Menjejak Lokasi Penggambaran Drama Popular Korea | Goblin & Saimdang - Faizal Fredley

Menjejak Lokasi Penggambaran Drama Popular Korea | Goblin & Saimdang

 

Menjejak Lokasi Penggambaran Drama Popular Korea | Goblin & Saimdang. Baru-baru ni aku berkesempatan untuk join trip ke Gangwon Province Korea Selatan. Trip ini di anjurkan oleh Korea Tourism Organization (KTO) dengan kerjasama oleh Gangwon Province. Bagi mereka yang tak pernah dengar Gangwon aku sarankan korang cuba ke belah utara korea selatan ni. Banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh menikmati sepanjang korang berada ni Gangwon.

 

Lebih best lagi tahun 2018 akan di adakan sukan Olimpik musim sejuk di 3 buah bandar di Gangwon iaitu PyeongChang, Gangneung, Jeongseon. Ia juga merupakan salah satu sebab kenapa korang wajib ke Gangwon kalau datang Korea. 

 

Selain Olimpik musim sejuk PyeongChang 2018 nanti di Gangwon juga popular dengan lokasi penggambaran drama-drama Korea. Paling menarik perhatian aku adalah lokasi penggambaran drama Korea Goblin – Guardian: The Lonely and Great God dan juga drama “Saimdang, Memoirs of Colors).

 

Drama Goblin menjadi viral di Malaysia dah aku pasti korang yang tengok drama Korea ni ada menyimpan perasaan nak gi lokasi penggambaran drama ni kan. Walaupun sikit. Tak yah tipu lah aku pun layan Korea jugak. So bila dapat peluang untuk menjejak lokasi penggambaran drama-drama korea ianya satu peluang yang amat berharga.

 

 

Ok kat sini aku senaraikan tempat-tempat pengambaran untuk drama Goblin dan Saimdang. 

 

Salah satu lokasi ialah di Pantai Yeongjin di Jumunjin, Gangwon, ia merupakan lokasi Ji Eun pertama kali bertemu Kim Shin yang menjadi Goblin pada usia 19 tahun. Selain itu, beberapa lokasi lain turut mendapat perhatian pelancong iaitu jalan hutan cemara di Woljeongsa dan Sky Garden di Yongpyong Resort.

 

Sejak drama ini disiarkan, tempat-tempat berkenaan mula dikunjungi oleh orang ramai termasuk pelancong untuk bergambar dan melihat sendiri lokasi indah itu. Ia seperti tarikan di Pulau Nami yang menjadi tumpuan pelancong selepas kejayaan drama Winter Sonata suatu ketika dahulu.

 

Lokasi Penggambaran Drama Goblin – Guardian: The Lonely and Great God

 

Jimunjin Breakwater

 

Jumunjin Breakwater dibina untuk melindungi pantai daripada kesan hakisan di susur pesisir pantai. Ia menjadi tarikan popular selepas menajdi loaksi penggambaran drama popular iaitu “Goblin” (2016). Ramai pengunjung datang ke sini hanya untuk bergambar seperti babak di dalam Goblin Episod 1 dimana Eun Tak pertama kali memanggil Goblin / Dokkaebi di Jumunjin Breakwater. Pengungjung jua boleh menyewa prop seperti Skaf dan Bunga dengan harga serendah 1000 won sebagai simbol babak dari drama Goblin. 

 

 

Yongpyong Resort

 

Yongpyong Resort ni antara resort pertama wujud di Korea. Dibina pada tahun 1975 dan pernah menjadi lokasi sukan musim sejuk di Korea. Untuk event Winter Olympic kat Yongpyong Resort ni akan di adakan acara slalom dan giant slalom. Selain tu kat sini juga menjadi lokasi drama popular Goblin dan Winter Sonata. Serius tak tipu kat atas ni memang cantik. Dengar kata masa bukan winter pun tempat ni cantik. Dari bawah nak naik ke puncak mengambil masa lebih kurang 30 minit kot dengan cable car. Nampak tak betapa tingginya puncak dia. 

 

Dalam episod 9 drama Goblin, Eun Tak kerja part time kat sini lah. Kalau korang masih ingat lah. Dalam drama Winter Sonata diorang shooting outdoor. Tempat ni hampair 99% diliputi salji. Seronok boleh shooting kat sini. Sejuk tu dah tak hirau dah sebab excited dengan sajli kat atas ni.

 

 

Lokasi Penggambaran Drama Saimdang, Memoirs of Colors

 

Ojukheon House (Shooting Location for “Saimdang, Memoirs of Colors)

 

Ojukheon House mendapat nama dari pokok-pokok buluh yang berwarna hitam di kawasan ni. Kat sini juga merupakan tempat tinggal keluarga Sim Saimdang pada tahun (1504-1551). Kat sini juga anak pertama Saimdang di lahirkan iaitu Yi I atau lebh dikenali sebagai Yulgok. Anak pertama Saimdang ni cukup genius dan merupakan penerima biasiswa pada zaman Joseon dan merupakan seorang ahli politik pasa zaman itu. King of Joseon, King Jungjong (1506-1544). Rumah ni juga merupakan rumah lama di Korea di bina sejak tahun 1963 lagi. Reka bentuk asal dikekalkan utuk tujuan sejarah.

 

Terlalu banyak kisah Saimdang ni kalau nak diceritakan mungkin aku kena buat satu entry khas utk Saimdang sahaja. So nak tau lebih lanjut korang pi tengok sendiri drama Saimdang tu. Oh ya kalau korang tengok duit korea harga 5000 Won dan 10000 Won adalah gambar anak beranak Saimdang lah.

 

 

Seongyojang (Shooting Location for “Saimdang, Memoirs of Colors)

 

Selepas ke Ojukheon kami ke satu lagi tempat penggambaran Drama “Saimdang, Memoirs of Colors”. Seongyojang adalah lokasi kediaman dahulu untuk Naebon Lee (1703-1781), keluarga terhormat Gangneung-si di daerah Gangwon-do. Dalam tahun 1967, ia diiktiraf sebagai tempat ke 5 mempunyai kepelbagaian ciri kebudayaan tradisional. Erti istilah “Seon”  dalam Seongyojang adalah bot. Tasik Gyeongpo berhadapan dengan Seongyojang pada masa ianya dibina dan boleh diakses dengan bot. Tasik Gyeongpo pernah suatu ketika mencecah jarak sejauh 12km.  Saiznya telah berkurangan sebanyak 4km sehingga kini dan kedalamannya juga telah berkurangan sebanyak 1-2 km. Difahamkan seramai 10 generasi keturunan Naebon Lee telah menetap di Seongyojang. KBS (Korean Broadcasting System) telah memilih lokasi residensi ini sebagai antara 10 lokasi paling kekal warisan di Korea selama kewujudan yang lebih 300 tahun lamanya.

 

Tempat ni sangat luas dan banyak tempat-tempat cantik. Aku suka seni bina rumah di dalam ni. Nampak sangat klasik. Kalau korang datang ke Wilayah Gangwon ni sila-sila lah singgah sini. Mereka kata kalau musim bunga lagi cantik sebab boleh tengok tempat ni bertukar macam-macam warna.

 

Jadi bagi korang yang berhajat ke Korea jom datang ke Gangwon Province dan korang boleh bergambar bagaikan korang sendiri di dalam babak drama korea.

 

 

“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

4 Comments

  1. Muhammad Khairuddin Lim Bin Abdullah

    March 27, 2017 at 8:44 PM

    cerita yang menarik..

  2. Wan Syahida

    March 26, 2017 at 11:13 AM

    cantiknya tempatnya…. terima kasih atas perkongsian..
    Wan Syahida recently posted..Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori PerubatanMy Profile

  3. kauthar mohd

    March 25, 2017 at 2:23 AM

    Suka citer goblin ni. Kadang tengok cter korea sebab suka jugak tgk suasana dalam cter. Cantik btol korea ni
    kauthar mohd recently posted..set mengandung shakleeMy Profile

  4. LISAK

    March 23, 2017 at 3:57 PM

    ok… nak datang la. hahaa tahun depan. dapatkan sponsor please . hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge