Cyberview Resort & Spa Cyberjaya - The Sembunyi Spa - Faizal Fredley

Cyberview Resort & Spa Cyberjaya – The Sembunyi Spa

Cyberview Resort & Spa – The Sembunyi Spa Cocktail

 

Cyberview Resort & Spa Cyberjaya – The Sembunyi Spa. Secara jujur aku bukan lah seorang yang kaki spa atau kaki urut ni tapi aku pernah lah merasa di”SPA”kan. Dan rasa dia Ya Allah. Seronoknya. Sesekali manjakan diri ni boleh memulihkan segala jenis tenaga dalaman kita dan boleh juga hilangkan segala jenis tekanan.

 

Baru-baru ni aku sempat singgah sekejap untuk acara cocktail spa di The Sembunyi Spa Cyberview Resort. Berkesempatan merasa sedikit urutan dan belaian di sana membuatkan minda aku terbuka nak ke spa lagi lepas ni. Walaupun sekejap je kat sana tapi aku boleh rasa perbezaan dia selepas di urut. Fuh hilang stress. Itu baru sekejap. Banyangkan kalau boleh stay kat sini satu malam sambil berspakan diri. Heaven beb. InshaAllah kalau ada rezeki lebih next time nak juga aku manjakan diri di Sembunyi Spa ni.

 

Bagi mereka yang mencari-cari tempat untuk merelaxkan diri apa kata korang cuba ke Cyberview Resort & Spa. Lokasi yang terletak di Cyberjaya sangat memudahkan sebab tak perlu nak mengharungi kesesakan lalu lintas. Lagipun tak jauh dari KL.

 

 

Satu lagi aku suka tentang resort ni adalah suasana dia ala garden gitu. Taman-taman hijau mampu membuat mata ni rasa fresh dan udara pula bersih membuatkan aku rasa duk dalam satu taman yang cantik.

 

Disini juga ada pakej untuk honeymoon jugak tau. Jadi tak payah lah nak gi honeymoon jauh2. Orang kata weekend honeymoon. Sambil honeymoon boleh berspa sekali.

 

Antara jenis-jenis rawatan spa yang ditawarkan. Ada banyak lagi tapi aku list 3 je lah.

 

 

Sound Therapy (RM120 Nett / 50 minutes)

Sound Therapy merupakan rawatan jenis bunyi bagi melegakan emosi, mental dan fizikal yang penat. Korang akan di letakkan didalam satu bilik then korang baring sambil dengar bunyi-bunyian. Aku tak pasti bunyi apa sebab hari tu tak berkesempatan pula nak mencuba. Sebab ramai orang masa tu. Mungkin lain kali.

 

Gentle Wellness Treatments (RM339.20 Nett / 2 Hours)

Gentle wellness ni boleh dikatakan full treatments kot. Sebab ianya bermula dengan urutan kaki yang dalam air yang dicampur aroma lavender dan juga crystal salt. Banyak lagi sebenarnya campuran air tu, ada bunga mawar jugak. Then barulah full body dengan “soft touch”. apapun kalau nak tau lebih lanjut korang kena cuba sendiri.

 

The Royal Emperor Stone Experience (RM296.80 Nett / 90 minutes)

Rawatan ni special sikit sebab menggunakan batu Jade. Batu ni warna hijau aku pasti korang pernah tengok kan. Biasanya bertujuaan perubatan untuk masyarakat Cina. Rawatan ni elok utk peredaran darah, kembalikan tenaga dalaman, baik untuk sistem imunisasi dan segala jenis penyakit dalaman. Banyak fungsi juga sebenarnya tapi takkan lah aku nak list semua kan.

 

The Sembunyi Spa

Walaupun sekajap tapi ok lah.

Antara bilik yg disediakan

Seronok weh kalau dapat berendam dalam ni

Buah keras digunakan sebagai scrub

Jade Stone

Aroma bau yang pasti membuatkan korang terpikat

The Sembunyi Spa

 

Ok itu antara 3 jenis rawatan spa yang disediakan di sini. Disetiap bilik ada disediakan bath tube untuk mandi bunga juga. Sesuai bagi pengantin baru. Romantik sangat. Berendam dalam tu bersama kelopak mawar. Fuhh rasa nak kahwin pulak.

 

Ada banyak lagi sebenarnya. Untuk info lanjut korang boleh ke cyberviewresort.com.

 

CYBERVIEW RESORT & SPA

  • ADDRESS: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor
  • TEL: 03-83127000
  • FAX: 03-83127001
  • EMAIL: hotline@cyberviewresort.com

OPERATION HOURS

  • Spa Facilities: 10.00am – 10.00pm
  • Treatments: 10.00am – 9.00pm

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

6 Comments

  1. Mama Hakim

    April 27, 2017 at 1:44 PM

    Memang heaven dapat masuk spa. Belai diri sendiri sampai lena tidur
    Mama Hakim recently posted..4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal DiabetesMy Profile

  2. Mazniazmi ibubijak

    April 20, 2017 at 12:56 PM

    Amboi tuan, jarang pergi spa. Sekali spa ambil pakej maharaja ?
    .
    Memang manja diri ni
    Mazniazmi ibubijak recently posted..Atasi Sembelit Ibu Mengandung Dengan 5 + 1 Cara IniMy Profile

  3. jawatankosong1

    April 17, 2017 at 12:23 AM

    best kene urut, yang urut tu pon best gak haha

  4. wan syahida

    April 16, 2017 at 8:51 PM

    wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!
    wan syahida recently posted..Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!My Profile

  5. Muhammad Khairuddin Lim Bin Abdullah

    April 14, 2017 at 7:29 PM

    bestnya….

  6. nadia johari

    April 14, 2017 at 1:51 AM

    aduh bestnya kene urut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge