Home DESTINATIONS ASIA Persediaan Melancong & Backpacker ke Jepun (Sapporo)

Persediaan Melancong & Backpacker ke Jepun (Sapporo)

6039
9
Gambar Google. Sekadar hiasan.

 

Persediaan Melancong & Backpacker ke Jepun (Sapporo). Awal mei nanti aku akan fly ke Sapporo, Jepun. Ni merupakan kali ke dua aku ke negara matahari terbit ni. Last 2 tahun lepas aku ke Tokyo. Bezanya kali ini aku ke jepun sorang-sorang. Sama juga macam 2 tahun lepas aku pergi bulan mei. Kali ini misi menjejak sakura. Menurut info sakura full blossoms kat Sapporo jatuh pada 2 – 6 mei 2017. Harap-harap sempat lah. Dah 2 tahun aku tunggu nak tgk sakura.

 

Lebih kurang seminggu lagi. So persiapan aku kali ini macam biasa agak slow. Hahaha. Gila malas betol nak buat itinerary. Main redah jelah kot. Yang penting flight dan hotel dan settel awal2. Transport kat Sapporo naik train jer kot. Lain2 aku tak leh nak bg gambaran lagi macam mana. Tunggu bila sampai. Cuma ada lah 5-6 tempat-tempat yang wajib pergi untuk sakura di Sapporo.

 

TIP MELANCONG ATAU BACKPACKER KE JEPUN

 

PENGINAPAN

 

Penginapan seeloknya amik airbnb. Boleh install applikasi airbnb kat phone korang. Sebagai backpacker aku memang sarankan ambil bnb. Sebab hotel di jepun meruapakan antara hotel paling mahal di dunia. Fuhh aku stay di tokyo 2 tahun lepas bajet banyak habis kat hotel jer. Tapi nak buat macam mana aku bawak mak aku masa tu, nak ambik bnb macam tak sesuai. So terpaksa ambil hotel. Tapi kalau pergi geng2 bujang atau satu family boleh jugak ambil bnb. Sila booking awal-awal takut penuh.

 

Aku dah booking Air BnB. Dapalah dalam harga RM392 untuk 3 malam. Ok lah tu. kalau shared maybe murah sikit.

 

MUSIM – MUSIM DI JEPUN 

 

Ok jepun mempunyai 4 musim. Aku percaya korang mesti tahu kan. Geografi kot. Bertahun cikgu ajar kat sekolah. Ok kali ini aku pergi jepun (sapporo) pada musim bunga. Actually awal mei di jepun dah masuk musim panas. Suasana atau permandangan tu tak berapa cantik sangat. Dan macam putrajaya. Nothing! Tapi lainya dengan Sapporo adalah musimnya lambat sikit. Disebabkan kedudukan geografi yang paling utara di negara jepun. 2 Mei – 6 Mei 2017 dijangka bunga sakura akan full blossoms. Harap-harap lah. 2 tahun lepas misi memburu sakura jugak tapi aku salah tempat. Aku gi buru kat Tokyo pada bulan Mei. Memang silap lah sebab daerah – daerah lain di jepun termasuk Tokyo awal bulan april dah start blossoms dah. Persiapan pula depend kpd musim yg korang nak pergi. Kalau pergi musim sejuk jangan pulak bawak tshirt ringan. Musim bunga pula aku jangka suhu masih lagi sejuk dan boleh pakai light jacket lagi.

 

FLIGHT

 

Masa aku pergi kali dijangka agak crowded. Aku survey tiket flight dan hotel pun boleh tahan mahal. Percutian kali ni aku fly dengan Thai Airways. Flight ni je lah harga berpatutan aku rasa. Akan transit di Bangkok dulu sejam. Air Asia fully booked. Malaysia Airlines lagi lah tiket mahal gila. Baik aku pergi europe jer dengan harga tiket mencecah 3K. Artenative lain boleh naik ANA atau JAL (Transit di Narita / Haneada). Nak jimat beli awal2. Tapi waktu puncak macam aku pergi ni as aspected lah mahal.

 

TUKARAN WANG

 

Matawang jepun adalah Yen. 1MYR = 25Yen. Tukar siap-siap lah sebelum fly. Nanti tak kalut sangat. Aku biasa tukar area bukit bintang. Kat NU sentral pun org kata ok rate dia. Mid valley ramai orang kalau nak tukar banyak berbaloi lah.

 

BEGPACK & PACKING

 

Ok, jujurnya aku akan start packing my stuff sehari sebelum fly. Lagi best packing dekat nak gerak ke airport. hahah tu tabiat aku yang agak bangang sikit. Mulalah kalut pastu barang macam-macam tertinggal. So nak elakkan aku akan start packing sehari sebelum. Serius part ni sebenarnya part paling malas. Ni antara list yang biasa aku bawak bila travel. Atau boleh juga tengok di Barang – Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti.

 

TRANSPORT

 

Untuk transport kat Sapporo aku tak risau sangat sebab jepun merupakan salah satu negara yg mempunyai sistem trabsport yg canggih dan maju. Menurut bacaan di google ada JR train.

 

TRAVEL CHECKLIST 

  • – Passport 
  • – Flight ticket + Hotel Receipt 
  • – Toiletries 
  • – Camera + Go Pro 
  • – Tripod + mini tripod 
  • – Sun Glasses 
  • – Sweeter 
  •   Shoe + Slipper 
  • – T Shirt (5) 
  • – Long John  (ni masa aku travel musim sejuk di Eropah)
  • – Pants (1) + Underware (5) + Stoking (5) 
  • – Mafla + Snow cap  (Musim bunga tak perlu melain kan nak ke sky resort)
  • – Cap 
  • – Medicine 
  • – Cosmoderm 
  • – Cable + Charger 

 

INFO TAMBAHAN 

  • Masa di Jepun adalah awal sejam dari Malaysia
  • Kebanyakkan dari mereka kurang fasih berbahasa english
  • Jepun ada 4 Musim
  • Musim Bunga (Mac-Mei) Musim Panas (Jun-Ogos) Musim Luruh (September-November) dan Musim Sejuk (Disember-Februari). Dalam kalender Jepun, terdapat masa dipanggil “Golden Week” iaitu cuti 7 hari bersempena cuti umum Jepun yang berdekatan iaitu 29 April, 3,4 dan 5 May. Mohon elakkan travelling pada masa itu kerana waktu puncak untuk beberapa tempat pelancongan.
  • Jepun merupakan antara negara yang paling selamat dilawati
  • Sila disiplinkan diri. Sebab korang faham-fahamlah penduduk jepun memang terkenal dengan sikap yang bagus. Kalau nak naik train ke nak bali apa2 ke sila beratur. jangan nak bawak perangai Malaysia sangat.

 

So far, persedian aku adalah 10% iaitu tiket flight sahaja. lain-lain inshaAllah slow2 lah ya. Banyak kerja pulak nak kena buat skarang. Bila pergi backpacker sorang-sorang ni banyak sikit persediakan kena buat. Apapun nanti aku akan update lain.

 

BAJET SETAKAT INI

 

  • Flight : RM1,661
  • BNB : RM393
  • Expenses : RM1150 (Tukaran : ¥10,000 = RM400)
  • Train Chitose – Aosa : RM45
  • Train Aosa – Chitose : RM45
  • Public Tport 3days : RM200
  • Makan 03 May : RM100
  • Makan 04 May : RM100
  • Makan 05 May : RM100
  • Makan 06 May : RM50
  • Souvenier : RM200
  • Spare : RM300

 

Ni bajet jer. Task semestinya kau akan habis banyak ni. Tapi kalau boleh x nak melebihi bajet ni lah.

 

Selamat travel dan travellah dengan bijak. Nak amik insurance travel boleh contact aku. nak sewa pocket wifi pun boleh contact aku. Lain-lain pun boleh contact aku. nak pinjam duit jangan contact aku.

 

See u in Sapporo, Jepun!!!

9 COMMENTS

  1. saya pun teringin nak ke sapporo….tunggu gang yang nak pencen atau nak bawa anak sdr…1st time g Osaka kobe kyoto tahun 1998 ( anak sakura x ingat apa namanya cantik weh..); then attachment di yokohama 2 minggu ( pokok semua togel) sempat g masjid d tokyo ..lastly transit d tokyo 10 jam otw ke toronto…aunty tunggu pengalaman kome yg dah g sapporo na….

  2. Syoknya dapat pergi Jepun, negara matahari terbit. Antara senarai negara yang ingin saya pergi dengan backpacker. InshaAllah ilmu yang sangat berinformasi dan akan digunakan nanti.

  3. Malunya jadi rakyat Malaysia yang kurang disiplin bro..

    memang Jepun antara negara yang ingin saya lawati pada masa akan datang..

    in shaa Allah..

    aamiin..murah rezeki ternasuk bro Faizal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge