Gangwon Province Korea Selatan Destinasi Pilihan 2018

(Galgol Hangwa Village)

 

Gangwon Province Korea Selatan Destinasi Pilihan 2018.  Bulan Mac adalah bulan Korea Selatan. Sepanjang bulan ni aku akan update tentang Korea Selatan jer. Sama ada korang muak ke apa ke ada aku kisah?

 

Ok untuk tahun 2018 yang akan datang destinasi pilihan aku untuk melancong adalah Gangwon-Do di Korea. Aku percaya majority rakyat Malaysia tak biasa dengar nama Gangwon ni kan. Standard lah korang tau Seoul, Busan, Nami Island, Jeju Island jer kalau pergi ke Korea.

 

Apakata kali ni korang cuba keluar dari kotak daripada pergi tempat-tempat biasa orang pergi kepada destinasi yang orang tak biasa pergi. Ada banyak tempat lagi menarik yang korang boleh pergi di Korea nih. Salah satunya adalah Gangwon.

 

Sejarah

Semasa Korea Selatan dan Korea Utara belum berpecah lagi pada tahun 1945 Gangwon dan Kangwon adalah dalam satu wilayah. Selepas perang Korea Gangwon menjadi milih Korea Selatan manakala Kangwon menjadi milik Korea Utara. 

 

Lagi yang membuatkan Gangwon ni menjadi pilihan untuk 2018 adalah kerana sukan olimpik musim sejuk akan di adakah di bandar-bandar di wilayah ini. Sudah semestinya Gangwon akan menjadi tumpuan seluruh dunia untuk tahun 2018 nanti. Untuk Winter Olympic 2018 nanti antara bandar-bandar yang terlibat adalah PyeongChang, Gangneung dan Jeongseon

 

Bagi korang yang teringin nak ke Gangwon nanti aku senaraikan beberapa tempat menarik yang korang boleh lawati sepanjang korang di Gangwon nanti.

 

(Jumunjin Breakwater)

 

Tempat-Tempat Menarik di Gangwon-Do Province

 

  1. Jumunjin Breakwater  (Shooting Location for Drama “Guardian: The Lonely and Great God)
  2. Jumunjin Fish Market
  3. Galgol Hangwa Village: Hangwa Experience
  4. Ojukheon (Shooting Location for Drama “Saimdang, Memoirs of Colors)
  5. Seongyojang (Shooting Location for Drama “Saimdang, Memoirs of Colors)
  6. Phoenix Ski Resort
  7. Alpensia Resort (Ski Jump Lounge)
  8. Yongpyong Resort (Shooting Location for Drama “Guardian: The Lonely and Great God)
  9. SkyRanch
  10. Uiyaji Village

 

(Ojukheon)

 

Tempat Makan Menarik di Gangwon-Do Province

 

Sonamujib Chodang Sundubu : Sundubu Jjigae (Soft Tofu Steamboat)

  •  95-5, Chodang Sundubu-gil, Gangneung-si, Gangwon-do
  • 033-651-1356

     

Daegewangguk : Steamed snow crab + Fried rice + Ramyeon

  • 55, Saecheonnyeon-doro, Samcheok-si, Gangwon-do
  • 033-573-8185

     

Seojichogateul : Hanjeongsik (Korean set meal)

  • 264 Nangok-dong, Gangneung-si, Gangwon-do
  • 033-646-4430

     

Budnamu Brewery : Calzone, Gorgonzola gnocchi, Feta cheese salad, Chipotle prawn and Fish & Chips

  • 1961, Gyeonggang-ro, Gangneung-si, Gangwon-do
  • 033-920-9380

     

Daegwallyeong Memilteul : Hwangtaeguk (Dried pollack soup) and Makguksu (Buckwheat noodle with spicy sauce)

  • 35 Olympic-ro, Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun,Gangwon-do
  • 033-335-5121

     

Gongsugan inside Yongpyong Resort :

  • Tteokbokki (Stir-fried rice cake with spicy sauce), assorted fries and Gimbab (Rolled sticky rice with different type of ingredients in a piece of seaweed)
  •  

Uiyaji Wind Village: Cheese making

  • 137, Kkotbadyangji-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
  • 033-336-8832

     

Jeonggangwon : Bibimbap

  • 21 Baekokpo-ri, Yongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
  • 033-333-1011

     

Goryeo Samgyetang : Samgyetang (Ginseng chicken soup)

  • 1 Seosomun-ro, Jung-gu, Seoul Metropolitan city
  • 02-752-9376

     

Hummus Kitchen : Kebab sets, assorted pizza, avocado and salmon and steak

  • # 405, D Tower Replace Ganghwamun, 17 Jongno3-gil, Jongno-gu, Seoul Metropolitan City
  • 02-2251-840

 

Seongyojang (Shooting Location for Drama “Saimdang, Memoirs of Colors)

 

Hotel di Gangwon-Do Province 

 

  • Sol Beach Hotel & Resort Samcheok
  • Phoenix Park Resort Hotel
  • Hotel Atrium PyeongChang
  • Ibis Hotel MyeongDong

     

Ok aku rasa segala jenis info ni boleh dah buat rujukan kalau korang nak ke sana. Tentang makanan Halal tu InshaAllah semua tempat aku makan tu halal. Secara jujur memang susah nak cari kedai halal tapi islam tu bukan menyusahkan. Korang masih lagi banyak pilihan untuk survive. Nanti next tpost aku shared Full itinerary sepanjang 6 hari di Gangwon-Do Province. 

 

Yongpyong Resort (Shooting Location for Drama “Guardian: The Lonely and Great God)

SkyRanch

FAM Trip ke Gangwon-Do Province Korea ditaja oleh Imagine Your Korea, Korea Tourism Organization dan Gangwon Province.

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

4 thoughts on “Gangwon Province Korea Selatan Destinasi Pilihan 2018

Post Comment

CommentLuv badge