Buffet Ramadhan Selangor 2017 - Bangi Golf Resort - Faizal Fredley

Buffet Ramadhan Selangor 2017 – Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan Selangor 2017 – Bangi Golf Resort

 

Buffet Ramadhan Selangor 2017 – Bangi Golf Resort. Ramadhan dah nak dekat dah. Aku tau mesti ramai yang dah start nak planning untuk buat majlis berbuka puasa untuk keluarga di luar kan. Lagi-lagi bagi mereka yang perlu buat untuk company berbuka puasa. Nak handle majlis besar-besar untuk berbuka puasa ni bukan sesuatu yang mudah jugak sebenarnya. Nak kena titikberatkan faktor lokasi, harga, ruang yang besar dan makanan yang sedap dan menyelerakan. Kan bawak kat tempat yang tak sedap setahun jadi baham nanti.

 

Ok aku ada cadangan untuk korang yang tengah mencari buffet ramadhan 2017 area selangor dan kuala lumpur nih. Salah satunya adalah Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017 (BGR). Di BGR ni dah dekat 3 tahun berturut-turut aku pergi buffet ramadhan kat sini. Alhamdulillah so far kat sini antara yang termurah dan banyak pilihan. Tempat pun amat selesa dan ruang yang besar.

 

Makanan pula boleh tahan sedap. Kambing golek merupakan menu wajib untuk berbuka puasa di mana-mana hotel. Dan di BGR kambing goleknya agak sedap dan tak berbau. Aku dulu tak makan kambing. Tapi setelah merasa hidangan kambing golek kat sini 3 tahun lepas terus rasa aku boleh telan kambing. Selain itu disini juga ada lebih kurang 200 jenis juadah istimewa.

 

HARGA BERPATUTAN

 

Harga baucer bermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Boleh di kira murah jika dibandingkan dengan harga-harga di hotel lain. Selain dari makanan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara “live” dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Paling menarik yang boleh di considered adalah kawasan parking dia yang luas, boleh muat sampai sehingga 800 kereta. Tak perlulah susah2 nak cari parking.

 

Paling penting ruang solat juga disediakan bagi mereka yang bimbang nak solat kat mana nanti. So bagi aku Bangi Golf Resort adalah salah satu tempat yang ideal untuk korang berbuka puasa nanti.

 

Golden Sand Spaghetti Carbonara

Peri-Peri Chicken Drumlets

Kuh Kuih Tradisional

Satay

Daging apa tah haha lupa

Nasi Lemak

Ikan Masak Asam Kari

Nasi Ayam Hainanese

Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. Menu ni kalau buat sahur ni sedap nih. Biasanya sahur aku goreng telor jer

Desert ni biasanya part kegemaran aku

Baby Kailan dangn cendawan rasanya. Hahaha kalau salah im sorry

Rendang Daging Taik Minyak

Drumstick

Lasagna

Fuhh daging bakar. Yang ni makan degan nasi kerabu ni menjadi nih… Menu utama bulan puasa kalau kat kampung aku dulu2

Kek gulung

 

So apa lagi. Dah tengok menu2 ni semua lapar pulak rasanya. Dah lah belum makan lagi ni. Korang yang nak berbuka puasa kat sini sila buat tempahan awal awal ya. takut penuh lak nanti. Biasalah tempat HOT ni orang booking awal….

 

INFO DAN MATLUMAT LANJUT

 

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant 2017
  • Berbuka Puasa : RM58 nett dewasa & RM28 nett kanak-kanak
  • Masa : 6.30 pm hingga 9.30 pm setiap hari
  • Alamat : BANGI GOLF RESORT, No 1 Persiaran Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Tel: +603 89253728 / 603 8210 2288
  • Email: sales@bgrrest.com
  • Website: www.bgrrest.com
  • Facebook: Bangi Golf Resort
  • Instagram : @bangigolfresortofficial

 

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

5 Comments

  1. Dkna Abza

    May 6, 2017 at 7:27 AM

    Kalau nak berbuka kat sini kena booking awal sebab ramai yang jadikan bgr lokasi feveret..maklumla harga murah jer.
    Dkna Abza recently posted..Pakej Murah Pulau PerhentianMy Profile

  2. Daus Redscarz

    May 6, 2017 at 7:22 AM

    Wow.. mcm menarikk.. bgr tak jauh dari rumah..

  3. Mama Hakim

    May 5, 2017 at 9:57 AM

    Tempat golf pun ada buffet ramadhan juga ya
    .
    Memang ada kelaianan
    Mama Hakim recently posted..4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal DiabetesMy Profile

  4. Mazni Azmi

    May 5, 2017 at 9:10 AM

    Masa bulan puasa mana sempat nak makan kat rumah kan
    .
    Memang makan kat buffet lah nampaknya
    Mazni Azmi recently posted..Makanan Anti Kanser Payudara & Vivix ShakleeMy Profile

  5. Bahrain

    May 3, 2017 at 11:49 PM

    Harga tengok mcam berbaloi je.. memang makan sampai kenyangla lepas ni..hah
    Bahrain recently posted..Baju Raya 2017 Kurta Dan Jubah Paling Meletop Tahun IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge