KEMBARA EROPAH BARCELONA, SEPANYOL | TIP & SUMMARY

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

La Rambla. Tempat ni boleh di katakan tembat nak beli keychain bagai. Depan ni juga ada Erotic Museum.

KEMBARA EROPAH BARCELONA, SEPANYOL | TIP & SUMMARY. Episode kali ni dah mula ke selatan eropah. Barcelona merupakan bandar terbesar di Sepanyol. Masa buat itinerary ni aku agak excited nak ke Barcelona. Dalam kepala otak aku dah terbayang building yang agak cantik macam dalam tv tu.

 

Aku kat Barcelona dalam 4 hari je. Start sini aku dah macam flat dah. Al maklum lah dah hari ke 30 dah aku kat eropah ni. Tenaga tu dah tinggal hujung hujung ja. Tapi tetap juga teruskan sebabnya dah alang alang datang tak kan nak lepak hotel jer. Ish rugi. So itinerary aku kat Barcelona agak releks sikit. Just main pusing pusing dalam bandar sahaja. malas nak gi jauh jauh pun. Lagi satu dalam bandar barcelona pun banyak jer tempat cantik cantik.

 

Kalau nak pusing satu Barcelona aku rasa x cukup masa 4 hari tu. Jadi aku pergi yang mana sempat jer. Kat sini cuca dah panas dah. Sekitar 10 ke 14 darjah. Nak pakai t shirt tu masih lagi tak boleh tapi agak selesa nak jalan jalan.

 

Dari segi kebersihan bandar barcelona ni aku bagi gred C jer. Hahah serius sepanyol ni agak kotor sebenarnya. Tak macam negara central eropah. Public transport macam biasa train dan bas. Kalau beli tiket public transport tu aku beli yang 24 jam punya tiket. Lagi jimat dari beli satu satu. Nak naik tanpa tiket tu tak der peluang kalau train. tapi kalau bas tu boleh lah. Hahaha tapi kalau kantoi tanggung sendiri. Jangan kata ku lak yg ajar.

READ  KEMBARA EROPAH DI MADRID, SEPANYOL - TIP & SUMMARY

 

Aku kat Barcelona kena pada hari weekend. So untuk hari kedua tu memang banyak kedai tutup. Jalan pun sunyi jer. tak syok pulak nak ronda ronda.

 

Tak der peristiwa menarik yg berlaku di sini so tak banyak nak di ceritakan. pada pendapat akulah aku tak beran anak suka Barcelona…Sebab keadaan sini agak berdebu dan kotor. Balik dari Barcelona aku terus demam sebab aku ni alahan sikit dengan habuk….

 

Barcelonita Beach

 

Ni aku shared summary aku kat Barcelona

 

DAY 1

  • Sampai airport 7pm
  • Dinner €7
  • Naik bas ke Espanya €5.9 malam meriah
  • Magic Fountain of Montjuic
  • Terserempak dgn group makcik2 dari perancis. Sebijik mcm rombongan cik kiah. Penuh geng dia saje kat stesen train tu.
  • Beli tiket train 10 Journey €10
  • Naik Train ke Hostel dari Espanya €2.5

DAY 2

  • La Rambla (tempat souvenir)
  • La Boqueria (Local Market. Byk jual buah2 dan makanan basah. Cokelat pun ada)
  • Beli strawberry €4 (Banyak, Murah, Besar dan Manis)
  • Beli makan goreng2 seafood €6
  • Naik bas 59 ke Barcelonita Beach
  • HRC RM216

DAY 3

  • Brunch €3 (roti)
  • Guell Park (biasa je)
  • Nou Camp
  • Souvenir kat Nou Camp €7
  • Casa Mila
  • Barri Gothic
  • La Sadgrada Familia
  • Mirador de colom
  • Dinner (Bombay Spicy) €12

DAY 4

  • Lunch kat Bali Restaurant €13
  • Souvenir kat La Rambla €10
  • Ke Airport

TOTAL SPEND

  • Transport = €20
  • Meals = €30
  • Hotel = €96
  • Souvenir = €17
  • HRC = €45

INFO

  • Currency: €
  • Suhu: 10 – 15 darjah
  • Transport: train dan bad
  • Language: Spanish
  • Bandar org tua
  • Hari ahad banyak kedai tutup.
  • Kedai Makan Halal – Bali Restaurant (Dekat Stesen Lesseps)

 

READ  Bersantai di Hobart, Tasmania, Australia
Barcelonita Beach. Syok jugak layan Sunset kat sini. Romantik!!! TApi sayang aku gi sensorang

 

Dah habis jalan jalan di sekitar barcelona. Satu je aku tak berapa suka tentang Barcelona cuaca dia macam kekuningan. Maybe sebab dekat dengan utara afrika kot. Pastu aku rasa macam suram je cuaca dia. Tak tahu lah memang barcelona sentiasa macam tu atau sebab aku tak berapa sihat semasa aku di sana. Tempat menarik pun tak banyak kalau ada pun kena pergi jauh sikit. Lagi satu kat sini agak berdebu sikit. Aku bab habuk ni alahan sangat.

 

Anyway satu pengalaman yang awesome jugak. Nak repeat? erkkk no thanks kot. Cukuplah sekali. Not my favourite city sepanjang aku di Eropah. Ok lah jom layan gambar-gambar sepanjang aku kat Barcelona pulak…

 

Aku lupa dah nama tempat ni. Tapi kat sini tempat pertama aku sampai. Malam meriah gila. cantik pulak tu. Aku tak banyak amik gambar kat sini. Pada hari minggu tempat ni kosong.
Erotic Museum Barcelona
Bali Restoran. Kalau korang rindukan masakan melayu dan nak cari kedai halal boleh datang kat sini. Terletak berhampiran dengan stesen metro Gracia Station. Alamat – Carrer de Laforja, 8, 08006 Barcelona, Spain

La Boqueria (Local Market. Byk jual buah2 dan makanan basah. Cokelat pun ada)
La Boqueria (Local Market)
La Boqueria (Local Market) Strawberry kat sini murah murah, Besar dan manis pulak tuh
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach.
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach
Barcelonita Beach

Guell Park
Guell Park
Guell Park
Guell Park
Guell Park
Guell Park
Guell Park. Luas sebenarnya tapi aku tak masuk habis sebab beratur panjang. Aku pulak tak bverapa sihat sangat hari tu
Guell Park. Lebih kurang 30 minit je aku kat sana. Then balik bandar.
Nou Camp. Walaupun aku tak minat Barcelona tapi dah alang2 sampai barcelona aku singgah je lah
Nou Camp. Tak besar pun stadium dia
Nou Camp
Welcome to Nou Camp

Nou Camp. K Bye!

 

Ok itu je lah….Bye…Jumpa di Madrid, Spain….

Related Post

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
Kelab Blogger Ben Ashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

4 Comments on “KEMBARA EROPAH BARCELONA, SEPANYOL | TIP & SUMMARY”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge