KEMBARA SEPANYOL MADRID 4 HARI 3 MALAM

 

KEMBARA SEPANYOL MADRID | 4 HARI 3 MALAM. Cerita backpacking aku bersambung pula di Madrid Sepanyol. Macam biasa aku di Madrid juga selama 4 hari 3 malam. Madrid ni destinasi ketiga terakhir aku untuk backpacking eropah 38 hari. Aku masukkan Madrid di dalam list disebabkan aku salah seorang fan Real Madrid. Jadi aku agak excited sikit untuk ke Madrid.

 

Dari Barcelona aku fly dengan Vueling Airlines yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah milik Spain. Lebih selesa dari Air Asia bagi aku. So kalau korang nak fly dari spain boleh lah pilih Vueling Airlines. Tak perlu beli luggage tambahan kali ni.

 

Madrid merupakan antara pusat perdagangan yang terbesar di Sepanyol dan merupakan bandar ketiga terbesar di Eropah selepas London dan Berlin. Keluasannya sekitar 604 KM square. Dan populasi penduduk di Madrid mencecah lebih kurang 3 Juta penduduk. Madrid juga merupakan ibu kota negara Sepanyol. Dulu aku ingat Barcelona ibu kota Sepanyol. Madrid terletak di tangga ke-17 sebagai tempat paling ideal untuk di diami. So korang kalau yang jenis banyak duit boleh dah nak berpindah di Madrid.

 

 

Kebanyakkan bangunan-bangunan di sini berusia sekitar 200-300 tahun. So that why kalau korang tengok bangunan kat sini cantik dan sangat klasik. Favourite spot yang menjadikan Madrid popular dalam kalangan travellers adalah bangunan di sini di bina pada abad yang ke 15, 16 dan 17 atas dasar pengaruh islam. Walaubagaimana pun bangunan di sini hampir sama. Madrid juga popular disebablan sejarah sejarah yang ada di setiap bangunan di sini.

 

Madrid juga merupakan bandar terbesar di Spain. Madrid  mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling banyak di Kesatuan Eropah, selepas London dan Paris. Pengaruh politik, ekonomi serta budayanya menyebabkan Madrid dianggap salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil madrileños.

 

Madrid terletak di tebing Sungai Manzanares di tengah-tengah Sepanyol, di antara komuniti berautonomi Castilla y León dan Castilla-La Mancha. Oleh sebab hasil ekonomi, taraf kehidupan dan saiz pasarannya, Madrid boleh dianggap sebagai pusat kewangan yang penting di Semenanjung Iberia. Kebanyakkan syarikat Sepanyol yang besar serta tiga daripada 100 syarikat yang terbesar di dunia beribu pejabat di Madrid.

 

 

Selain kota bersejarah, Madrid boleh bertukar menjadi kota romantik di kala malam menjelma. So kalau korang nak berbulan madu pun amat sesuai untuk pilih Madrid sebagai destinasi bulan madu. Selain itu, Madrid juga merupakan kota fesyen bagi peminat fesyen jangan lepaskan untuk datang ke El Corte Ingles. Disini merupakan pusat shopping mall terbesar di Madrid. Kalau tengok dari luar di sini banyak jenama jenama high end di jual namun di korang masuk di dalam tempat ni juga ada jenama2 biasa seperti swatch dan Jimmy Choo. Dalam ni juga ada restoren halal kalau korang mencari tempat makan halal di Madrid. Paling best korang boleh dapat kan kad diskaun sebanyak 10% untuk shopping di dalam ni.

 

Untuk tempat makan dan hangout lepak-lepak korang boleh ke Platea Madrid. Tempat ni dahulunya di kenali sebagai panggung wayang lama tapi sekarang dah jadi tempat makan dan terletak di Plaza Mayor. Paling menarik kat sini ada live show dan live band juga ikut hari. Makanan kat sini x der lah mahal sangat dengan hidangan yang nampak mahal dan persekitaran yang agak mewah. Selain tu Madrid juga popular dengan Street Art. Boleh juga ke Street Art Walk untuk tengok hasil street art mereka.

 

Aku sampai di Madrid dah nak masuk malam dah, dalam jam 6.30 ptg. Kat sini musim winter so jam 5 ptg dah start gelap dah. Sampai di Airport Madrid aku terus amik train ke bandar. Sampai di Bandar baru aku sedar hotel yg aku book awal  dulu terletak di luar Madrid. Ah sudahhh..Nak patah balik mau dekat sejam lagi naik train. Pastu nak jalan jalan jauh pulak kalau stay di hotel yang dah di booking awal awal.

 

So di sini memainkan decision making aku adakah nak stay di hotel yang dah di booking ataupun nak booking hotel baru dekat bandar. Dari segi harga hotel di Madrid masih lagi mampu. So aku parking tepi, letak beg bagai terus ke Booking.com untuk cari hotel bajet yang dekat. Nasib baik lah hotel di Madrid ni banyak pilihan. So aku book Hostal Amarica. Hostel ni betul betul di bandar Madrid. Aku ambil bilik single. nasib baik hotel yg aku booking awal tu dia x tolak duit.

 

Dah check in letak beg aku terus ke kedai arab tapau nasi jap. Makan kat atas rehat rehat untuk esok hari. Biasalah masuk hari hari terakhir ni aku dah malas nak jalan banyak sangat. Dah penat dah. So jam 10 malam aku dah start tido. Nasib baik tempat2 menarik di Madrid terletak dekat2 jer. Boleh jalan kaki antara tempat ke satu tempat.

 

 

HARI KEDUA

 

Hari kedua aku bangun pagi tu kepala dah rasa berat dah. Dah macam nak demam. Hidung pun asyik berair je sebab cuaca europe ni sejuk. Lagipun aku sedut habuk kat Barcelona banyak sangat. Telan penadol 2 bijik then terus keluar tengok tengok bandar Madrid. AKu jalan kaki je sebab dekat sangat tempat tempat wajib di lawati. Cuaca sejuk membuatkan aku tak rasa penat bila berjalan. Hari kedua ni lebih kepada sightseeing jer.

 

HARI KETIGA

 

Hari ketiga ni demam aku dah kurang sikit. Bila jadi perantau ni demam demam pun boleh tolak tepi jer. Sebab rugi nak berkurung kat hotel jer. Dan hotel kat Madrid ni hotel bajet jer so nak lepak bilik tu tak syok. Dari hotel aku keluar lambat sikit. Jam 12 tgh hari baru aku keluar dari hotel untuk ke Santiago Bernebeu Home of Real Madrid FC. Kalau datang Madrid tak singgah Santiago Bernebeu memang tak sah.

 

 

Santiago Bernebeu Home of Real Madrid FC

 

Dari bandar tu aku naik train ke Santiago. Stadium ni tak macam Stadium Barcelona. Ada Tour yang boleh kita masuk ke dalam stadium. Harga pun tak mahal dalam 24 Euro jer. Boleh beli dekat kaunter depan stadium. Yang aku suka tour ni adalah tak ada guide. So masa tu kita tentukan. nak duk saru hari dalam tu pun tak der masalah. Kalau stadium Chelsea tu kena ikut tour guide. masa pun kejap jer. Harga lak mahal.

 

Dari luar stadium ni sangat sangat cantik weh. Sebijik macam dalam TV. Boleh tahan besar nya. Aku nasik atas dulu dah setel bergambar baru masuk dalam bilik pameran. Last sekali masuk stadium kat tempat manager duduk tu. Overall agak puas hati lah amik tour ni. Aku kat stadium tu sampai petang kot. Luas sangat stadium ni. Keluar jer hari dah nak malam dah. Amik train balik ke town. Dinner then balik rehat.

 

HARI KEEMPAT

 

Biasanya hari last memang aku tak gi jalan jalan dah. Check out terus ke airport by train jer. Lunch pun kat Airport. Aku kalau perjalanan melibatkan flight ni aku takut sikit sebab takut tertinggal flight. So habislah di situ perjalanan aku di Madrid. Aku banyak pergi tempat tempat yang dalam town ja.

 

 

SUMMARY 4 DAYS IN MADRID SPAIN

 

DAY 1

  • Sampai Airport jam 6.30pm
  • Beli Metro Tiket 10 Journey €15
  • Ambil Metro Train ke Tribunal
  • Check in Hostal America €81 (4D3N)
  • Free & Easy

DAY 2

  • Royal Palace of Madrid
  • Plaza Mayor
  • Purta Del Sol
  • Las Ventag (Bullfight)
  • HRC €57
  • Dinner kedai Thai €9
  • Rest

DAY 3

  • Santiago Bernebeu Tour €24
  • Duk kat sana pun dah dekat satu hari
  • Souvenir €21
  • Dinner kat city €10

DAY 4

  • Airport fly to Lisbon
  • Lunch €7
  • Kat aiport T2 dan T3 korang kena beli tiket train baru masa nak keluar. €3
  • Beli souvenir ka airport ja.  Terlupa nak beli smlm. Gelas kecik baru €3
  • FM kalau nak beli jgn beli kat stadium. Mahal gil. FM kecik aku beli dekat €7. Kat lain baru €3-€4
  • Dari Madrid ke Lisbon aku naik Tap Portugal. Delay pastu tukar gate 3 kali. Nak check in pun macam2 tanya.

OVERALL BUDGET SPEND

  • Transport = €18
  • Hotel = €81
  • Meals = €26
  • Souvenir = €24
  • HRC = €57
  • Tour = €24

 

Ni beberapa shoot gambar-gambar sepanjang di Madrid Sepanyol. Dah dekat hujung-hujung ni dah rasa macam malas lak nak snap banyak-banyak. Penat dah kot. Ni pun dah hari ke 30 something dah

 

Santiago Bernabeu

Santiago Bernabeu Stadium – Real Madrid FC satu satu nya pasukan yg pernh menang paling banyak piala di Eropah

Yeah Real Madrid FC Fan…

Santiago Bernabeu Stadium of Real Madrid FC.

Dah alang-alang sampai sini memang rugi kalau tak amik Bernabeu Tour

Home of Real Madrid FC. Boleh tahan besar stadium dia

Tempat duduk jurulatih dan player

Di luar stadium

Metro Santiago Bernabeu. Dekat jer jalan kaki nak ke stadium.

Dari jauh sikit..

Daun dah mula kering dan gugur tandanya dah nak masuk musim luruh di eropah

Aku tak pasti building apa. Tapi cantik. Warna gold.

Royal Palace of Madrid. Ni aku rasa building baru ni.

Royal Palace of Madrid

Royal Palace of Madrid

Royal Palace of Madrid

Royal Palace of Madrid – Kamera zaman dulu2. Selalu nampak dalam movie lama

Plaza Mayor. Masa aku gi tempat ni ada renovate sikit.

Purta Del Sol. Kat sini pun kebanyakkannya di renovate jugak. Tapi org crowded gila.

Las Ventag (Bullfight) – Kalau dtg Madrid musim panas boleh tgk perlawanan lembu. Antara event yg mesti pergi kalau dtg Madrid. Masa aku kat sini musim sejuk lagi. X der event. Kosong jer tempat ni

Las Ventag (Bullfight)

 

Ok. Itu jer lah kot gambar-gambar di Madrid. Kawasan aku stay tu aku rasa aku ada ambil gambar tapi entah mana hilang pun aku tak tahu. So far Madrid antara tempat favourite aku jugak. Mungkin kalau ada rezeki aku nak datang lagi Madrid.

 

Next Journey is Lisbon, Portugal…….

 

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

3 Comments

  1. SAPS

    June 5, 2017 at 4:57 PM

    Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan,menarik betul perkongsian tuan faizal ni..boleh tak kongsikan sekali berapa jumlah belanja ke madrid overall termasuk tiket flight dan tempat tinggal?

  2. Mama Hakim

    April 20, 2017 at 12:52 PM

    Menarik perkongsian tuan faizal.
    .
    Mama belum merasa lagi nak pergi obersea
    .
    Insyaallah ada rezeki kemudian hari
    Mama Hakim recently posted..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017My Profile

  3. Mazni azmi & family

    April 12, 2017 at 4:01 PM

    Bila pergi spain ada banyak pengajaran dari tamadun islam andalusia
    .
    Memang maju, tapi sebab lupa tuhan. Sudahnya islam lenyap di sana
    Mazni azmi & family recently posted..Kaki Kebas Kencing Manis. Rawat Dengan Vivix ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge