Home LIFESTYLE Food Review Restoran Asam Pedas Melaka Wajib Singgah

Restoran Asam Pedas Melaka Wajib Singgah

9321
3

 

Restoran Asam Pedas Melaka Wajib Singgah. Weekend lepas aku ke Melaka untuk Short Vacay Weekend Escape katanya. Walaupun last minit punya plan. Eh actually tak plan pun. Tetiba member ajak teman ke Melaka. So aku on je since aku pun dah lama tak keluar dari KL ni. Packing barang dan terus gerak ke Melaka. Bawa baju 2 helai cukup sebab overnight satu malam jer.

 

Seperti biasa kalau datang melaka ni memang tak sah kalau tak pekena 4 perkara ni iaitu Asam Pedas Melaka, Kuih Keria Antarabangsa, Coconut Shake Klebang dan Mango Shake. 4 jenis ni memang wajib ada dalam list kalau datang Melaka. Memang Heaven lah sambil makan sambil mengadap layan traffic light yang super duper banyak.

 

Tentang tempat tinggal aku stay di Swan Garden Hotel. Hotel yang selesa!!! boleh baca review aku tentang hotel ni Hotel Review | Swan Garden Hotel.

 

Ok. Bagi mereka yang masih tercari cari restoran asam pedas sedap di Melaka mungkin korang boleh makan di 2 tempat ini. Bagi aku boleh lah tahan sedap dia. Orang pun ramai jugak kat kedai ni menunjukkan 2 kedai ni merupakan Restoren Asam Pedas Popular di Melaka.

 

 

ASAM PEDAS CLAYPOT MELAKA

 

Kedai asam pedas claypot ni di buka pada jam 6 ptg sampailah tgh malam. Orang punyalah ramai. Kalau nak datang ramai-ramai better korang contact dulu owner kedai ni untuk serve meja. Takut penuh lah pulak nanti. Di sini ada sajian asam pedas telor ikan, ikan pari, jenahak dan macam macam lagi. Dari segi harga standart lah aku rasa Nasi Putih + Asam Pedas = RM13 kot. Depend kepada jenis asam pedas. Aku suka masa akak tu kira cepat gila tak habis lagi aku cakap aku makan apa dia dah siap kira dah. Tangkas betol. Selain tu kat sini juga ada masakan western jugak.

 

  • Location: Asam Pedas Claypot, jalan kota laksamana, Melaka
  • No Fon: 06-3338096

 

 

ASAM PEDAS JR MELAKA

 

Satu lagi restoran asam pedas yang berbaloi untuk singgah adalah asam pedas Jr. Kat sini lagi banyak pilihan. Di buka pada jam 11 paggi sampai lah 11 malam. Ada udang, sotong, ketam dan macam – macam lagi peasti menggugat selera anda. Hari tu aku pun dah tak leh kontrol semua aku nak order. So aku order Sotong, Ketam dan asam pedas pari. Sedap? Boleh lah. Dari segi harga pulak standard asam pedas. Orang pun boleh tahan ramai di kedai ni. Aku datang dekat lunch hari tu.

 

  • Location: Asam Pedas Jr, Newton culture food village, Jalan xx11 Merdeka, 75000 Banda Hilir Melaka.
  • No Fon: 06 -2817688 (Office)

 

So korang kalau nak makan kat tempat makan sedap dan popular di Melaka boleh lah singgah di 2 kedai ni. Gerenti berbaloi.

 

Cannot tahan lah kalau dtg Melaka x merasa asam pedas
Banyak pilihan kat Asam Pedas Jr nih.

 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge