Aplikasi JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) Kini Boleh di Muat Turun - Faizal Fredley

Aplikasi JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) Kini Boleh di Muat Turun

Majlis pelancaran aplikasi JJCM bersama pengacara JJCM dan blogger jemputan

 

Aplikasi JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) Kini Boleh di Muat Turun. Rancangan Jalan Jalan Cari Makan merupakan salah satu rancangan yang agak popular di Malaysia. Pengaruh JJCM agak meluas termasuk aku sendiri. Kadang-kadang bila nampak dalam tv tu idea nak makan kat situ terus muncul.

 

Kerana impak yang di tinggalkan oleh rancangan ini jugalah ianya dapat bertahan sehingga tahun 2017. Walaupun pengacaranya silih berganti namun pengikut rancangan JJCM ini tidak pernah hilang.

 

Berita gembira kini JJCM boleh mula di guna di smartphone korang. Pihak JJCM telah melancarkan applikasi JJCM 2 minggu lepas dan kini boleh di download melalui Apps store dan Play Store.

 

Pangacara JJCM dan juga org kuat JJCM

 

Lebih menarik dengan aplikasi ini pihak JJCM juga melancarkan kempen #SeringgitSeribuKebaikan bagi membantu mereka yang memerlukan. Hasil sumbangan tu nanti akan digunakan untuk membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih selama 5 hari berturut-turut. Juadah berbuka puasa tu nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck yang terpilih.

 

Cara nak buat sumbangan adalah melalui applikasi JJCM atau boleh ke lawan web CJ Wow Shop iaitu www.CJWowShop.com.my yang juga bekerjasama dalam kempen ini. Mamee Double Decker juga menyokong penuh kempen #SeringgitSeribuKebaikan dengan menyumbangkan barangan Mamee untuk anak-anak terpilih tu nanti. Dengan program macam ni harapnya dapat berikan diorang kegembiraan dalam menyambut hari raya nanti.

 

Bayangkan  dengan hanya RM1 kita boleh membantu mereka yang tidak mampu di luar sana. Sudah semestinya ianya sangat bermakna buat mereka.

 

Lucky Draw malam tu. Pertama kali seumur hidup aku dpt lucky draw ni

 

Ok berbalik kepada aplikasi JJCM, aku begitu tertarik sekali terutama aku sendiri kaki travel dan kaki makan jugak, so tiap kali aku di tempat baru aku sudah tidak perlu risau dah dengan soalan “nak makan apa dan nak makan kat mana” fuhh soalan ni cukup susah. Kalau aku tanya orang jawab “ikut jer” yg tu rasa nak bagi pelempang je. Susah woo…. Kini aku hanya buka aplikasi ni dan boleh cari tempat makan yang menarik berhampiran aku.

 

Aku difahamkan applikasi ni dah dilancarkan sejak tahun 2015 lagi tapi masih lagi versi beta. Sekarang JJCM dan full version dah. So banyak gambar-gambar makanan yang enak2 dalam tu. Info pun dah lengkap. Boleh buat reservation juga melalui aplikasi ni.

 

Aplikasi JJCM interface

 

Aku dah download. Memang sgt berguna

 

Tgk gambar gambar kat sini pun dah bolehbuat aku meleleh ayaq liur

 

So apa lagi, aku rasa aplikasi ni antara aplikasi yang wajib ada dalam phone korang. Sangat membantu…

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

3 Comments

  1. Mama Hakim

    May 8, 2017 at 10:23 AM

    Kaki makan memang kena cuba aps ni. Bukan main main nak kenyangkan perut ni
    Mama Hakim recently posted..5 Cara Mencegah Penyakit Kencing ManisMy Profile

  2. rahimah majid

    May 6, 2017 at 5:09 PM

    Orang yang suka makan mesti suka apps ni.Tapi bagus juga kalau install dekat hp kalau tersesat kita tau area tu ada tempat makan best best atau tidak.Mencari tempat kadang kadang buat kita lapar dan penat.

  3. anuar

    May 6, 2017 at 7:24 AM

    Semua blogger yang join majlis ni kacak2 belaka.. tahniah bro.. siap dapat hadiah cabutan bertuah lagi..
    anuar recently posted..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog DenaihatiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge