Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500 - Faizal Fredley

Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500

Grand Baie

 

Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6 Hari 5 Malam. Selesai kembara backpacking selama 38 hari di Eropah journey aku bersambung di Mauritius. 3 hari aku balik malaysia sebelum fly lagi ke benua africa. Penat? memang penat gila. Serius jet leg masa kat eropah pun masih belum hilang lagi tapi nak buat macam mana tiket flight dan perancangan telah di buat sebelum aku plan ke eropah lagi. hehhe

 

Kalaulah tak der trip ni mungkin aku akan sambung lagi untuk kembara eropah tapi dah di tetapkan aku balik Malaysia 3 hari then sambung balik. 

 

Mauritius merupakan sebulan kepualauan kecil di benua Afrika. Sebelah Mauritius terletaknya Pulau Reunion dan Madagascar. kalau korang ikuti perkembangan cerita MH370 mesti korang pernah dengar Pualu Reunion kan? Entah macam mana dari KL ke China MH370 boleh ada kat Pulau Reunion. tak masuk akal. Nak buat cerita pun agak agak lah… Eh lari ke politik lak. Ok sambung… 

 

Penduduk Mauritius terdiri kepada Negro, Indian dan Chinese. Macam Malaysia kan. heheh. Tapi Majority adalah Indian. So tak hairan kalau korang ke Mauritius korang akan rasa ke India. Bahasa utama diorang dalah Perancis dan English. Orang Indian kat sana cakap english tak berbelit macam orang indian di Malaysia ataupun India ya. Agama pula dah tentu Hindu tapi agama Islam pun boleh tahan juga kat sana. So kalau korang risau makanan halal kat sana usah risau. Sangat sangat mudah nak cari kedai halal.

 

Catamaran Cruise

 

Aku kat sana selama 6 hari 5 malam. Cukup cukup untuk terokai keseluruhan Mauritius. Sebab Mauritius tak lah besar mana pun. tapi kalau nak puas hati atau santai santai korang boleh buat 2 minggu. Depends kepada bajet dan kemahuan korang.

 

Bagi yang sukakan laut yg biru dan bukit yang cantik, Mauritius sangat sesuai. Air laut yang jernih gila memang buat korang rasa nak tidur dalam air jer. Kejernihan air dia boleh dibandingkan dengan Maldives. Sesuailah kalau nak honeymoon gitu.

 

Cuaca pula boleh jangkakan kan? Haah biaslah benua Afrika then di pulau pulak. So prepared lah Lotion bagi elakkan kulit korang takut terlebih sinaran matahari nanti. Boleh guna Lotion Cosmoderm Travel Set. 

 

Dari KL aku book Air Asia. Harga dia RM700++ retured. Aku beli masa promosi bulan oktober 2016 lagi. Masa tu Air asia baru jer buka laluan dari KLIA2 ke Mauritius. So apa lagi grab je lah sebab tau dah harga ke Mauritius kalau bukan promo boleh tahan mahal.

 

Port Louis

 

Sumpah aku cakap Mauritius tersangat cantik. Penduduk dia pulak memang sangat sangat helping lah. So kalau nak mintak tolong dengan diorng tu silalah. InshaAllah diorang akan tolong. 

 

Sepanjang kat sana aku tak stay di satu tempat sebab aku plan nak keliling Mauritius. Dan kebanyakkan tempat tinggal aku book melalui Airbnb jer. Murah dan selasa. Sesuai untuk group. Kalau book hotel mahal lagipun hotel bajet pulak tu. 

 

Overall bajet aku sepanjang 6 hari kat sana hanya RM1500 sahaja. Ni aku kongsi Itinerary Dan Bajet Percutian di Mauritius 6H5M Hanya RM1500. tak de lah lengkap sangat tapi kalau nak buat rujukan tu boleh lah. 

 

Catamaran Cruise

 

6 DAYS IN MAURITIUS

 

DAY1

  • Sampi Airport 12 tgh hari
  • Ambil kereta sewa kat airport Rp6150 (6days)
  • Terus ke Gris Gris Beach
  • Lunch (Gris Gris Beach)
  • St Felix Beach
  • Le Morne Brabant
  • Stay di Ropsen Apartment (La Gaulatte) Suitable for big family (Rp2200)

DAY2

  • Breakfast
  • Drive ke Chamarel Black River
  • 7 Colours Earth (Rp675/3) tiket
  • Black River Gorges National Park
  • Tamarin Beach
  • Flec en Flet
  • Phoenix
  • Stay di Phoenix Guest House (Rp1600)
  • Dinner di Phoenix Mall

DAY3

  • Curepipe
  • Drive ke Port Louis
  • China Town
  • Caudan waterfront
  • Fort Adelaide
  • Jummah Mosque
  • Stay area Rose Hill (Rp1260)

DAY4

  • Port Louis
  • Grand Baie
  • Stay di Paradise Holiday Inn (MYR129)

DAY5

  • Catamaran Cruise (Rp4200/3) = Rp1400
  • Mahebourg
  • Drive ke Airport

BAJET

  • Flight KLIA2 – SSR (RM720) Return
  • Hotel Rp2200 + Rp1600 + Rp1260 + Rp1039 = Rp6099/3 = Rp2033
  • Kereta Sewa (Rp6150) =Rp2050
  • Petrol Rp1125 + Rp600 = Rp575
  • Meals + Souvenir = Rp2717

 

Ok Bajet ni aku pergi 3pax so murah sikit lah. kat eropah aku gi sornag jer. 

 

Le Morne Brabant

TIP PERCUTIAN DI MAURITIUS

 

  • Cuaca = 27 – 32 degree
  • Language = English + France
  • Currency = Mauritius Rupee, Euro pun di terima kat sana
  • Transport = Better sewa kereta (bas ada tapi kurang selesa)
  • Drive sama macam malaysia
  • Boleh guna lesen driving Malaysia
  • Makanan halal banyak kat sana
  • Nak bajet boleh sewa homestay melalui Airbnb
  • Cuaca panas so sediakan Lotion
  • Majoroty penduduk Maurtius tersangat peramah dan baik
  • Majority penduduk Mauritius adalah Indian

 

Ok dah malas nak cerita panjang2 lagi korang layan dulu semua gambar gambar ni ya. Warning!!  Picture sangat banyak dan ada 18sx!!!

 

Gris Gris Beach

St Felix Beach

Le Morne Brabant

Black River

Apartment (La Gaulatte). Muat untuk satu family. Ada satu bilik dan kat ruang tamu ada katil. Kat atas pun ada katil utk budak2

Apartment (La Gaulatte)

View from Apartment (La Gaulatte)

View from Chamarel Black River

Chamarel Black River

Chamarel Black River

Chamarel Black River

7 Colours Earth. Kat sini ada 7 jenis warna tanah terhasil secara semulajadi. Warna-warna yang berkembang melalui penukaran lava basalt dengan mineral tanah liat. Ia merupakan kawasan yang agak kecil dan bukit pasir yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza  merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning).

7 Colours Earth. Kura-kura besar pun ada

Tamarin Beach

Port Louis

Caudan waterfront

Caudan waterfront

Caudan waterfront. Orang kata dulu diorang pakai payung warna warni

Fort Adelaide

Grand Baie

Grand Baie

Grand Baie

Jeti sebelum ke Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs. BBQ atas cruise. Macam cerita2 orang kaya. Hehhe

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Landak Laut. Orang kata mahal benda ni. Dan tak tahu pulak boleh makan. Rasa dia x pasti sebab macam geli pulak aku nak makan

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs. Naik bot kecik untuk ke air terjun

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Air terjun Ile aux Cerfs

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Lunch atas Catamaran Cruise.

Bersantai. Pergh best gila. Air jernih. Angin pulak sepoi sepoi.

Catamaran Cruise Ile aux Cerfs

Sambut birthday girl di Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs. Jangan kata macam PCB pulak!!!

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

Ile aux Cerfs

 

Till Then! Bye…..Sumpah seronok gila kat Mauritius cantik sangat. Murah pun murah. Cuma panas lah sikit. Gi 7 hari je kulit burn macam beach boy dah. Baru je putih lepas balik dari europe. 

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

8 Comments

  1. Pingback: URL

  2. Azly

    April 5, 2017 at 12:58 PM

    cantik nye 7 earth tu…kalau bawak anak2 ok ke ke sana?
    Azly recently posted..Cara Melancarkan Haid Agar Kitaran Kembali NormalMy Profile

  3. Saps Ibu Bapa

    April 2, 2017 at 9:41 PM

    Terbaik. Kos yang berpatutan dan tempat yang memang menarik
    Saps Ibu Bapa recently posted..SAPS Semakan Ibu Bapa OnlineMy Profile

  4. qaseh

    April 1, 2017 at 5:28 PM

    cantiknyaaaa awek eh .. haha best nya duk atas bot tu .. pemandangan cantik .. air jernih ermm

  5. Suriya Majid

    March 30, 2017 at 6:10 PM

    bagus infonya, lengkap…kut nanti nak ke mauritius boleh akak rujuk balik

  6. Anuar

    March 30, 2017 at 11:04 AM

    Bestnya tengok gambar-gambar pemandangan dekat Mauritius ni…
    Anuar recently posted..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat BlogMy Profile

  7. lisak

    March 29, 2017 at 3:29 PM

    cantik gilerrr !! jernih wei air laut tu . ermm tapi panas eh .. fikir 2 kali jap. hahaa
    lisak recently posted..LAZADA Big Baby Fair Diskaun Sehingga 85 % !My Profile

  8. shiqeen sattar

    March 29, 2017 at 3:07 PM

    wahh menarik nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge