Swan Garden Hotel Melaka – Hotel Review

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

Swan Garden Hotel

 

Swan Garden Hotel Melaka – Hotel Review. Bila datang Melaka tempat untuk bermalam tak perlu risau sebab di Melaka ni ada berjuta hotel. Macam-macam jenis hotel ada. Dari yang tak ada bintang sampai lah yang berbintang 5, tunggu masa untuk booking jer. Namun perlu berwaspada lagi-lagi bila nak booking hotel last minit pada weekend atau musim cuti. Ini kerana mungkin hotel pilihan korang ada fully book.

 

Kebiasaanya aku memilih untuk booking hotel menggunakan booking.com dan juga agoda.com. Ini kerana 2 applikasi ni mempunyai banyak pilihan hotel dan rate harta yang berpatutan.

 

Baru-baru ni aku ke Melaka atas dasar kerja salah seorang kawan aku. Dia ajak pun dah last minit dan hari sabtu pulak. Seperti di jangka kebanyakkan hotel di Melaka pada hujung minggu akan fully book dan harga pulak melampau naik mendadak. Hotel yang boleh di dapatkan dengan harga RM200 kebawah boleh mencecah RM300 kot.

 

Seperti biasa kalau gi mana-mana dengan member secara automatik tugas booking hotel ni di pass kat aku mungkin sebab title aku sebagai travel blogger kot. Tapi tak kisah lah. Benda mudah asalakan dapat claim balik duit book hotel. kalau x dapat claim mau hangin jugak aku. hehe

 

Dah lama x merasa tido hotel

 

Hampir sejam jugak kot aku duk scroll apps agoda dengan booking ni. Banyak hotel penuh. Teringin nak stay di The Hatten Hotel atau Swiss Garden Hotel tapi full pulak. So cari-cari akhirnya jumpa Swan Garden Hotel. Tengok gambar kat agoda boleh tahan. Macam hotel baru dah gah jugak lah. Bilik pun not bad either. Dan paling penting harga satu malam pun boleh lah. Sekitar RM220 satu malam. Hari tu ada deal lebih kurang 40% kot. Harga asal dalam RM400++. Including breakfast.

READ  Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur

 

So dah settel book, sampai Melaka aku terus check in. After check in aku keluar isi perut dulu. Yang bestnya The Swam Garden Hotel ni dekat jer dengan Asam Pedas Claypot yang popular di Melaka tu. Lebih kurang 1.5KM jer. Sementara member aku setelkan kerja aku lepak kejap di Dataran Pahlawan. Layan movie The Boss Baby. Hahah terkekek kekek aku gelak layan movie ni. Lawak doe..

 

Dah habis wayang aku balik hotel untuk rehat. Penat drive dari KL. Pagi breakfast then sambung tido lagi sampai jam 12 tgh hari. Check out jam 12.30 tgh hari.

 

Overall bagi aku hotel ni selesa dan terletak di lokasi yang strategik. So kalau korang datang ke Melaka nak stay di hotel mana apa kata korang cuba stay di Swam Garden Hotel. Bilik selesa dan luas. Harga pun boleh tahan murah. Cuma breakfast tak banyak sangat. Kecewa sikit sebab tak de buah buah masa breakfast, Lain-lain semua ok. Dan nasi lemak pun kureng sikit.

 

Ada balkoni. Tapi jangan risau balkoni ni tinggi. Aku je mandai mandai panjat. Hahaha

 

Swan Garden Hotel Review

  • Sleep Quality 4/5 (sebab member aku dengkur kuat)
  • Rooms 5/5
  • Service 4.5/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 4.5/5

Hotel Facilities

  • Executive Lounge
  • Gym
  • Spa
  • Business Centre
  • The Gallery of Heritage
  • Function Hall

In room facilities:

  • Wifi
  • Air conditioning
  • Cable TV
  • Hot/cold shower Hairdryer
  • Bath Tub

Contact information 

Address:

  • 1, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka. Malaysia (GPS: 2.193967,102.237273)

 

READ  Hotel Murah di Jakarta Indonesia - Fave Hotel
Bed King Saiz

Saty satu malam jer. X sempat nak berendam dalam nih

Pintu toilet tersorok sikit. Hahaha
Bilik air pun luas.
Lobby

 

Tapi aku rasa mungkin hotel ni tak fully siap lagikot. Sebab aku tak nampak swimming pool dan gym. Nak bercakap dengan Manager hotel pun tak sempat semalam. Anyway aku suka stay di hotel ni.

Related Post

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
Kelab Blogger Ben Ashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

3 Comments on “Swan Garden Hotel Melaka – Hotel Review”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge