untuk Koleksi Kurta dan Jubah 5 Waktu 2017 nanti pihak 5 waktu memperkenalkan lebih banyak pilihan warna dan juga sedikit kelainan dengan design sedia ada. Memang cun habis lah. Selain cutting dan design yang simple jenis fabric yang digunakan amat bermutu. Aku kalau bab pemilihan baju ni agak super duper cerewek. Tapi untuk 5 waktu ni alhamdulillah mereka dahulukan keselesaan pemakai. Kira bukan jenis tangkap muat macam sesetengah jenama yang ada di pasaran.

 

antara kurta 5 waktu yg di pertontonkan. Smart kan.

 

Istimewanya untuk koleksi Syoknyeee Raya 2017, Lima waktu tampil dengan Jubah lelaki, Kurta lelaki, Kurta kanak-kanak, Baju melayu dengan design yang lebih elegan dan moden hasil dari kolaborasi bersama pasangan artis Aeril Zafril dan Wawa Zainal untuk baju raya perempuan.

 

Baru-baru ni juga bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara telah berlangsungnya pelancaran dan feshion show dari 5 waktu, koleksi Aeril Zafril & Wawa Zainal, Shawl Publika untuk koleksi Syoknyeee Raya 2017. Jom kita intai sedikit shoot semasa fashion show berlangsung.

 

Baju melayu 5 waktu.

Haaa. untuk couple set ada. Kot2 lah korang nak sedondon laki bini nanti.

Yang ni untuk family. Hasil dari 5 waktu dan wawa zainal

 

Wawa Zainal dan Aeril Zafri merupakan pasangan artis popular. Tahun lepas Wawa dan Aeril pernah mengeluarkan koleksi baju wanita dan jubah lelaki dan tahun ini sempena projek raya mereka berkolaborasi dengan 5 waktu yang pastinya akan gempak.

 

Koleksi baju raya dari Wawa Zainal

Boleh tahan kan.

Wawa Zainal Collection

 

Haaa cantikkan. Bagi korang yang tercari cari konsep dan idea untuk baju raya nanti boleh lah try usha koleksi 5 waktu dan wawa zainal ni. Gerenti puas hati. Kualiti yang tiptop dan design yang simple memang menjadi pilihan zaman sekarang. Untuk info lanjut atau nak tengok gambar-gambar lain lagi boleh ke www.limawaktu.com.my 

 

Gambar kredit kepada Lan Carano

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#TIPTRAVEL : GET YOUR VOUCHER CODE FOR HOTEL AT DISCOUNTCODEHK.COM 
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
.

 


Former Engineer. A dreamer. Kacak & Awesome. Traveler.

3 Comments

  1. Nor hazmira

    May 15, 2017 at 1:54 PM

    Cantik dan kena dengan si pemakai… Mm kena beli sedondon baru ler sehati sejiwa.. Ceh waah
    Nor hazmira recently posted..Kisah abam macho tak jadiMy Profile

  2. Pojiegraphy

    May 13, 2017 at 10:28 PM

    Ah, koleksi dari Wawa Zainal. Ada nampak video promotion koleksi diorang buat dekat Kashmir. Cantik!

  3. zik

    May 13, 2017 at 3:55 PM

    boleh beli nih, untuk sekali dengan orang rumah anak sekali..
    zik recently posted..Tonton online konsert komedi sepahtu minggu 1 2017My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge